Aktiviti Terkini

LAWATAN PROGRAM e-Kan KE OPERASI PUSAT POSLAJU SABAH

Ko-Nelayan telah mengadakan lawatan ke Bahagian Operasi Pusat Poslaju di Kolombong. Tujuan lawatan ini adalah untuk memahami operasi Poslaju dengan lebih mendalam, membuka persepsi mengenai kaedah pembungkusan produk yang terbaik untuk pelanggan dan juga sebagai bahagian dalam perancangan fasa ke-2 Program e-Kan.

Ko-Nelayan juga diberi kesempatan untuk melihat proses pengiriman barang di Pusat Poslaju dan berkongsi pengalaman dengan pekerja Poslaju dalam bidang industri penghantaran. Ko-Nelayan telah memperolehi banyak informasi dan ilmu terutamanya pengolahan, pengemasan, pengiriman barang, cabaran dan penyelesaian yang diambil serta teknologi dan sistem yang digunakan untuk kemudahan Poslaju.

Lawatan ini diharapkan dapat membantu Ko-Nelayan dalam memperluas perspektif dan prospek mengenai industri penghantaran dan juga mudah untuk mencari solusi yang lebih baik dalam memenuhi keperluan Program e-KAN yang akan datang.

Platform e-KAN boleh dilayari melalui: ekan.com.my

SABAH MAJU JAYA

MALAYSIA MADANI