Skip to main content

Salam Sejahtera! 

Mari Sertai Kajian Awal Indeks Membaca Kebangsaan ( IMK) 2026  

Perpustakaan Negara Malaysia sedang melaksanakan Kajian Awal Indeks Membaca Kebangsaan (IMK) 2026 bagi membangunkan asas pengukuran tahap dan corak amalan membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Orang ramai dijemput untuk meluangkan masa sekitar 5 hingga 10 minit bagi melengkapkan soal selidik ini. Maklum balas yang diberikan amat penting dalam menyokong pembangunan dasar, perancangan serta inisiatif pembudayaan membaca di peringkat nasional.

Tempoh kajian: 1 Jun - 31 Ogos 2026 
Semua maklumat yang diberikan adalah SULIT dan untuk tujuan penyelidikan sahaja. 

Imbas KOD QR pada poster untuk menyertai  atau pautan berikut: https://forms.gle/Hbu4LHCcQQXGr1TS7

Kerjasama dan penyertaan anda amatlah dihargai.
Terima kasih. 

#IMK2026 #PerpustakaanNegaraMalaysia  #KementerianPerpaduanNegaraMalaysia #BudayaMembaca #MalaysiaMADANI 

Details