HEBAHAN RASMI
JHEANS BERSAMA RAKYAT: PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN & KURSUS TRANSFORMASI KEPIMPINAN KETUA-KETUA ADAT CEMERLANG SIRI 9/2026 DAERAH KENINGAU
Dimaklumkan bahawa Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (JHEANS) akan mengadakan Program Hari Bertemu Pelanggan Bahagian Usahawan Anak Negeri Sabah bersempena dengan Kursus Transformasi Kepimpinan Ketua-Ketua Adat Cemerlang Siri 9/2026 Daerah Keningau, seperti ketetapan berikut:
MAKLUMAT PROGRAM
- Tarikh: 26 hingga 28 Oktober 2026 (Isnin hingga Rabu)
- Masa: 8.00 pagi hingga 4.00 petang
- Tempat: Dewan Arked Tamu, Keningau
AGENSI DAN PERKHIDMATAN
Program ini akan melibatkan penyertaan agensi berikut:
- Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) – Khidmat nasihat berkaitan pelaburan dan perancangan kewangan.
- Amanah Raya Berhad – Khidmat nasihat berkaitan perancangan dan pengurusan harta pusaka.
- Jabatan Imigresen Malaysia – Ceramah berkaitan bidang tugas, peranan dan perkhidmatan imigresen.
- Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) – Ceramah berkaitan bidang tugas, peranan dan perkhidmatan jabatan.
Program ini merupakan platform untuk masyarakat mendapatkan maklumat, khidmat nasihat dan pendedahan secara langsung daripada agensi yang terlibat, di samping memperkukuh hubungan antara jabatan kerajaan dengan masyarakat setempat.
JEMPUTAN KEPADA ORANG RAMAI
Orang ramai, khususnya penduduk di sekitar Daerah Keningau, dijemput hadir beramai-ramai ke program ini. Manfaatkan peluang untuk mendapatkan maklumat, mengemukakan pertanyaan dan memperoleh khidmat nasihat secara langsung daripada agensi yang terlibat.
Jangan lepaskan peluang ini! Luangkan masa untuk hadir dan manfaatkan perkhidmatan yang disediakan sepanjang program berlangsung.
Kerjasama dan kehadiran semua pihak amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.


