Skip to main content

SABAH SCREEN FEST (SSF) 2025 – Edisi Ke-12
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah serta Sabah Creative Economy and Innovation Centre (SCENIC) sekali lagi membawakan platform tahunan yang ditunggu-tunggu iaitu Sabah Screen Fest (SSF) 2025!
Bermula sejak tahun 2014, Sabah Screen Fest kini memasuki tahun ke-12 penganjurannya sebagai pentas utama untuk mencungkil bakat baharu, memperkasa daya kreativiti serta memberikan pengiktirafan kepada penggiat industri kreatif digital di Negeri Sabah.
Tahun ini, SSF 2025 hadir dengan tema:
Patriotism Jiwa Merdeka
APA YANG MENARIK TAHUN INI?
Peserta berpeluang menonjolkan karya dalam pelbagai kategori menarik dengan hadiah lumayan berupa:
Wang Tunai
Trofi Kemenangan
Sijil Pengiktirafan
Inilah peluang untuk anda mengukir nama dalam industri kreatif sambil membawa pulang ganjaran yang berprestij!
KATEGORI PERTANDINGAN:
Kategori Terbuka
• Filem Pendek
• Animasi
• Dokumentari
• Pesanan Khidmat Awam (PSA)
• Visual Puisi Kreatif (Kategori Baharu!)
Daftar di sini: https://shorturl.at/ocNJ4
Kategori Sekolah (Sekolah Rendah & Sekolah Menengah)
• Filem Pendek
• Animasi
Daftar di sini: https://shorturl.at/niGUW
Kategori Sekolah (Sekolah Rendah & Sekolah Menengah) – Pendidikan Khas
• Filem Pendek
Daftar di sini: https://shorturl.at/wEJyy
TARIKH PENTING:
Hebahan Pertandingan : 25 Ogos 2025
Tarikh Tutup Penyertaan : 24 Oktober 2025
Penjurian : 27 – 31 Oktober 2025
Bengkel Filem Pendek & Digital Storytelling Animasi : 12 – 13 November 2025
Malam Anugerah Sabah Screen Fest 2025 : 14 November 2025
OBJEKTIF SABAH SCREEN FEST 2025:
• Memberikan pendedahan tentang industri kreatif & digital berasaskan multimedia.
• Membuka peluang kepada bakat baharu untuk mengetengahkan karya mereka kepada umum.
• Memberikan pengiktirafan kepada para pemenang pertandingan.
• Melahirkan generasi kreatif, celik IT, beretika dan berkemahiran tinggi.
• Menggalakkan persaingan sihat melalui pertandingan yang merangsang minda kritis & inovatif.
• Mengangkat martabat industri kreatif Sabah dengan memperkenalkan anugerah khas karya tempatan.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada komuniti kreatif digital Sabah. Sertai, berkarya dan menangi hadiah hebat dalam Sabah Screen Fest 2025!
MAKLUMAT LANJUT:
Sila Tekan Pautan Ini : https://shorturl.at/Oy6sr
#SabahScreenFest2025 #KSTISabah #SCENIC #IndustriKreatif #PatriotismJiwaMerdeka

 
 

Details
Category
Department tag
KSTI