Skip to main content

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tempat: Hongkod Koisaan KDCA
Tarikh: 30 Mei 2026 (Sabtu) & 31 Mei 2026 (Ahad)
Masa: 8.00 Pagi

Majlis Perasmian akan disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia pada 30 Mei 2026, manakala Majlis Penutupan akan disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Bin Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 31 Mei 2026.

Sehubungan itu, semua warga dijemput hadir bagi memeriahkan sambutan Pesta Kaamatan Tahun 2026 yang bertemakan:

“Kaamatan: Mongomot Pisompuruan, Mamaramai Piunungan”
(Kaamatan: Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian)

Sekian, terima kasih.

Details