Yang Berbahagia Datuk/Datin/Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KPSTI) akan menganjurkan Pertandingan Laman Web dan Dashdoard Terbaik Kerajaan Negeri Sabah bagi tahun 2026. Pertandingan ini adalah untuk memberi galakan kepada Agensi Kerajaan Negeri Sabah (AKNS) bagi meningkatkan usaha dalam penyampaian maklumat serta perkhidmatan secara maya kepada orang awam. Pendaftaran laman web AKNS mula dibuka pada 26 Ogos 2026 dan boleh dilakukan dengan mengimbas QR Code yang terdapat pada banner dalam lampiran emel ini.
Maklumat lanjut berkaitan syarat dan kriteria pertandingan berkenaan boleh diakses melalui pautan : https://sgwc.sabah.gov.my.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak kami melalui :
Emel: PID.KPSTI@sabah.gov.my
Talian telefon:
ABIL SONGPING : 088-288333
NORASMA BINTI JIFLI : 088-277340 EXT 131
Sempena meraikan ulang tahun Jubli 50 tahun dalam industri pertanian dan ternakan, kami membawakan kepada anda peluang keemasan yang amat eksklusif. Kuasai dua bidang ternakan paling menguntungkan dalam masa 4 hari sahaja melalui kombo edisi premium. Terhad kepada 35 orang peserta sahaja.
Sempena sambutan 50 Tahun Jubli Emas Korporasi Pembangunan Desa (KPD), ayuh sertai KPD 5KM Fun Run 2026 dan jadikan larian ini sebagai simbol gaya hidup sihat, semangat kebersamaan serta sokongan kepada pembangunan komuniti luar bandar.
Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah (JPBW) Sabah sedang melaksanakan Kajian Penyediaan Sabah Smart City Blueprint bagi menyediakan hala tuju pembangunan bandar pintar yang komprehensif, inklusif dan berasaskan data untuk Negeri Sabah.
Soal selidik ini bertujuan mendapatkan maklumat berkaitan tahap pendigitalan organisasi, penggunaan teknologi, cabaran semasa, perkongsian data serta keutamaan pembangunan bandar pintar bagi menyokong penyediaan Sabah Smart City Blueprint.
Segala maklumat yang diberikan akan digunakan bagi tujuan kajian dan dirahsiakan mengikut keperluan.

Salam Sejahtera!
Mari Sertai Kajian Awal Indeks Membaca Kebangsaan ( IMK) 2026
Perpustakaan Negara Malaysia sedang melaksanakan Kajian Awal Indeks Membaca Kebangsaan (IMK) 2026 bagi membangunkan asas pengukuran tahap dan corak amalan membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Orang ramai dijemput untuk meluangkan masa sekitar 5 hingga 10 minit bagi melengkapkan soal selidik ini. Maklum balas yang diberikan amat penting dalam menyokong pembangunan dasar, perancangan serta inisiatif pembudayaan membaca di peringkat nasional.
Tempoh kajian: 1 Jun - 31 Ogos 2026
Semua maklumat yang diberikan adalah SULIT dan untuk tujuan penyelidikan sahaja.
Imbas KOD QR pada poster untuk menyertai atau pautan berikut: https://forms.gle/Hbu4LHCcQQXGr1TS7
Kerjasama dan penyertaan anda amatlah dihargai.
Terima kasih.
#IMK2026 #PerpustakaanNegaraMalaysia #KementerianPerpaduanNegaraMalaysia #BudayaMembaca #MalaysiaMADANI