Skip to main content

JEMPUTAN MENGHADIRI SABAH INNOVATION SHOWCASE 2026 BERSEMPENA SABAH CREATIVE X 2026

JEMPUTAN MENGHADIRI SABAH INNOVATION SHOWCASE 2026 BERSEMPENA SABAH CREATIVE X 2026

Dengan segala hormatnya, semua kakitangan awam adalah dijemput untuk menghadiri Sabah Innovation Showcase 2026, yang dianjurkan bersempena Sabah Creative X 2026.

Penganjuran ini bertujuan menyediakan platform untuk mengetengahkan perkembangan teknologi dan inovasi, berkongsi pengetahuan serta meneroka peluang kolaborasi dalam memperkukuh ekosistem inovasi di Sabah.

Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh: 28 Oktober 2026 (Rabu)  
Masa: 9.00 pagi hingga 5.00 petang  
Tempat: Sipadan 1, Level 4, Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu

Antara pengisian program:
- Forum Perbincangan dan Sesi Perkongsian
- Pameran Teknologi dan Inovasi
- Padanan Perniagaan

Sehubungan itu, semua kakitangan awam yang berminat adalah dialu-alukan untuk menyertai program ini bagi mendapatkan pendedahan kepada perkembangan inovasi, meneroka idea baharu serta memperluas jaringan kerjasama merentas sektor.

Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan berikut:

Pautan pendaftaran: https://forms.gle/gpt67DMcZRnmhec96

Kerjasama dan penyertaan pihak tuan/puan amatlah dihargai dalam menjayakan program ini.
Sekian, terima kasih.

#SabahInnovationShowcase2026 #SabahCreativeX #SCENIC #SabahInnovation #KPSTI

Details

PEMAKLUMAN SENARAI KURSUS INSTITUT LATIHAN SEKTOR AWAM NEGERI SABAH (INSAN) BULAN NOVEMBER 2026

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN) akan menganjurkan kursus seperti berikut:

THK0213 - Kursus Pengurusan Krisis & Tekanan Kerja

2-3 November 2026

Bilik Kuliah INSAN, Tingkat 8, Blok A, Wisma MUIS, Kota Kinabalu

 

ICT0240 - Kursus Trend Teknologi Masa Depan (Ai, Iot,Cloud, Big Data)

10-11 November 2026

Bilik Latihan JPAN, Tingkat 12, Blok A, Menara Kinabalu

 

ICT0245 - Kursus Pemerkasaan Ai Dalam Penyampaian Perkhidmatan Awam

17-18 November 2026

Bilik Kuliah INSAN, Tingkat 8, Blok A, Wisma MUIS, Kota Kinabalu                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              

Maklumat lanjut sila rujuk laman sesawang INSAN ITS https://appjpan.sabah.gov.my/INSAN-ITS/default.asp  untuk sinopsis dan memohon kursus yang di tawarkan.


Sebarang pertanyaan boleh menghubungi dengan kami di talian:

1.    

Puan Siti Fatimah binti Amberen                    : 011-25250721

2.    

Puan Norafidah binti Azelan                           : 011-51502324

3.    

Puan Nur Faralina Akma binti Amirudin         : 013-9784769

4.    

Puan Mohelena Mawan                                  : 018-9708024

5.    

Puan Ignes Didie Anjam                                 : 014-6725725

 

Sekian dan terima kasih.

Bahagian Pengurusan Iklan Kursus INSAN

SITI FATIMAH BINTI AMBEREN
PENYELARAS KURSUS
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     

Details

HEBAHAN SaBC BIL.5/2026 - HARI BIODIVERSITI SEDUNIA 2026 " TINDAKAN LOKAL, IMPAK GLOBAL"

Tahukah anda?

Setiap 22 Mei, seluruh dunia menyambut Hari Biodiversiti Sedunia. Tahun ini, tema kita amat jelas “Tindakan Lokal, Impak Global”

Biodiversiti bukan sekadar tentang haiwan dan tumbuhan, ia adalah sistem sokongan kehidupan kita yang merangkumi:
  • Tumbuhan & Haiwan
  • Mikroorganisma
  • Ekosistem alam
Kenapa kita perlu peduli?
Sebab biodiversiti menyokong sumber makanan kita, menjaga keseimbangan ekosistem, melindungi bumi daripada perubahan iklim, dan merupakan warisan untuk generasi masa depan! Sabah sendiri merupakan salah satu kawasan khazanah biodiversiti terkayu di dunia. Menjadi tanggungjawab kita bersama untuk menjaga habitat flora dan fauna yang unik ini daripada musnah.
 
Marilah kita mulakan tindakan kecil di peringkat lokal hari ini demi impak positif yang besar pada global! ????
Details

PENANGGUHAN TARIKH TUTUP PENYERTAAN SABAH BEST BIODIVERSITY RESEARCH AWARD 2026 (SBBRA2026) "ANUGERAH PENYELIDIKAN BIODIVERSITI TERBAIK SABAH 2026"

[PENGUMUMAN] PENANGGUHAN TARIKH TUTUP SBBRA 2026 ??

Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh tutup penyertaan Sabah Best Biodiversity Research Award (SBBRA) 2026 kini ditangguhkan ke 30 April 2026.

Jangan lepaskan peluang untuk menghantar penyertaan anda!

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di: sabccorporate23@gmail.com.

Details