Syarat Permohonan 

  1. Laman web atau portal akan didaftarkan menggunakan domain x.sabah.gov.my sahaja. Cadangan URL hendaklah dimaklumkan sewaktu permohonan dibuat bergantung kepada kelulusan daripada pihak Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah (KSTI).
  2. Laman web atau portal hendaklah dalam status tersedia atau separa siap oleh pentadbir web (Webmaster) yang dilantik oleh agensi masing - masing.
  3. Permohonan rasmi hendaklah dilakukan melalui emel kepada Bahagian Khidmat Pelanggan Sabah Net: csd@sabah-net.com berserta dengan maklumat lengkap seperti berikut:
    • Jenis Platform CMS
    • Jenis Server
    • Jenis Database
    • Pentadbir web (Webmaster) (Nama, nombor telefon dan alamat emel sabah.gov.my)
    • URL Laman web

Nota Panduan:

  1. Pemohon disarankan untuk memberi kandungan laman web dalam format JPA (.jpa) bagi tujuan persekitaran pengujian (Test Environment).
  2. Pemohon disarankan untuk memuatnaik kandungan laman web (.jpa) ke media penyimpanan dalam talian (Cloud Storage - Google Drive/OneDrive) dan kemukakan bersama pautan tersebut kepada Bahagian Khidmat Pelanggan Sabah Net.

 

Panduan memuat turun kandungan laman web dalam format JPA (.jpa)
  1. Pastikan plugin Akeeba Backup telah dimuat turun, jika belum, sila dapatkan plugin tersebut melalui pautan https://www.akeeba.com/download.html.
  2. Pasangkan (install) plugin Akeeba Backup pada bahagian backend.
  3. Seterusnya, laksanakan (run) backup laman web dengan merujuk video ini https://www.akeeba.com/videos.
    1. Sila berikan kata laluan ANGIE, jika pilihan ini dipilih.
    2. Langkah untuk "Akeeba Backup for WordPress Professional" boleh dilangkau.
  4. Fail .JPA boleh dimuat turun setelah selesai.