Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah (JPBW) Sabah ingin memaklumkan bahawa sistem e-Zoning kini meliputi semua daerah di Sabah bagi kemudahan semakan Zon Gunatanah secara dalam talian.
Kemudahan ini dibangunkan bagi memudahkan pengguna membuat semakan zon perancangan dengan lebih praktikal. Antara kemudahan yang disediakan melalui sistem e-Zoning:
Akses 24 Jam: Boleh diakses pada bila-bila masa.
Semakan Mudah: Memudahkan semakan zon gunatanah mengikut kawasan.
Paparan Zon Perancangan: Menyediakan paparan petaan zon perancangan.
Cetak Terus: Hasil semakan boleh dicetak terus daripada sistem.
Layari portal rasmi untuk membuat semakan:
?? https://ezoning.sabah.gov.my/
Ikuti akaun rasmi JPBW Sabah di Facebook untuk maklumat terkini.


