Sabah Maju Jaya

VISI

Menjadi organisasi peneraju dalam membangunkan komuniti nelayan dan pembangunan industri perikanan.

MISI

Meningkatkan taraf hidup komuniti nelayan dan kesejahteraaan negeri melalui amalan perikanan yang lestari.

Hebahan / Aktiviti

Apa yang sedang berlangsung ;

Pengumuman / hebahan

Ruangan ini menyediakan maklumat seperti aktiviti, hebahan dan pengumuman yang mempunyai kepentingan kepada masyarakat umum di Malaysia khususnya Negeri Sabah.

Aktiviti Terkini

KUNJUNGAN ROMBONGAN FAKULTI SAINS MAKANAN DAN PEMAKANAN(FSMP), Universiti Malaysia Sabah (UMS)

20 Mac 2024

Kunjungan rombongan Fakulti Sains Makanan Dan Pemakanan (FSMP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke KO-NELAYAN bertujuan untuk membincangkan kolaborasi pembangunan produk makanan hiliran melalui kursus NB30804 yang di hadiri oleh Prof. Madya Dr. Patricia Matanjun, Dr. Yanty Noorzianna Binti Abdul Manaf dan Ts. Dr. Mohd Azrie Bin Awang.

Rombongan kunjungan ini di sambut oleh Pengurus Besar KO-Nelayan Tuan Hj Yusof Bin Hj Ag Besar, Timbalan Pengurus Besar, Pn Suraya Undui, penolong Pengurus Besar bahagian Pembangunan Nelayan (PN) , Pn Dahara Hj Paro, Ketua Unit Pengurusan Kredit, Pn Dg. Adrina Fatiah Ag Nohin, Pengurus Wilayah Kudat, Pn Rosalia Philip, Penolong Pegawai Tadbir (PN), Pn Rafneey Binti Dzulkiflee dan Pengurus Kilang Hiliran Kudat, En Syazz Aslym Shenn Bin Samsudin.

MALAYSIA MADANI
#SabahMajuJaya
#konelayan


Aktiviti Terkini

MARHABAN YA RAMADAN!

11 Mac 2024

Selamat datang bulan Ramadan!
Semoga bulan suci ini membawa berkah, kedamaian, dan kebahagiaan untuk kita semua.
Mari kita manfaatkan setiap masa untuk berdoa, berbuat baik, dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Selamat berpuasa kepada seluruh umat Muslim.
Ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi dan Kakitangan KO-NELAYAN SABAH.

MALAYSIA MADANI
#SabahMajuJaya
#konelayan


Aktiviti Terkini

PENUTUPAN SEMENTARA TEFP, TUARAN.

10 Mac 2024

Pelantar pancing TEFP akan ditutup bermula pada 10 Mac 2024 untuk tujuan penyelenggaraan. Pembukaan semula pelantar pancing akan dimaklumkan kelak.

MALAYSIA MADANI
#SabahMajuJaya
#konelayan


Aktiviti Terkini

Sabah International Food Expo 2024

10 Mac 2024

Sabah International Food Expo yang berlangsung dari 8-10 Mac 2024 Di rasmikan oleh Yb Datu Seri Haji Mohamad Bin Sabu selaku Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang bertempat di Sabah International Convention Centre

MALAYSIA MADANI
#SabahMajuJaya
sifex2024
#konelayan #sabahinternationalfoodexpo


Aktiviti Terkini

Penutupan kursus Program e-KAN dan Majlis Pelancaran Bakul Ramadan e-KAN KO-NELAYAN

7 Mac 2024

Program e-KAN merupakan satu inisiatif pendigitalan untuk mewujudkan gerbang pemasaran secara digital produk dan perkhidmatan yang berasaskan perikanan dan juga untuk membudayakan keusahawanan digital di kalangan usahawan di bawah bimbangan KO-NELAYAN dan usahawan tempatan di Negeri Sabah.

Program e-KAN ini adalah seiring dengan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dan pendigitalan Kerajaan Negeri Sabah yang memberi tumpuan khusus kepada peningkatan ekonomi dan mendedahkan usahawan dengan pelbagai kaedah dan teknik untuk meraih jualan serta menjana pendapatan tambahan secara online.

Penutupan kursus Program e-KAN diadakan bersama-sama dengan Majlis Pelancaran Bakul Ramadan e-KAN KO-NELAYAN pada 7hb. Mac, 2024 di Hotel Sky, Kota Kinabalu. Majlis ini telah dihadiri oleh Puan Suraya Undui, Timbalan Pengurus Besar KO-NELAYAN, Encik Salleh Hj. Obong, Penolong Pengurus Besar (Perancangan & Pembangunan Strategik), Puan Dahara Hj. Paro, Penolong Pengurus Besar (Pembangunan Nelayan) dan pegawai-pegawai KO-NELAYAN.

MALAYSIA MADANI
#SabahMajuJaya
PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN
#konelayan #programekan


Aktiviti Terkini

Pameran KO-NELAYAN sempena SABAH INTERNATIONAL FOOD EXPO (SIFEX 2024)

6 Mac 2024

Temui KO-NELAYAN di tapak pameran bernombor 188 dan 163 sempena SABAH INTERNATIONAL FOOD EXPO (SIFEX 2024)!
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai jenis produk keluaran pengusaha bimbingan KO-NELAYAN antaranya ialah SAMBAL BLONDO ADHWA.
Anda juga boleh mendapatkan produk Hiliran KO-NELAYAN daripada KO-NELAYAN Marketing antaranya ialah Keropok Goreng Lada Hitam & Asli, Keropok Goreng Ketam, Keropok Mentah Lada Hitam & Asli dan produk-produk keluaran pengusaha bimbingan KO-NELAYAN.
Berita gembira! Masuk adalah PERCUMA! Jom jumpa anda di sana!

Tarikh : 08-10 Mac 2024 (Jumaat- Ahad)
Masa : 10.00 am - 8.00 pm
Tempat: SICC Kota Kinabalu, Sabah

MALAYSIA MADANI
#SabahMajuJaya
PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN
#konelayan #sifex2024


Aktiviti Terkini

MAJLIS PERASMIAN DAN PENUTUPAN KURSUS JURUAUDIT DALAMAN

23 Februari 2024

MAJLIS PERASMIAN DAN PENUTUPAN KURSUS JURUAUDIT DALAMAN (ADVANCED) SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2015
21-23 FEBRUARI 2024 DI HOTEL 7 SURIA SABAH

MALAYSIA MADANI
#SabahMajuJaya
#kursus #konelayan #konel


Aktiviti Terkini

Program e-KAN Start Up & Boost Up Sesi Mac 2024

19 Februari 2024

Adakah anda usahawan yang berminat untuk mengembangkan perniagaan anda dalam perniagaan atas talian?

Terokai potensi anda dan perbaharui pengetahuan anda dalam menguasai ilmu keusahawanan digital.

Berkembanglah bersama Program e-KAN melalui BAKUL RAMADAN 2024 yang akan datang di Marketplace e-KAN https://ekan.com.my/ !

Pendaftaran bagi Program e-KAN Start Up & Boost Up bagi sesi Mac 2023 kini dibuka!

Lokasi: Kota Kinabalu
Tarikh : 5-7 Mac 2024 (Hari Selasa - Khamis)
Link: Pautan Borang Penyertaan

Anda juga boleh scan QR code yang tertera di poster tersebut.
PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN

MALAYSIA MADANI
#SabahMajuJaya
#cny2024 #konelayan #usahawanberjaya #usahawankonelayan #usahwansabah #pengusahasabah #produksabahan


Aktiviti Terkini

Pameran sempena Karnival CNY SCC 2024

19 Februari 2024

KO-NELAYAN telah berada di perkarangan bangunan Wisma Perbadanan Pinjaman Sabah, Donggongon Penampang sempena Karnival CNY SCC 2024 bermula daripada 17-18/2/2024. Pelbagai acara menarik menanti para pengunjung antaranya persembahan "Lion Dance", Miss Cheongsam, Tanglung Angpao dan banyak lagi. Terdapat juga jualan pelbagai jenis produk keluaran usahawan bimbingan KO-NELAYAN seperti Ikan Tausi ALUS, Ikan Bilis, Popia Bilis dan banyak lagi.
PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN

MALAYSIA MADANI
#SabahMajuJaya
#cny2024 #konelayan #usahawanberjaya #usahawankonelayan #usahwansabah #pengusahasabah #produksabahan


Aktiviti Terkini

Majlis Penyerahan Innopack Pembangunan Rekabentuk Pembungkusan KO-NELAYAN wilayah Tawau

15 Februari 2024

Lima (5) orang usahawan bimbingan KO-NELAYAN, wilayah Tawau terpilih sebagai peserta penerima Innopack Pembangunan Reka Bentuk Pembungkusan KO-NELAYAN bagi tahun 2023. Majlis penyerahan ini telah berlangsung pada 06 Februari 2024 bertempat di Pejabat Wilayah KO-NELAYAN Tawau. Usahawan KO-NELAYAN yang terpilih ialah:
1. Pn Jarina Br Maskul (Brand Inamee | Produk Mi Kering (Rumpai Laut)
2. Pn Suhartini Bt Suktan (Brand Kemacha | Produk Keropok Segera)
3. Pn Suhaili Binti Md Soib (Brand De Water Lely | Ikan Pekasam Sejuk Beku)
4. En Muhammad Surmalin Bin Papo (Brand Nassalin | Mi Kering Ranggu)
5. Pn Normah Binti Umbing (Brand D'Normit | Produk Keropok Lekor Amira)
Majlis penyerahan innopack ini telah disampaikan oleh Puan Dahara Hj. Paro, Penolong Pengurus Besar (PPB) Bahagian Pembangunan Nelayan bersama Puan Haslini Suit, Pengurus Wilayah KO-NELAYAN Tawau diiringi oleh Puan Dg. Adrina Fatiah Ag.Nohin, Ketua Unit Pengurusan Kredit KO-NELAYAN. Tahniah diucapkan!
PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN

MALAYSIA MADANI
#SabahMajuJaya
#konel #konelayan #sabah #usahawanSabah


Aktiviti Terkini

Majlis Penyerahan Innopack Pembangunan Rekabentuk Pembungkusan KO-NELAYAN wilayah Pantai Barat

15 Februari 2024

Majlis Penyerahan Innopack Pembangunan Rekabentuk Pembungkusan KO-NELAYAN usahawan KO-NELAYAN wilayah Pantai Barat bagi sesi tahun 2023. Tiga (3) orang usahawan KO-NELAYAN telah terpilih iaitu:
1. Pn Eriy Binti Dusun (Brand QueYun | Produk Sambal Tuhau Ikan Masin)
2. Pn Maznah Binti Jamain ( Brand Alus | Produk Ikan Goreng Tausi)
3. Pn Nasriah Binti Abdullah (Brand Adhwa | Produk Sambal Blondo)
Penyerahan ini telah disampaikan oleh Puan Suraya Undui, Timbalan Pengurus Besar KO-NELAYAN bersama Puan Dg. Adrina Fatiah Ag.Nohin, Ketua Unit Pengurusan Kredit diiringi oleh Tn. Arieavistara Ryee Kuinon, Pengurus Wilayah Pantai Barat KO-NELAYAN.
PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN

MALAYSIA MADANI
#SabahMajuJaya
#konel #konelayan #sabah #usahawanSabah


Aktiviti Terkini

HAPPY CHINESE NEW YEAR

13 Februari 2024

Pengurusan Tertinggi dan Kakitanggan KO-Nelayan mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA 2024 “ Mulakan hari di tahun baru dengan membuka lembaran baru Gong Xi Fa Cai”

MALAYSIA MADANI
#SabahMajuJaya
#konel #konelayan #sabah #yearofdragon


Aktiviti Terkini

Sambutan Tahun Baru Cina 2024 KO-NELAYAN

05 Februari 2024

Sambutan Tahun Baru Cina 2024 KO-NELAYAN yang telah disempurnakan oleh Tuan Kong Soon Choi, Pengerusi KO-NELAYAN. Hadir bersama, Tuan Hj. Yusof Hj. Ag. Besar, Pengurus Besar KO-NELAYAN Sabah. Turut hadir bersama memeriahkan majlis ini ialah, YBhg. Datuk Robert Stidi, Setiausaha Tetap MAFFI bersama barisan Ahli-ahli Lembaga Pengarah KO-NELAYAN. Semoga Tahun Baru Cina tahun ini membawa kemakmuran dan kebahagian kepada kita semua 🍊 🧧 🐉

MALAYSIA MADANI
#SabahMajuJaya
#konel #konelayan #sabah #yearofdragon


Aktiviti Terkini

Majlis Amanat oleh YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffery G. Kitingan

23 Januari 2024

Majlis Amanat oleh YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffery G. Kitingan, Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) yang telah berlangsung dengan jayanya pada 23 Januari 2024 bertempat di Dewan Wisma Pertanian Sabah. Majlis amanat ini melibatkan kakitangan daripada jabatan dan agensi di bawah MAFFI.

MALAYSIA MADANI
#SabahMajuJaya
#konel #konelayan #sabah #malaysiamadani


Aktiviti Terkini

penganugerahan Darjah Kebesaran Pingat Pangkuan Negara (P.P.N.)

9 Januari 2024

Pengurusan Tertinggi dan kakitangan KO-NELAYAN dengan bangganya mengucapkan setinggi-tinggi Tahniah kepada Tuan Kong Soon Choi, Pengerusi KO-NELAYAN Sabah atas penganugerahan Darjah Kebesaran Pingat Pangkuan Negara (P.P.N.) oleh DYMM Yang DiPertuan Agung di Istana Negara pada 9 Januari, 2024.

Syabas dan Tahniah!

MALAYSIA MADANI
#SabahMajuJaya
#konel #konelayan #sabah #malaysiamadani


Aktiviti Terkini

pencarian peserta Program Lestari Ternakan Ketam Bakau Dalam Kolam KO-NELAYAN bagi tahun 2024

9 Januari 2024

Sukacita dimaklumkan bahawa pencarian peserta Program Lestari Ternakan Ketam Bakau Dalam Kolam KO-NELAYAN bagi tahun 2024 kini dibuka kepada rakyat Sabah yang berumur 18 hingga 45 tahun.

Untuk maklumat lanjut, syarat-syarat penyertaan dan juga pendaftaran program sila rujuk pada poster hebahan yang tertera.

Sebarang persoalan mengenai program ini, sila hubungi:

En. Fawzi: wa.me/601114155825
Pn. Norziah: wa.me/60143569486
MALAYSIA MADANI
#SabahMajuJaya
#konel #konelayan #sabah #malaysiamadani


Aktiviti Terkini

Selamat Menyambut Hari Natal dan Selamat Tahun Baharu 2024

25 DISEMBER 2023

Pengurusan Tertinggi dan Kakitangan KO-NELAYAN mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal kepada semua yang merayakannya dan Selamat Tahun Baharu 2024. Semoga semangat perpaduan kita akan terus utuh dan harmoni demi Malaysia Madani yang tercinta.
MALAYSIA MADANI
#SabahMajuJaya
#konel #konelayan #sabah #malaysiamadani


Aktiviti Terkini

Program Roadshow Pelan Strategik KO-NELAYAN 2023-2030

19 DISEMBER 2023

Program Roadshow Pelan Strategik KO-NELAYAN 2023-2030 di lokasi yang terakhir telah diadakan di Pejabat Wilayah Sandakan pada 19hb. Disember, 2023. Taklimat disampaikan oleh Tn Salleh Hj Obong selaku Penolong Pengurus Besar Bahagian Perancangan dan Pembangunan Strategik (PPS), Tn Pelef Meneh selaku Ketua Unit Pemantauan Pelaksanaan Projek(UPPP) dan Pn Safraa Safwanah selaku Unit Perancangan Pembangunan(UPP). Program tersebut dihadiri oleh kakitangan Pejabat Wilayah Sandakan yang diketuai oleh Pengurus Wilayah Sandakan, Tn. Muhandri Mirul.
MALAYSIA MADANI
#SabahMajuJaya
#konel #konelayan #sabah #malaysiamadani


Aktiviti Terkini

Platform E-KAN (Koomuniti Usahawan Sabah) - anugerah Sabah Trusted Brand Award 2023

17 DISEMBER 2023

Platform E-Kan (Komuniti Usahawan Sabah) KO-NELAYAN telah menerima anugerah Sabah Trusted Brand Award 2023 semasa majlis penyerahan pengiktirafan yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Pengguna Negara -MTPN di Sabah International Convention Centre pada 17 Disember, 2023.
Anugerah tersebut disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk James Ratib, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah kepada Tuan Hj. Yusof Hj. Ag. Besar, Pengurus Besar KO-NELAYAN. Turut hadir bersama beliau ialah Puan Dahara Paro (PPB Pembangunan Nelayan), Tuan Ag. Asmat Ag. Saman (PPB Khidmat Pengurusan) dan Tuan Md. Nadzril Encharang (Ketua Unit Teknologi Maklumat).

Syabas dan Tahniah KO-NELAYAN!!

PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN
MALAYSIA MADANI
#SabahMajuJaya
#konel #konelayan #sabah #malaysiamadani


Aktiviti Terkini

Anugerah Rekod Jabatan Terbaik, Pegawai Rekod Jabatan Aktif dan Anugerah Kejayaan Menghasilkan Buku Panduan Klasifikasi Fail Fungsian KO-NELAYAN

7 DISEMBER 2023

KO-NELAYAN telah menerima Anugerah Rekod Jabatan Terbaik, Pegawai Rekod Jabatan Aktif dan Anugerah Kejayaan Menghasilkan Buku Panduan Klasifikasi Fail Fungsian KO-NELAYAN yang disampaikan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Pegawai Rekod Jabatan Peringkat Kerajaan Negeri Sabah Siri 2/2023 pada 7hb. Disember, 2023 di Jabatan Perhutanan Sandakan. Semoga dengan anugerah-anugerah yang diterima akan memberikan semangat yang lebih optimum kepada kakitangan KO-NELAYAN dalam memajukan dan seterusnya mencapai kejayaan serta mengekalkan hala tuju KO-NELAYAN untuk terus cemerlang.
PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN
MALAYSIA MADANI
#SabahMajuJaya
#konel #konelayan #sabah #malaysiamadani


Aktiviti Terkini

Roadshow Pelan Strategik KO-NELAYAN 2023-2030

06 DISEMBER 2023

Roadshow Pelan Strategik 2023-2030 yang berlangsung pada 06 Disember 2023 bertempat di Dewan Wisma Pertanian Sabah.

SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI
#SabahMajuJaya
#konel #konelayan #sabah #malaysiamadani


Aktiviti Terkini

Kursus Pengurusan Kewangan Penjawat Awam 2023

4 DISEMBER 2023

Kursus Pengurusan Kewangan Penjawat Awam 2023 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Wisma Pertanian Sabah. Tn. Ag Asmat bin Ag Saman selaku Pembantu Pengurus Besar Khidmat Pengurusan menjadi wakil Ko-Nelayan untuk memberi cendera kenangan dan penghargaan kepada kedua penceramah jemputan iaitu Tuan Eddysamond Bin Layun dari Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara(LPPKN) juga Puan Sheirly Alfred dari Agendi Kaunseling dan Pengurusan Kredit(AKPK)

SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI
#SabahMajuJaya
#konel #konelayan #sabah #malaysiamadani


Aktiviti Terkini

Program Tamu Belia

30 NOVEMBER - 3 DISEMBER 2023

Program Tamu Belia Tuaran yang berlangsung dari 30 hb Nov - 3hb Disember 2023 bertempat di Padang Pekan Tuaran

SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI
#SabahMajuJaya
#konel #konelayan #sabah #malaysiamadani #tamubeliatuaran23


Aktiviti Terkini

kunjungan hormat kepada Pesuruhjaya Polis Sabah

29 NOVEMBER 2023

Pengurusan KO-NELAYAN yang diketuai oleh Tuan Kong Soon Choi, Pengerusi KO-NELAYAN telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pesuruhjaya Polis Sabah, Yang Berbahagia Datuk Jauteh Dikun, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di Kepayan pada 29hb. November, 2023. Turut menyertai rombongan KO-NELAYAN ialah Tuan Hj. Yusof Hj. Ag. Besar, Pengurus Besar KO-NELAYAN, Puan Dahara Hj. Paro, Penolong Pengurus Besar (PPB) Pembangunan Nelayan, Tuan Burhan Hj. Japar (PPB Pembangunan Industri Perikanan), Tuan Ag. Asmat Hj. Ag. Saman (PPB Khidmat Pengurusan) dan beberapa pegawai KO-NELAYAN.

SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI
#konel #konelayan #sabah #malaysiamadani


Aktiviti Terkini

Majlis Perasmian dan Penutupan Kursus Upskilling Teknikal Jangka Pendek Program Pembangunan Asnaf Aquapreneur

18 NOVEMBER 2023

Majlis Perasmian dan Penutupan Kursus Upskilling Teknikal Jangka Pendek Program Pembangunan Asnaf Aquapreneur yang telah dilaksanakan oleh Pusat Latihan Akuakultur KO-NELAYAN (KATC) dengan kerjasama pihak Agrobank Centre of Excellences (ACE) dan Hidayah Centre Foundation Sabah telah diadakan pada 18hb. November, 2023 dan disempurnakan oleh Tuan Salleh Hj. Obong, Penolong Pengurus Besar (Perancangan Pembangunan Strategik) KO-NELAYAN. Kursus ini telah berlangsung dari 14hb November hingga 18hb November 2023 di KATC Kg. Laya-laya, Tuaran dan disertai oleh 10 peserta Program Asnaf Aquapreneur.

SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI
#konel #konelayan #sabah #malaysiamadani #tourism


Aktiviti Terkini

PAMERAN SABAH COMMUNITY BASED TOURISM FAIR 2023

17-19 NOVEMBER 2023

Pameran Sabah Community Based Tourism Fair 2023 yang berlangsung selama 3 hari dari 17-19 November 2023.

SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI
#konel #konelayan #sabah #malaysiamadani #tourism


Aktiviti Terkini

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM NELAYAN DIGITAL PROGRAM LANJUTAN (DIGITAL UPSKILLING E-SMART)

6-7 NOVEMBER 2023

Majlis Penutupan Program Nelayan Digital Program Lanjutan(Digital Upskilling e-Smart) yang berlangsung dari 06-07 November 2023 bertempat di Hotel De Leon, Lahad Datu


SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI
#konel #konelayan #sabah #E-SMART #nelayandigital


Aktiviti Terkini

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN KORPORASI KEMAJUAN PERIKANAN DAN NELAYAN SABAH (KO-NELAYAN) KEPADA KERAJAAN NEGERI SABAH

31 OKTOBER 2023

Sumbangan disampaikan oleh Tuan Kong Soon Choi, Pengerusi KO-NELAYAN dan Tuan Hj. Yusof Hj. Ag. Besar, Pengurus Besar KO-NELAYAN kepada YAB Datuk Seri Panglima Hj. Hajiji bin Hj. Noor, Ketua Menteri Sabah yang diwakili oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Hj. Masidi bin Manjun, Menteri Kewangan Sabah.
SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI
#konel #konelayan #sabah

Selanjutnya


Aktiviti Terkini

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PANEL PENASIHAT INDUSTRI BAGI PROGRAM PENGAJIAN DAN SIJIL KOLABORASI RAKAN STRATEGIK

31 OKTOBER 2023

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Panel Penasihat Industri Bagi Program Pengajian dan Sijil Kolaborasi Rakan Strategik bertempat di Politeknik, Kota Kinabalu
SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI
#konel #konelayan #politeknik

Selanjutnya


Aktiviti Terkini

TAKLIMAT INSURANS KAD PERUBATAN KO-NELAYAN

27 OKTOBER 2023

Taklimat Insuran Kad Perubatan Ko- Nelayan yang berlangsung di Dewan Serbaguna Wisma Pertanian, Sabah.
SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI
#konel #konelayan #sabah


Aktiviti Terkini

MAJLIS PENUTUPAN MINGGU INTEGRITI KEMENTERIAN PERTANIAN, PERIKANAN DAN INDUSTRI MAKANAN SABAH

24 OKTOBER 2023

Majlis penutupan Minggu Integriti KEMENTERIAN PERTANIAN, PERIKANAN DAN INDUSTRI MAKANAN SABAH yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Peto Galim selaku Pembantu Menteri II
SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI
#konel #konelayan #sabah #pertanian

Selanjutnya


Aktiviti Terkini

AKTIVITI SEMPENA MINGGU INTEGRITI 2023

18-24 OKTOBER 2023

Terima kasih kepada semua warga KO-NELAYAN yang telah memberi komitmen yang sangat baik sempena Minggu Integriti MAFFI 2023 (18-24.10.2023) bukan sahaja di Ibu Pejabat malah di Wilayah secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan dan menyokong usaha penglibatan KO-NELAYAN bagi pengisian aktiviti sempena Minggu Integriti MAFFI termasuk Jabatan/Agensi dibawahnya bagi tahun 2023.
SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI

Selanjutnya


Aktiviti Terkini

SEMINAR ‘THE OVERVIEW EFFECT: THE IMPORTANCE OF SPACE FOR GLOBAL SUSTAINABILITY, DEFENCE AND SECURITY’

23 OKTOBER 2023

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Airbus telah menganjurkan seminar ‘The Overview Effect: The Importance of Space for Global Sustainability, Defence and Security’ bertempat di Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) Kuala Lumpur pada 23 Oktober 2023.
SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI
#konelayan #mysa #airbus #esmart #teknologidigital

Selanjutnya


Aktiviti Terkini

BOOTH KO-NELAYAN MINGGU INTEGRITI

21-22 OKTOBER 2023

Temui KO-NELAYAN di tapak bernombor 26 sempena Program Sentuhan Agro Madani Peringkat Negeri Sabah yang berlangsung dari 21-22 Oktober 2023 bertempat di Perkarangan Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah. Pelbagai jenis jualan menarik produk hiliran dan usahawan bimbingan KO-NELAYAN menanti anda!
Jumpa anda di sini 😊
SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI
#penerajutransformasinelayan #konelayansabah #sokongprodukusahwankonelayan


Aktiviti Terkini

GOTONG-ROYONG SEMPENA MINGGU INTEGRITI 2023

20 OKTOBER 2023

Selaras dengan arahan Gotong-royong peringkat Ko-Nelayan sempena Minggu Integriti MAFFI Sabah Tahun 2023, Bahagian Pembangunan Nelayan telah melibatkan semua Pejabat Wilayah, Daerah, Kompleks dan Mini Kompleks seluruh Sabah.
SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI

Selanjutnya


Aktiviti Terkini

SERAH TUGAS PENOLONG PENGURUS BESAR (KHIDMAT PENGURUSAN)

19 OKTOBER 2023

Sesi serah tugas kepada Tn. Ag. Asmat Bin Ag. Saman selaku Penolong Pengurus Besar (Khidmat Pengurusan) KO-NELAYAN oleh mantan PPB (KP) Pn. Suraya Undui yang disaksikan oleh Tn Hj Yusuf Hj. Ag. Besar, Pengurus Besar KO-NELAYAN

Selanjutnya


Aktiviti Terkini

BOOTH KO-NELAYAN MINGGU INTEGRITI

18-24 OKTOBER 2023

Temui booth KO-NELAYAN bertempat di ruang legar Wisma Pertanian, Kota Kinabalu Sabah pada 18 hingga 24 Oktober 2023 sempena Minggu Integriti tahun 2023.
Pelbagai jualan menarik menanti anda, antaranya ialah Jualan Produk Hiliran dan Usahawan KO-NELAYAN dan info mengenai Program Peningkatan Pendapatan Nelayan. Jumpa anda di sana!
SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI
#penerajutransformasinelayan #konelayansabah #sokongprodukusahwankonelayan

Selanjutnya


Aktiviti Terkini

KARNIVAL SEMARAK BAHASA 2023

17-18 OKTOBER 2023

Temui booth KO-NELAYAN (No.10) bertempat di Dewan Bahasa Pustaka Cawangan Sabah, Kota Kinabalu Sabah pada 17 hingga 18 Oktober 2023 sempena Karnival Semarak Bahasa 2023 (Bulan Bahasa Kebangsaan dan Dekad Membaca Kebangsaan peringkat Negeri Sabah & Pelancaran Buku Baharu Penulis Sabah Terbitan DBP tahun 2022/2023).

Selanjutnya


Aktiviti Terkini

PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN

07 OKTOBER 2023

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada:

1. YB Datuk Hendrus Anding
2. Ybhg. Datuk Robert Stidi
3. Ybhg. Tuan Kong Soon Choi
4. Puan Haslini Suit
5. Tuan Mohd. Faquzree Salim
6. Tuan Chong Jin Han

Atas pengurniaan pingat kebesaran sempena hari jadi rasmi yang ke 70 tahun TYT Yang Di-Pertua Negeri Sabah, pada 7 Oktober, 2023.
#SabahMajuJaya
#MalaysiaMadani
#KoNelayan


Aktiviti Terkini

DIRGAHAYU TYT NEGERI SABAH

07 OKTOBER 2023

Selamat Hari Jadi Rasmi diucapkan kepada Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Dr. Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin, Yang di-Pertua Negeri Sabah.
Semoga Allah SWT melanjutkan usia Tuan Yang Terutama, memberkati dan merahmati pemerintahan Tuan Yang Terutama.
Ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi dan kakitangan Korporasi Kemajuan Perikanan Dan Nelayan Sabah ( Ko-Nelayan )
#DirgahayuTYTSabah
#konelayan


Aktiviti Terkini

PERSARAAN PUAN CABRINI BRIDGET CHIA

06 OKTOBER 2023

Sekitar suasana Majlis Persaraan Puan Cabrini Bridget Chia, mantan Timbalan Pengurus Besar KO-NELAYAN.

Selanjutnya


Aktiviti Terkini

SALAM MAULIDUR RASUL

12 RABIULAWAL 1445H | 28 SEPTEMBER 2023

Salam Maulidur Rasul 1445H Semoga cinta dan kasih sayang kita kepada junjungan besar Rasulullah SAW akan terus mekar dalam diri.


Aktiviti Terkini

TAJUK : PROGRAM PEMANTAPAN TADBIR URUS & SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN PEMBANGUNAN NELAYAN

19-21 SEPTEMBER 2023

Program Pemantapan Tadbir Urus & Sistem Penyampaian Perkhidmatan Pembangunan Nelayan yang berlangsung di Beringgis Beach Resort, Kinarut pada 19-21hb Sept. 2023

Selanjutnya


Aktiviti Terkini

TAJUK : BENGKEL PEMANTAPAN JURUAUDIT PELAN RISIKO DAN MENGENAL PASTI PUNCA ASAS

15 SEPTEMBER 2023

Selanjutnya


Aktiviti Terkini

TAJUK : MAJLIS PERASMIAN PAMERAN HARI MALAYSIA KE-60 PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2023

12 SEPTEMBER 2023

Selanjutnya


Aktiviti Terkini

TAJUK : KUNJUNGAN HORMAT SABAH ECONOMIC DEVELOPMENT AND INVESTMENT AUTHORITY (SEDIA)

05 SEPTEMBER 2023

Selanjutnya


Aktiviti Terkini

TAJUK : PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN SLDN

28-29 OGOS 2023

Selanjutnya


Aktiviti Terkini

TAJUK : KUNJUNGAN KOLABORASI STRATEGIK KO-NELAYAN BERSAMA POLITEKNIK KOTA KINABALU

22 OGOS 2023

Selanjutnya


Aktiviti Terkini

TAJUK : PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN - TVET BIDANG AKUAKULTUR

20 OGOS 2023

Seramai 70 orang belia telah menyertai Taklimat Pendidikan bagi Program Latihan Kemahiran -TVET Bidang Akuakultur Dengan Kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Tuaran (P170) bertempat di Dewan Pejabat Perhubungan UPKO Kiulu, Sabah.
SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI
#penerajutransformasinelayan #konelayan #konelayansabah


Aktiviti Terkini

TAJUK : LAWATAN PIHAK AGENSI ANGKASA MALAYSIA (MYSA) KE PROJEK ASUHAN BENIH IKAN MARIN (SENTS) KO-NELAYAN, LAYA-LAYA, TUARAN

18 OGOS 2023

Selanjutnya


Aktiviti Terkini

TAJUK : MAJLIS MENANDATANGANI MOU ANTARA KO-NELAYAN DAN MYSA

18 OGOS 2023

Majlis Menandatangani Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan (KO-NELAYAN)

Selanjutnya


Aktiviti Terkini

TAJUK : BENGKEL KLASIFIKASI REKOD/FAIL KO-NELAYAN 2023

16 OGOS 2023

Majlis Penyampaian Sijil & Penutupan Bengkel Klasifikasi Rekod/Fail KO-NELAYAN 2023

Selanjutnya


Aktiviti Terkini

TAJUK : MAJLIS PENYERAHAN SKIM BANTUAN KREDIT BAGI DAERAH WILAYAH TAWAU, SABAH

12 OGOS 2023

Selanjutnya


Aktiviti Terkini

TAJUK : MAJLIS HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN NEGERI SABAH (HPPNS)

01 OGOS 2023

Majlis Perasmian Sambutan Hari Peladang, Penternak & Nelayan Peringkat Negeri Sabah(HPPNS) Tahun 2023 yang berlangsung dari 27-30 Julai 2023 di Wisma Pertanian Sabah.

Selanjutnya


Aktiviti Terkini

TAJUK : BENGKEL TEKNIK PEMBINAAN BOT GENTIAN KACA SERTA PENYELENGGARAAN ENJIN SANGKUT

31 JULAI 2023

  • TARIKH : 01 - 03 OGOS 2023
  • TEMPAT : Pusat Latihan Akualkultur KO-NELAYAN
  • KURSUS ADALAH PERCUMA

Sila isi borang disini

Untuk makluman lanjut sila hubungi : En.Fhairull 013-8999914


Aktiviti Terkini

TAJUK : MAJLIS PENYERAHAN ENJIN SKIM BANTUAN NELAYAN WILAYAH SANDAKAN

18 JULAI 2023

Majlis Penyerahan Skim Bantuan Kredit Wilayah Sandakan Sabah pada 17 Julai 2023 ( Isnin ).

Selanjutnya


Aktiviti Terkini

TAJUK : Bengkel Pengisian Kamus Data Pelan Strategik KO-NELAYAN 2023

17 JULAI 2023

Bengkel Pengisian Kamus Data Pelan Strategik KO-NELAYAN 2023 yang bertempat di Sky Hotel, Kota Kinabalu pada 11 Julai 2023.


Aktiviti Terkini

TAJUK : MAJLIS MENANDATANGANI NOTA KOLABORASI ANTARA KO-NELAYAN DAN CV BALI INTERNASIONAL GROUPER INDONESIA

06 JULAI 2023

Selanjutnya


Aktiviti Terkini

TAJUK : TAKLIMAT PROGRAM DAN PROJEK KO-NELAYAN HAB HALAL INDUSTRI HILIRAN PERIKANAN, KUNAK.

06 JULAI 2023

Taklimat program dan projek KO-NELAYAN di Kunak serta perancangan pelaksanaan projek Pembangunan Hab Halal Industri Hiliran Perikanan KO-NELAYAN kepada TSKN dan DO Kunak, di Pejabat KO-NELAYAN, Daerah Kunak oleh PPB(PPS).


Aktiviti Terkini

TAJUK : PELANTAR PANCING TEFP AKAN BERMULA BEROPERASI

3 JULAI 2023

Pelantar Pancing Trayong Eco Fishing Point akan mula beroperasi pada:-

  • Tarikh : 4 JULAI 2023 (Selasa)
  • Masa Beroperasi : 7.30 Pagi hingga 7.00 Petang


Aktiviti Terkini

TAJUK : MAJLIS PENYERAHAN SKIM BANTUAN NELAYAN (SBN) WILAYAH KUDAT

21 JUN 2023

Majlis Penyerahan Enjin Sangkut Skim Bantuan Nelayan di Wilayah Kudat berlangsung dengan jayanya hari ini dihadiri oleh Pengerusi Ko-Nelayan, Tuan Kong Soon Choi. Skim bantuan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan pendapatan nelayan setempat.

Selanjutnya


Aktiviti Terkini

TAJUK : LAWATAN DARIPADA JABATAN PERHUTANAN SABAH KE KO-NELAYAN

21 JUN 2023

Lawatan daripada Pusat Penyelidikan Jabatan Perhutanan Sabah ke Pusat Ikan Hiasan KO-NELAYAN Sabah. Tujuan lawatan adalah untuk menilai kualiti air di Kampung Kaiduan dan risiko yang bakal menjejaskan sumber air di kawasan Hutan Simpan Kawang.


Aktiviti Terkini

TAJUK : LAWATAN DARIPADA POLITEKNIK KOTA KINABALU (PKK)

21 JUN 2023

Lawatan daripada Jabatan Kejuruteraan Politeknik Kota Kinabalu. Lawatan bertujuan untuk mendapatkan data bagi membantu KONELAYAN berkaitan free energy water pump, hydro generator & IOT yang mereka bangunkan sendiri d bengkel.


Aktiviti Terkini

TAJUK : PUSAT IKAN HIASAN KO-NELAYAN SABAH MENERIMA IKAN AROWANA

16 JUN 2023

Pusat Ikan Hiasan KO-NELAYAN Sabah mengumumkan keberhasilan mereka dalam memperolehi ikan induk arowana albino silver yang yang terkenal dengan keunikan dan kecantikanya.

Selanjutnya


Aktiviti Terkini

TAJUK : PERASMIAN DAN PENUTUPAN KURSUS PEMBENIHAN, PENTERNAKAN DAN PENYELIAAN IKAN TILAPIA

15 JUN 2023

Perasmian dan Penutupan Kursus Pembenihan, Penternakan Dan Penyeliaan Ikan Tilapia Siri 3 anjuran LIGS dilaksanakan di KATC. Seramai 30 org peserta dari kalangan pegawai-pegawai LIGS telah menyertai kursus selama 3 hari 2 malam. Selepas ini team TEMU KATC akan melaksanakan verifikasi kolam peserta di seluruh daerah dan seterusnya pembekalan benih tilapia akan dilakukan setelah kolam peserta sudah bersedia dan mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan.


Aktiviti Terkini

TAJUK : LAWATAN PROGRAM e-Kan KE OPERASI PUSAT POSLAJU SABAH

14 JUN 2023

Ko-Nelayan telah mengadakan lawatan ke Bahagian Operasi Pusat Poslaju di Kolombong. Tujuan lawatan ini adalah untuk memahami operasi Poslaju dengan lebih mendalam, membuka persepsi mengenai kaedah pembungkusan produk yang terbaik untuk pelanggan dan juga sebagai bahagian dalam perancangan fasa ke-2 Program e-Kan.

Selanjutnya


Aktiviti Terkini

TAJUK : KURSUS PENYELIAAN DAN PENTERNAKAN TILAPIA SIRI III

12 JUN 2023

Untuk info lanjut sila hubungi En. Fhairull : 013 899 9914


Aktiviti Terkini

TAJUK : LAWATAN PENGERUSI KO-NELAYAN KE PEJABAT KO-NELAYAN DAERAH KOTA MARUDU

6 JUN 2023

Lawatan kerja Ybhg. Tuan Kong Soon Choi Pengerusi KO-NELAYAN diiringi bersama Tn. Haji Yusof Hj. Ag. Besar, Pengurus Besar KO-NELAYAN ke Pejabat KO-NELAYAN daerah Kota Marudu.

Selanjutnya


Aktiviti Terkini

TAJUK : KURSUS PENYELIAAN DAN PENTERNAKAN TILAPIA

6 JUN 2023

Untuk info lanjut sila hubungi En. Fhairull : 013 899 9914


Aktiviti Terkini

TAJUK : LAWATAN PENGERUSI KO-NELAYAN KE KDCA

1 JUN 2023

Lawatan Ybhg. Tuan Kong Soon Choi, Pengerusi KO-NELAYAN ke tapak gerai pameran dan jualan KO-NELAYAN pada 31 Mei 2023 sempena sambutan Pesta Kaamatan peringkat Negeri Sabah 2023 bertempat di Hongkod Koisaan KDCA, Penampang.


Aktiviti Terkini

TAJUK : LAWATAN KETUA MENTERI SABAH DAN TIMBALAN KETUA MENTERI SABAH

30 - 31 MEI 2023

Lawatan Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah bersama Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan Timbalan Ketua Menteri l merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) ke tapak gerai pameran dan jualan KO-NELAYAN.

Selanjutnya


Aktiviti Terkini

TAJUK : KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN 2023

29 MEI 2023

Jom datang beramai-ramai ke Hongkod Koisaan (KDCA), Penampang pada 29-31 Mei sempena sambutan Pesta Kaamatan 2023 peringkat Negeri Sabah dan temui KO-NELAYAN di gerai Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI).

Terdapat 35 JENIS PRODUK yang terdiri daripada produk Hiliran Perikanan dan Produk Program Pembangunan Industri Kecil Perikanan (PIKP) yang menanti anda dan pastinya 100% keluaran pengusaha bimbingan KO-NELAYAN.

Turut berada di gerai MAFFI ialah Jabatan Pertanian Sabah, Korporasi Pembangunan Desa (KPD), Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah, Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) serta Jabatan Perikanan Sabah. Dapatkan pelbagai jenis produk makanan, aneka kuih muih serta jualan bibit buah-buahan daripada Jabatan dan Agensi MAFFI.


Aktiviti Terkini

TAJUK : MAJLIS PELANCARAN PELAN STRATEGIK KO-NELAYAN 2023-2030

25 MEI 2023

Liputan media daripada Jabatan Penyiaran Malaysia, Sabah (RTM) sempena Majlis Apresiasi KO-NELAYAN 2023 yang telah diadakan pada 19 Mei 2023 (Jumaat) bertempat di Promenade Hotel, Kota Kinabalu Sabah.

Turut berlangsung semasa Majlis Apresiasi ini ialah Majlis Pelancaran Pelan Strategik KO-NELAYAN 2023-2030 yang mengandungi 7 teras utama. Selain itu, majlis penyampaian anugerah "Jasamu Dikenang" bagi kakitangan KO-NELAYAN yang telah bersara pada tahun 2022 juga diraikan bersama. Turut disampaikan ialah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada kakitangan KO-NELAYAN yang terpilih.

Kredit Video: Jabatan Penyiaran Malaysia, Sabah. (RTM)


Aktiviti Terkini

TAJUK : MAJLIS MENANDATANGANI KOD ETIKA KORPORAT KO-NELAYAN

24 MEI 2023

Majlis Menandatangani Kod Etika Korporat Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (KO-NELAYAN) telah diadakan pada 19 Mei 2023 (Jumaat) bertempat di Dewan Serbaguna Wisma Pertanian Sabah yang telah dihadiri oleh seluruh kakitangan KO-NELAYAN termasuk kakitangan pejabat wilayah KO-NELAYAN.

Sesi menandatangani Aku Janji Kod Etika Korporat KO-NELAYAN disaksikan oleh Pengurus Besar KO-NELAYAN, Tuan Hj. Yusof Hj. Ag. Besar bersama barisan Pengurusan Tertinggi KO-NELAYAN serta Tn. Mohd Jamri Bin Awang Dami, Penolong Setiausaha Kanan (Integriti), Unit Pengurusan Tatatertib Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kota Kinabalu, Sabah. Di samping itu, beliau juga merupakan penceramah jemputan bagi majlis ini.


Aktiviti Terkini

TAJUK : PEMBENIHAN, PENTERNAKAN DAN PENYELIAAN IKAN TILAPIA

15 MEI 2023
  • Tarikh : SIRI I : 16-18 MEI 2023
  • Tempat : Pusat Latihan Akuakultur KO-NELAYAN (KATC) Kg.Laya-laya, Tuaran, Sabah.
  • Untuk info lanjut sila hubungi En. Fhairull : 013 899 9914


Aktiviti Terkini

TAJUK : LAWATAN RASMI PENGERUSI KO-NELAYAN TUAN KONG SOON CHOI

9 MEI 2023

Lawatan rasmi Pengerusi KO-NELAYAN, Tn. Kong Soon Choi bersama Pn. Dahara Hj. Paro, Penolong Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Nelayan ke Pejabat KO-NELAYAN Keningau dan Mini Kompleks Perikanan Sipitang pada 8 Mei 2023 (Isnin).

Di sambut baik oleh En. Mohd. Akid Danish, Penguasa Pejabat Mini Kompleks Perikanan Sipitang dan En. Madsah Ibrahim, Penguasa Pejabat KO-NELAYAN Keningau.


Aktiviti Terkini

TAJUK : KO-NELAYAN KOMITED MEMASTIKAN INISIATIF PEMBUDAYAAN INTERGRITI

19 APRIL 2023

KO-NELAYAN komited memastikan inisiatif pembudayaan integriti dalam kalangan penjawat awam dilaksanakan secara strategik dan berterusan. Susulan daripada surat arahan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Bil.1 Tahun 2021 semua aduan boleh dibuat melalui SISTEM i-Adu.

Selanjutnya


Aktiviti Terkini

TAJUK : MAJLIS PENYERTAHAN SURAT TAWARAN PERANTI SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)

6 APRIL 2023

Majlis Penyertahan Surat Tawaran Perantis Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)-SLDN kepada 45 orang perantis dan Perasmian Sesi Orientasi yang disempurnakan oleh Ybhg. Tuan Kong Soon Choi, Pengerusi KO-NELAYAN diadakan pada 05 April 2023 di Pusat Latihan Akuakultur KO-NELAYAN (KATC), Kg. Laya-Laya, Tuaran. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengurus Besar KO-NELAYAN, Tuan Hj. Yusof Hj. Ag. Besar, Timbalan Pengurus Besar Puan Cabrini Chia, Penolong Pengurus Besar (PPS) Tuan Salleh Hj. Obong serta pegawai-pegawai KO-NELAYAN.


Aktiviti Terkini

TAJUK : KUNJUNGAN HORMAT PENASIHAT EKONOMI SABAH KE KO-NELAYAN

31 MAC 2023

Delegasi dari Majlis Penasihat Ekonomi Sabah telah melakukan kungjungan hormat ke KO-NELAYAN pada 30hb. Mac, 2023. Delegasi terdiri daripada Datuk John Lo Thau Fah, Tuan Dzulkifli Ghulamdin dan Tuan Hj. Rahman disambut oleh Ybhg. Tuan Kong Soon Choi, Pengerusi KO-NELAYAN, Tuan Hj. Yusof Hj. Ag. Besar Pengurus Besar KO-NELAYAN, Puan Suraya Undui (PPB Khidmat Pengurusan), Tuan Salleh Hj. Obong (PPB Perancangan dan Pembangunan Strategik), Tuan Burhan Hj. Japar (PPB Pembangunan Industri Perikanan) dan pegawai-pegawai KO-NELAYAN.

Sejajar dengan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya, Majlis Penasihat Ekonomi Sabah adalah merupakan salah satu platform yang ditubuhkan untuk membawa perubahan dan mengubah ekonomi negeri Sabah. Dalam kunjungan tersebut, antara beberapa perkara telah dibincangkan termasuklah mengenai peranan KO-NELAYAN dalam membangunkan industri perikanan, teknologi terbaharu yang digunakan serta menyusun industri perikanan menjadi industri yang memberi manfaat yang besar kepada negeri Sabah.


Aktiviti Terkini

TAJUK : MAJLIS PENYERAHAN BUBUR LAMBUK SEMPENA BULAN RAMADHAN 2023

31 MAC 2023

KO-NELAYAN telah mengadakan majlis penyerahan bubur lambuk sempena bulan ramadhan 2023 di bangunan Wisma Pertanian Sabah pada 30 Mac 2023. Penyerahan bubur lambuk tersebut disampaikan oleh Pengerusi KO-NELAYAN, Tuan Kong Soon Choi bersama Pengurus Besar KO-NELAYAN, Ybhg Tuan Hj Yusof Hj Ag Besar di hadapan kedai Fish Mart KO-NELAYAN.

Majlis tersebut diadakan sebagai sebahagian dari usaha untuk memberikan sumbangan kepada warga kerja Wisma Pertanian Sabah dan sebagai bentuk sokongan kepada komuniti setempat. Majlis ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga Wisma Pertanian Sabah yang menyambutnya dengan penuh kegembiraan dan sukacita. Pihak penganjur Badan Kebajikan Islam KO-NELAYAN (BAKIK) berharap bahawa majlis ini dapat terus diadakan pada tahun berikutnya sebagai usaha untuk membantu masyarakat yang memerlukan dan memupuk ukhuwah antara komuniti setempat. Selain itu, majlis ini juga diharapkan dapat memupuk semangat kebersamaan dan persaudaraan antara warga kerja di Wisma Pertanian Sabah.


Aktiviti Terkini

TAJUK : NOTIS KEROSAKAN TALIAN TELEFON DI IBU PEJABAT KO-NELAYAN

30 MAC 2023


Aktiviti Terkini

TAJUK : PENYERAHAN SURAT TAWARAN TANAH DI PEKAN KUALA PENYU

29 MAC 2023

Penyerahan surat tawaran tanah di Pekan Kuala Penyu oleh Ketua Unit Pengurusan Harta, En. Ag. Asmat Hj. Ag. Saman kepada Pengurus Besar Ko-Nelayan Ybhg. Tuan Hj. Yusof Hj. Ag. Besar pada 29 Mac, 2023 di pejabat Pengurus Besar KO-NELAYAN.

Kejayaan Ko-Nelayan memperolehi geran tahan ini di Pekan Kuala Penyu akan memberi kelebihan yang signifikan kepada komuniti nelayan dan industri perikanan setempat. Tanah ini membolehkan pembangunan dan pengembangan infrastruktur yang lebih berkesan dan membantu meningkatkan ekonomi komuniti nelayan dan memperkasakan industri perikanan tempatan.

Selaras dengan program dan projek Ko-Nelayan untuk membangunkan industri perikanan tempatan, keberadaan tanah dan Kawasan ini akan memainkan peranan penting dalam meningkatkan ekonomi dan membantu mengangkat taraf hidup komuniti nelayan setempat.


Aktiviti Terkini

TAJUK : PENANAMAN BATU KARANG

28 MAC 2023

Penanaman Batu Karang di Kg. Serunding Pulau Banggi dan Propagasi Batu Karang di Holding Tank, Taman Mini Akuakultur KO NELAYAN.


Aktiviti Terkini

TAJUK : KEMPEN ISTIMEWA PADA BULAN RAMADHAN 2023

23 MAC 2023

BERITA BAIK.. BERITA BAIK.. !!!

Platform e-KAN kini menganjurkan kempen buat pertama kalinya sempena untuk bulan Ramadhan!

Anda boleh menikmati pembelian produk-produk semua usahawan yang telah kami latih melalui platform ini seperti Bakul Ramadhan dan juga penghantaran pos secara PERCUMA untuk 5 pembeli yang terawal bagi setiap kedai usahawan yang menawarkan penghantaran pos!

Sila layari website www.ekan.com.my sekarang!


Aktiviti Terkini

TAJUK : Program Nelayan Digital (e-SMART) iaitu Seminar Penggunaan Teknologi Satelit Dalam Sektor Perikanan Dan Marin

20 - 21 Mac 2023

Program Nelayan Digital (e-SMART) iaitu Seminar Penggunaan Teknologi Satelit Dalam Sektor Perikanan Dan Marin Serta Penggunaan Aplikasi e-SMART Dalam Menangkap Ikan di Wilayah Tawau yang telah disertai oleh 40 nelayan dari 4 daerah yang berlainan (Tawau, Lahad Datu, Kunak & Semporna).

Selanjutnya


Aktiviti Terkini

TAJUK : KURSUS UPSKILLING PEMBUATAN MAKANAN FORMULASI IKAN AIR TAWAR

7 MAC 2023

TARIKH : 8 MAC 2023

TEMPAT : CL RINDU RESORT TOMBONGON, MENGGATAL


Aktiviti Terkini

TAJUK : KURSUS UPSKILLING PEMBENIHAN DAN PENTERNAKAN IKAN TALAPIA MERAH

7 MAC 2023

TARIKH : 7 MAC 2023

TEMPAT : CL RINDU RESORT TOMBONGON, MENGGATAL


Aktiviti Terkini

TAJUK : MAJLIS PENYERAHAN ENJIN SANGKUT SBN.

23 FEBRUARI 2023

Majlis Penyerahan Enjin Sangkut bagi Skim Bantuan Nelayan(SBN) dan penyerahan cek bagi skim Pembangunan Industri Kecil Perikanan(PIKP) yang berlangsung pada 21 Februari 2023 bertempat di Taman Mini Akuakultur KO-NELAYAN, Laya-laya, Tuaran.


Aktiviti Terkini

TAJUK : KUNJUNGAN HORMAT PNK JASIN, MELAKA KE TMA, TUARAN.

21 FEBRUARI 2023

Kunjungan hormat dari Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Jasin, Melaka ke Taman Mini Akuakultur (TMA), Kg. Laya-laya, Tuaran telah diadakan pada 17 Februari 2023. Seramai lebih kurang 40 orang rombongan dari PNK tersebut telah disambut oleh wakil daripada Bahagian Pembangunan Industri Perikanan KO-NELAYAN, Puan Lorina Stephen dan Pengurus Wilayah Pejabat KO-NELAYAN Pantai Barat, En. Arieavistara dan kakitangan di TMA. Rombongan dibawa melawat ke Ladang Propagasi Batu Karang, Projek Pengeluaran Benih Ikan Marin, villa/homestay dan kolam pancing yang terdapat di TMA KO-NELAYAN.


Aktiviti Terkini

TAJUK : KURSUS UPSKILLING PERANCANGAN DAN PENGURUSAN PROJEK AKUAKULTUR

13 FEBRUARI 2023
    TARIKH : 22-23 FEBRUARI 2023
    TEMPAT : Pusat Latihan Akuakultur KO-NELAYAN

Aktiviti Terkini

TAJUK : KURSUS UPSKILLING PEMBENIHAN IKAN HIASAN

13 FEBRUARI 2023
    TARIKH : 20-21 FEBRUARI 2023
    TEMPAT : Pusat Latihan Akuakultur KO-NELAYAN

Aktiviti Terkini

TAJUK : Borang Maklum Balas Pelanggan

QR Code maklum balas pelanggan

Borang

Program dan Inisiatif

Mencipta peluang ekonomi dan sosial

Peningkatan Pendapatan Nelayan

Program ini menyediakan kemudahan peralatan menangkap ikan dan pinjaman kredit untuk meningkatkan pendapatan Nelayan

Pembangunan Usahawan

Meningkatkan pendapatan usahawan dengan menaiktaraf perusahaan yang bersaiz mikro kepada perusahaan yang berskala besar dan berdaya maju.

Pembangunan Modal Insan

Melahirkan usahawan terlatih serta tenaga kerja separa mahir dan mahir dalam bidang akuakultur

Pembangunan Akuakultur

Mengusahakan projek-projek perikanan dan akuakultur dengan menekankan kemajuan masyarakat nelayan

Pengeluaran Makanan dan Hiliran Perikanan

Mengeluarkan produk-produk berasaskan sumber laut yang berkualiti, bernutrisi tinggi dan berdaya saing di pasaran

Pembangunan Infrastruktur Perikanan

Menyediakan kemudahan one stop centre dan menyediakan kemudahan asas perikanan kepada komuniti nelayan

Pendigital dan Inovasi Perikanan

Menyediakan perkhidmatan digital kepada komuniti nelayan di Negeri Sabah

Produk Ko-Nelayan

Ketahui apa yang menjadikan Ko-Nelayan sebagai agensi perikanan yang ideal dan menjadi prospek utama dalam industri perikanan dan akuakultur. Penghasilan dan pengeluaran produk-produk yang berasaskan perikanan berkualiti tinggi dan berstatus halal.

  • Keropok Ikan
  • Mee Ikan
  • Keropok Ketam
  • Keropok Amplang

Sekiranya anda penggemar produk-produk yang berasaskan perikanan. Jom!.. terokai dan ketahui lebih lanjut produk-produk keluaran Ko-Nelayan yang terkini

Selanjutnya

Kenyataan Sebutharga / Tender

Ruangan ini menyediakan maklumat seperti Sebutharga dan tender yang mempunyai kepentingan kepada masyarakat umum di Malaysia khususnya Negeri Sabah.

Sebutharga / Tender Terkini


Tarikh Iklan
26 MAC 2024

Terkini

KENYATAAN KEPUTUSAN TENDER


  • Jadual Keputusan Mesyuarat Peringkat Pengurusan Kali Ke-2/2024 bertarikh 19 Mac 2024
    Download Keputusan

Tarikh Iklan
18 Mac 2024

NOTIS KENYATAAN TAWARAN : NO. 04/2024 - NO. 06/2024 BERTARIKH 18 MAC 2024 HINGGA 26 MAC 2024

  • Tawaran adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor bumiputera tempatan yang berdaftar dengan PUKONSA dan CIDB di daerah berkenaan atau daerah yang berhampiran di bawah kod bidang yang berkaitan dan masih dibenarkan pada masa ini untuk menyertai tawaran seperti berikut :-
    Notis NO.04/2024 dan NO.05/2024 Download Tawaran
    Notis NO.06/2024 Download Tawaran

Tarikh Iklan
8 Mac 2024

NOTIS KENYATAAN TAWARAN : KENYATAAN TAWARAN TENDER PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN ( KENDERAAN TERPAKAI ) NO. PENDAFTARAN: SA5789L

  • Adalah dipelawa kepada sesiapa yang berminat untuk membeli aset alih kerajaan (kenderaan terpakai)dan boleh dilihat pada 12 Mac 2024 hingga 20 March 2024 di antara jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang di WESTON WESTLAND PARK.

    Tender akan ditutup pada 21 Mac 2024, jam 12.00 tengah hari.
    Download Tawaran

Tarikh Iklan
2 Februari 2024

KENYATAAN KEPUTUSAN TENDER


  • Jadual Keputusan Mesyuarat Peringkat Pengurusan Kali Ke-1/2024 bertarikh 01 Februari 2024
    Download Keputusan



Tarikh Iklan
22 Januari 2024

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA

  • Tawaran adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor bumiputera tempatan yang berdaftar dengan PUKONSA dan CIDB di daerah berkenaan atau daerah yang berhampiran di bawah kod bidang yang berkaitan dan masih sah pada masa ini untuk menyertai tawaran berikut
    Download Keputusan


Tarikh Iklan
5 Januari 2024

KENYATAAN KEPUTUSAN TENDER


  • Jadual Keputusan Tender Mesyuarat Lembaga Tawaran Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) Kali Ke-5/2023 bertarikh 31 Oktober 2023
    Download Keputusan



Tarikh Iklan
6 DISEMBER 2023

KENYATAAN TAWARAN

  • Tarikh Jual: 04 – 12 Disember 2023
    Tarikh Tutup: 12 Disember 2023, Jam 10:00 pagi
    1)CADANGAN KERJA MEMBINA INFRA KOLAM TERNAKAN KETAM BAKAU DALAM KOLAM DI KG. LAYA-LAYA, TUARAN (No.2).
    2)CADANGAN KERJA MEMBINA INFRA KOLAM TERNAKAN KETAM BAKAU DALAM KOLAM DI KG. BUNDUSAN, PAPAR.

    Tarikh Jual: 05 – 13 Disember 2023
    Tarikh Tutup: 13 Disember 2023, Jam 10:00 pagi
    3)CADANGAN KERJA PENYELENGGARAAN JALAN MASUK DAN INFRASTRUKTUR SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI PROJEK TERNAKAN IKAN DALAM SANGKAR KO-NELAYAN, TRAYONG, TUARAN.
    Download Iklan



Tarikh Iklan
9 - 20 NOVEMBER 2023

KENYATAAN KEPUTUSAN SEBUT HARGA

  • 1)Salinan Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa SebutHarga Ahli-ahli Korporasi KO-NELAYAN Kali ke5/2023.
    Download Iklan
  • 2)Salinan Kenyataan Tawaran Sebutharga bermula 9 November 2023 dan tutup pada 20 November 2023.
    Download Iklan



Tarikh Iklan
31 OKTOBER 2023

KENYATAAN KEPUTUSAN SEBUT HARGA

  • 1)Cadangan Membekal dan Memasang Peralatan Lampu Solar di Projek Kolam Lestari Akuakultur KO-NELAYAN Kuala Inanam, Kota Kinabalu.

Download Iklan


Tarikh Iklan
10 OGOS 2023

KENYATAAN TENDER

  • 1) CADANGAN KERJA PENYELENGGARAAN DAN NAIKTARAF INFRASTRUKTUR PEJABAT KO-NELAYAN,KOTA MARUDU.
  • 2) KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN

KENYATAAN TENDER KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA PELUPUSAN


Tarikh Iklan
10 OGOS 2023

KENYATAAN KEPUTUSAN SEBUT HARGA

  • 1)Cadangan Kerja Pengubahsuaian Pejabat KO-NELAYAN Wilayah Pantai Barat di Bangunan Benoni Commercial Center, Papar secara Reka Dan Bina.
  • 2)Cadangan Membekal dan Memasang 3 set Sistem Akuarium di Pusat Ikan Hiasan KO-NELAYAN Sabah, Kg. Kaiduan, Papar.
  • 3)Cadangan Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji Lari dan Menyelenggara (Dalam Tempoh Jaminan) Peralatan Komputer di KO-NELAYAN Tahun 2023.
  • 4)Cadangan Pembekalan Bahan Mentah di Kilang Perusahaan Hiliran KO-NELAYAN, Kudat secara Kontrak Semasa bagi Tahun 2023.
  • 5)Cadangan Kerja Membekal dan Memasang Peralatan di Galeri Perikanan Akuakultur Taman Mini Akuakultur KO-NELAYAN, Kg. Laya-Laya, Tuaran.

Download Iklan


Tarikh Iklan
6 JULAI 2023

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga Peringkat Ahli-Ahli Korporasi KO-NELAYAN Kali Ke-3/2023

  • 1)Cadangan Pembekalan Bahan Mentah di Kilang Perusahaan Hiliran KO-NELAYAN, Kudat secara Kontrak Semasa bagi Tahun 2023.
  • 2)Cadangan Kerja Membekal Dan Memasang Peralatan di Galeri Perikanan Akuakultur Taman Mini Akuakultur KO-NELAYAN, Kg. Laya-Laya, Tuaran.

Download Iklan


Tarikh Iklan
14 JUN 2023

  • 1) CADANGAN MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI LARI DAN MENYELENGGARA (DALAM TEMPOH JAMINAN) PERALATAN KOMPUTER DI KO-NELAYAN TAHUN 2023.

Download Iklan


Tarikh Iklan
7 JUN 2023

  • 1) CADANGAN PEMBEKALAN 03 BUAH KENDERAAN PACUAN EMPAT RODA UNTUK IBU PEJABAT KO-NELAYAN.

Download Iklan


Tarikh Iklan
10 APRIL 2023

  • 1) CADANGAN KERJA MEMBEKAL DAN MEMASANG PERALATAN DI GALERI PERIKANAN AKUAKULTUR TAMAN MINI AKUAKULTUR KO-NELAYAN, KG. LAYA-LAYA, TUARAN Secara Reka Dan Bina.

Download Iklan


Tarikh Iklan
30 MAC 2023

  • 1) CADANGAN PEMBEKALAN BAHAN MENTAH DI KILANG HILIRAN KO-NELAYAN, KUDAT SECARA KONTRAK SEMASA BAGI TAHUN 2023.

Download Iklan


Tarikh Iklan
30 MAC 2023

  • 1) PROGRAM BPAPN KO-NELAYAN: CADANGAN REKA DAN BINA PONDOK SEDAIAN BERUKURAN 40’(P) X 14’(L) DI KG. MERINTAMAN, SIPITANG.
  • 2) CADANGAN PEMBEKALAN BAHAN MENTAH DI KILANG HILIRAN KO-NELAYAN, KUDAT SECARA KONTRAK SEMASA BAGI TAHUN 2023.

Download Iklan


Tarikh Iklan
6 MAC 2023

  • 1) CADANGAN PEMBINAAN KUARTERS PUSAT LATIHAN AKUAKULTUR KO-NELAYAN, KG. LAYA-LAYA, TUARAN.
  • 2) PROGRAM BPAPN KO-NELAYAN: CADANGAN KERJA MEMBINA PONDOK, JETI DAN PELANTAR DI KG. PELALAI BRUNEI, MEMBAKUT, SABAH.
  • 3) PROGRAM BPAPN KO-NELAYAN: CADANGAN KERJA MEMBINA PONDOK, JETI DAN PELANTAR DI KG. NELAYAN TENGAH, SANDAKAN, SABAH.

Download Iklan


Tarikh Iklan
10 - 17 FEBRUARI 2023

  • 1) CADANGAN KERJA MENAIKTARAF TEMBOK PENAHAN DAN PEMBINAAN STOR PENYIMPANAN PERALATAN PROJEK TERNAKAN IKAN DALAM SANGKAR KO-NELAYAN, TRAYONG, TUARAN.
  • 2) CADANGAN KERJA-KERJA PEMBERSIHAN KAWASAN TANAH KO-NELAYAN, KUALA INANAM, KOTA KINABALU.
  • 3)CADANGAN PEMBEKALAN 02 BUAH KENDERAAN PACUAN 4 RODA JENIS DOUBLE CABIN UNTUK PEJABAT KO-NELAYAN, KOTA KINABALU.

Download Iklan
Tarikh Iklan
6 FEBRUARI 2023

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Sebutharga Peringkat Ahli-Ahli Korporasi KO-NELAYAN Kali Ke-1/2023

  • 1) Cadangan Pembekalan 02 Buah Kenderaan Pacuan 4 Roda Jenis Double Cabin untuk Ibu Pejabat KO-NELAYAN.
  • 2) Program TEKVES KO-NELAYAN: Cadangan Kerja Membina Baru Bengkel Bot Nelayan di Kg. Log Tohog, Pulau Banggi, Kudat.
  • 3) Cadangan Kerja Penyelenggaraan Fender dan Jeti Serta Kerja-Kerja Berkaitan di Kompleks Perikanan KO-NELAYAN, Lahad Datu Secara Reka Dan Bina.

Download Iklan

Tarikh Iklan
13 DISEMBER 2022

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Sebutharga Peringkat Pengurusan KO-NELAYAN Kali Ke-11/2022

  • 1) PROGRAM BPAPN KO-NELAYAN: CADANGAN KERJA MEMBINA BARU PONDOK NELAYAN DAN PELANTAR DI KG. TELAGA, PITAS.
  • 2) CADANGAN PEMBEKALAN 02 BUAH KENDERAAN PACUAN EMPAT RODA UNTUK IBU PEJABAT KO-NELAYAN.
  • 3)CADANGAN MEMBEKAL DAN MEMASANG SET KOMPUTER UNTUK BILIK SUMBER PUSAT LATIHAN AKUAKULTUR KO-NELAYAN, KG. LAYA-LAYA, TUARAN.

Download Iklan

Tarikh Iklan
21 NOVEMBER 2022

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Sebutharga Peringkat Pengurusan KO-NELAYAN Kali Ke-11/2022

Download Iklan

Tarikh Iklan
07 NOVEMBER 2022

Mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga Peringkat Ahli-Ahli Korporasi KO-NELAYAN Kali Ke-4/2022

Download Iklan

Tarikh Iklan
20 - 28 OKTOBER 2022

  • 1) Cadangan Pembekalan Komputer Desktop dan Komputer riba di Pejabat KO-NELAYAN
  • 2) Program TEKVES KO-NELAYAN: Cadangan kerja membina baru bengkel bot di Kg. Log Tohog, Pulau Banggi, Kudat.
  • 3) Program TEKVES KO-NELAYAN: Cadangan kerja membina baru bengkel bot di Kg. Pangi, Kunak, Tawau
  • 4) Cadangan kerja penyelenggaraan jeti Petroleum KO-NELAYAN, Kudat

Download Iklan

Tarikh Iklan
29 SEPTEMBER 2022

  • 1) Program BPAPN KO-NELAYAN : Cadangan membina pondok nelayan dan jeti di Kg. Sabok, Kinarut.
  • 2) Program BPAPN KO-NELAYAN : Cadangan membaikpulih pondok nelayan, tangga simen dan menaiktaraf pelantar di Kg. Simpang 3, Merotai, Tawau.
  • 3) Program BPAPN KO-NELAYAN : Cadangan kerja membaikpulih pondok nelayan dan menaiktaraf jeti di Kg. Mesej, Pangi, Kunak.
  • 4) Cadanagn Pembinaan kaunter pnedaftaran pemancing terapung di Trayong Fishing Eco Point KO-NELAYAN, Tuaran.
  • 5) Program TEKVES : Cadanagan kerja membina bengkel bot nelayan di Kg. Pensurun, Tuaran.
  • 6) Program TEKVES : Cadangan kerja membina baru bengkel bot nelayan di Kg. Silat, Bongawan.
  • 6) Program TEKSVES : Cadangan kerja membina bary bengkel bot nelayan di Kg. Kulambai, Kota Belud.

Download Iklan

Tarikh Iklan
08 SEPTEMBER 2022

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Sebutharga Peringkat Pengurusan KO-NELAYAN

Download Iklan

Tarikh Iklan
26 OGOS 2022

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Sebutharga

Download Iklan

Tarikh Iklan
04 OGOS 2022

1) KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN

Download Iklan

Tarikh Iklan
19 JULAI 2022

1) Cadangan pembekalan 01 set mesin pemprosesan mi automatik di kilang Perusahaan Hiliran KO-NELAYAN, Kudat.

2) Cadangan pembekalan ink cartridge/toner secara kontrak semasa di KO-NELAYAN bagi tahun 2022

3) Program BPAPN KO-NELAYAN : Cadangan membina pondok nelayan dan bilik stor di Kg. Tambilaung, Kota Belud.

4) Program BPAPN KO-NELAYAN : Cadangan kerja membaikpulih pondok sedia ada, membina jeti baru dan pelantar di Kg. Kuala Abai, Kota Belud.

Download Iklan

Tarikh Iklan
04 JULAI 2022

1) Cadangan kerja membina bilik stor kalsium bersaiz 15' X 12' di kawasan Kompleks Perikanan KO-NELAYAN, Lahad Datu.

Download Iklan

Jom bersama kami

Ikuti perkembangan kami dari masa kesemasa untuk ketahui perancangan, program, projek serta insiatif yang dilaksanakan untuk merealisasikan kemakmuran masyarakat nelayan dan mensejahterakan industri perikanan melalui amalan perikanan yang lestari dan persekitaran yang mampan.

Jom sertai kami

Terokai Program kami yang mendapat permintaan tertinggi

Program Peningkatan Pendapatan Nelayan adalah sebuah program yang mendapat permintaan yang tertinggi di Ko-Nelayan dan telah membuka peluang-peluang ekonomi kepada masyarakat nelayan di Negeri Sabah

  • Skim Bantuan Nelayan (SBN)
  • Skim Pembangunan Industri Kecil Perikanan (PIKP)
  • Skim Bantuan Pengusaha Akuakultur (SBPA)

Jom sertai kami

Terokai Program perikanan dan akuakultur kami

Program Pembangunan Perikanan dan Akuakultur merupakan salah satu teras utama perkhidmatan yang disediakan oleh Ko-Nelayan bagi memajukan sektor perikanan dan akuakultur di Negeri Sabah. Program dan inisiatif ini berupaya membuka jalan pendapatan tambahan dan menawarkan peluang-peluang ekonomi yang mendatangkan hasil bagi masyarakat nelayan.

  • Ternakan ikan dalam sangkar
  • Pusat pengeluaran benih ikan marin
  • Projek lestari ternakan ketam bakau dalam kolam

Jom! Ketahui bagaimana inisiatif ini dapat membantu anda menjana pendapatan tambahan dan membuka peluang perniagaan baharu dan menjadi usahawan perikanan dan akuakultur di Negeri Sabah

Portfolio

Apa yang telah kami capai

  • All
  • App
  • Card
  • Web

Majlis Penyerahan Skim Bantuan Nelayan (SBN)

Disempurnakan oleh YB Tuan Mohd Arsad Bin Bistari (Pengerusi Ko-Nelayan)

Program Pengukuhan Pasukan (Team Building)

28 Hingga 30 Jun 2022 - Pulau Mantanani, Kota Belud.

Pelancaran Buku Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (KO-NELAYAN)

15 JUN 2022 - Wisma Pertanian dan Perikanan Sabah

Tamu Lumadan Sejahtera

17 JUN 2022 - Bandar Mingo, Beaufort

Majlis Menandatangani Sijil Kerjasama antara KO-NELAYAN dan Politeknik Sandakan Sabah (PPS)

8 JUN 2022

Gerai Jualan KO-NELAYAN bagi Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak (Mobile Community Services)

15 JUN 2022

Penyerahan enjin sangkut kepada peserta Skim Bantuan Nelayan (SBN) di daerah Sandakan

Penyerahan enjin sangkut kepada peserta Skim Bantuan Nelayan (SBN) di daerah Sandakan