Aktiviti Terkini

Pusat Ikan Hiasan KO-NELAYAN Sabah menerima ikan induk Arowana Albino Silver

Sabah, 16 Jun 2023 - Pusat Ikan Hiasan KO-NELAYAN Sabah mengumumkan keberhasilan mereka dalam memperolehi ikan induk arowana albino silver yang yang terkenal dengan keunikan dan kecantikanya. Penerimaan ini menjadi kejayaan besar bagi Ko-Nelayan dalam upayanya untuk memperkaya koleksi spesies ikan hias yang unik dan bakal di benihkan di Sabah.

Arowana albino silver, yang dikenal dengan nama saintifiknya Osteoglossum bicirrhosum, merupakan salah satu spesies ikan hias yang paling dicari oleh para pecinta ikan hiasan. Selain daripada harga yang mampu milik, Albino Silver dikenal dengan corak perak keemasan yang cantik dan mata merah yang mencolok, membuatnya menjadi salah satu ikan yang paling menarik di dunia akuatik.

Pusat Ikan Hiasan KO-NELAYAN Sabah berharap pusat ini akan dapat menarik para penggemar ikan hiasan dan masyarakat umum yang ingin mengeksplorasi keindahan dunia akuatik.Sebelum ini pada bulan Februari 2023, Pusat Ikan Hiasan KO-NELAYAN Sabah telah pun membawa masuk lebih 100 ekor induk Arowana Malaysia Gold untuk tujuan penghasilan benih.

SABAH MAJU JAYA

MALAYSIA MADANI