Skip to main content

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐦𝐢𝐚𝐧 𝐅𝐞𝐬𝐭𝐢𝐯𝐚𝐥 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐓𝐄𝐌 & 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡, 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐮𝐝𝐚𝐭 𝟐𝟎𝟐𝟒

15 Ogos 2024, Khamis - Majlis Perasmian Festival Pendidikan STEM & TVET Peringkat Negeri Sabah, Daerah Kudat dirasmikan oleh Tuan Rusdi bin Belun, Timbalan Setiausaha Tetap I, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah. Turut hadir Dr Mohd Asran bin Amisah, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Tuan Haji Sharif Abidin bin Hj Sharif Shek, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kudat. Puan Artina binti Ariff, Ketua Penolong Pengarah, Unit TVET Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Encik Sabdani bin Batang @ Bettang, Ketua Penolong Pengarah, Unit Teknologi Maklumat & Komunikasi, Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Encik Ruslan bin Madisal, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pembangunan Murid JPN Sabah. Puan Emilia Rohaiza binti Abdul Aziz, Penolong Pengarah, Unit Sains dan Matematik, Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Pegawai-Pegawai dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah. Barisan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah. Pegawai Cemerlang SIPartners Plus dan Barisan Pegawai Cemerlang SISC+, serta Barisan Penolong Pegawai Pendidikan.

Details
Category
Department tag
KSTI

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM FESTIVAL PENDIDIKAN STEM & TVET

Datuk Arifin Arif , Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah telah merasmikan Majlis Penutupan Pogram Festival Pendidikan STEM & TVET Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Samporna di Dewan Arena Masyarakat pagi hari ini. Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap 2 KSTI Tuan Syahrin Samsir, En Muddin Beting ,Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid , Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Pengarah JHEAINS Tuan Jumain Abdul Ghani dan Puan Hajah Siti Namla Binti Haji Abdul Hamid , Pemangku Pegawai Pendidikan Daerah Samporna .

Details
Category
Department tag
KSTI

LAWATAN TEKNIKAL KE JABATAN DIGITAL NEGARA DAN MESYUARAT PELAKSANAAN MYGDX NEGERI SABAH.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) ,Datuk Dr. Ahemad Sade telah mengetuai lawatan dan mesyuarat perlaksanaan MYGDX negeri sabah di Pejabat Jabatan Digital Negara (JDN) pagi hari ini. Mesyuarat antara lain bagi membincangkan secara terperinci potensi kerjasama strategik antara Jabatan Data Negara (JDN) dan Kerajaan Negeri Sabah dalam merealisasikan agenda MyGDX di bumi Sabah serta mengenalpasti keperluan teknikal dan operasional yang perlu diberi penekanan bagi memastikan pelaksanaan MyGDX di Sabah berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Details
Category
Department tag
KSTI

LAWATAN KE PEJABAT PERHUBUNGAN NEGERI SABAH KUALA LUMPUR

Setiausaha Tetap KSTI , Datuk Mohd Hanafiah Mohd Kassim mengetuai rombongan KSTI membuat kunjungan hormat ke Pejabat Perhubungan Negeri Sabah petang kelmarin. Hadir sama ialah Puan Dg Norsiah Binti Haji Ag Duraman Pengarah Pejabat Perhubungan Negeri Sabah K.L dan Puan Ernywati Dewi Abas Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah.

Details
Category
Department tag
KSTI