JEMPUTAN MENGHADIRI SABAH INNOVATION SHOWCASE 2026 BERSEMPENA SABAH CREATIVE X 2026
Dengan segala hormatnya, semua kakitangan awam adalah dijemput untuk menghadiri Sabah Innovation Showcase 2026, yang dianjurkan bersempena Sabah Creative X 2026.
Penganjuran ini bertujuan menyediakan platform untuk mengetengahkan perkembangan teknologi dan inovasi, berkongsi pengetahuan serta meneroka peluang kolaborasi dalam memperkukuh ekosistem inovasi di Sabah.
Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh: 28 Oktober 2026 (Rabu)
Masa: 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Sipadan 1, Level 4, Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu
Antara pengisian program:
- Forum Perbincangan dan Sesi Perkongsian
- Pameran Teknologi dan Inovasi
- Padanan Perniagaan
Sehubungan itu, semua kakitangan awam yang berminat adalah dialu-alukan untuk menyertai program ini bagi mendapatkan pendedahan kepada perkembangan inovasi, meneroka idea baharu serta memperluas jaringan kerjasama merentas sektor.
Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan berikut:
Pautan pendaftaran: https://forms.gle/gpt67DMcZRnmhec96
Kerjasama dan penyertaan pihak tuan/puan amatlah dihargai dalam menjayakan program ini.
Sekian, terima kasih.
#SabahInnovationShowcase2026 #SabahCreativeX #SCENIC #SabahInnovation #KPSTI


