Aktiviti Terkini

MAJLIS MENANDATANGANI NOTA KOLABORASI ANTARA KO-NELAYAN DAN CV BALI INTERNASIONAL GROUPER INDONESIA

Majlis Menandatangani Nota Kolaborasi di antara pihak Korporasi Kemajuan Perikanan Dan Nelayan Sabah (KO-NELAYAN) dengan CV Bali Internasional Grouper telah dilaksanakan pada hari Khamis, 6 Julai 2023 bertempat di Kompleks CV Bali Internasional Grouper Br. Dinas Batu Agung Pidada, DS, Gerokgak, Kec. Kab. Buleleng Bali, Indonesia. Kolaborasi ini bertujuan untuk mewujudkan hubungan dua hala dan kerjasama di antara Korporasi Kemajuan Perikanan Dan Nelayan Sabah (KO-NELAYAN) dan CV Bali International Grouper dalam membangunkan industri akuakultur marin. Nota kolaborasi ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Yusof Haji Ag. Besar, Pengurus Besar KO-NELAYAN bersama YBrs. Dr. Hasdian Hasan, CEO CV Bali Internasional Grouper Br. Dinas Batu Agung Pidada, DS, Gerokgak, Kec. Kab. Buleleng Bali, Indonesia serta disaksikan oleh Tuan Kong Soon Choi, Pengerusi KO-NELAYAN.