Skip to main content

KENYATAAN TENDER BAGI PEMBERSIHAN BANGUNAN DAN PEJABAT PEJABAT PERHUBUNGAN NEGERI SABAH KUALA LUMPUR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Pejabat ini ingin mempelawa syarikat-syarikat yang berdaftar di bawah kod bidang yang berkaitan serta mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang tersebut untuk mengemukakan tender bagi kerja/urusan berkaitan.

Segala tawaran hendaklah dikemukakan mengikut syarat-syarat dan spesifikasi yang telah ditetapkan dan dihantar terus ke Bahagian Pengurusan Dan Kewangan, Jabatan Ketua Menteri, Aras 24, Blok A, Menara Kinabalu, Jalan Sulaman, Teluk Likas, 88400, KOTA KINABALU sebelum atau pada 17 Jun 2026 (Rabu) jam 10:00 pagi.

Borang sebut harga boleh diperoleh di Pejabat PPNSKL dengan bayaran sebanyak RM50.00 sahaja.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi : 
Puan Rina @ Nurazreen Binti Mazni: 03-48102108 (Samb. 118)
Encik Mohd Fadrul Izwan Bin Misar : 03-48102108 (Samb. 123)

Sekian, terima kasih.

Details