PENAFIAN PENYALAHGUNAAN NAMA PENGARAH DAN PEGAWAI JHEWA
1. Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) memandang serius tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyalahgunakan nama Pengarah dan pegawai JHEWA bagi tujuan penipuan melibatkan tender, kursus, program, perolehan dan urusan rasmi jabatan.
2. Orang awam, agensi dan syarikat dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada serta mendapatkan pengesahan rasmi daripada JHEWA sebelum membuat sebarang urusan atau bayaran.
3. JHEWA menegaskan bahawa semua urusan rasmi jabatan hanya dilaksanakan melalui saluran dan prosedur yang sah serta ditetapkan oleh jabatan.
4. Sebarang keraguan atau kemusykilan hendaklah dirujuk terus kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) melalui talian rasmi 088-236110 atau dengan melayari laman sesawang rasmi https://jhewa.sabah.gov.my bagi tujuan pengesahan.
Sekian, terima kasih.
JABATAN HAL EHWAL WANITA SABAH
19 MEI 2026


