Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah (JPBW) Sabah sedang melaksanakan Kajian Penyediaan Sabah Smart City Blueprint bagi menyediakan hala tuju pembangunan bandar pintar yang komprehensif, inklusif dan berasaskan data untuk Negeri Sabah.
Soal selidik ini bertujuan mendapatkan maklumat berkaitan tahap pendigitalan organisasi, penggunaan teknologi, cabaran semasa, perkongsian data serta keutamaan pembangunan bandar pintar bagi menyokong penyediaan Sabah Smart City Blueprint.
Segala maklumat yang diberikan akan digunakan bagi tujuan kajian dan dirahsiakan mengikut keperluan.


