Aktiviti Terkini

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN KORPORASI KEMAJUAN PERIKANAN DAN NELAYAN SABAH (KO-NELAYAN) KEPADA KERAJAAN NEGERI SABAH

31 OKTOBER 2023

Sumbangan berjumlah RM500,000.00 adalah berikutan prestasi kewangan yang memberangsangkan berdasarkan penyata kewangan KO-NELAYAN tahun 2022 yang mana telah mencatat lebihan keuntungan dan kestabilan kedudukan aliran tunai KO-NELAYAN setakat ini.
Sumbangan disampaikan oleh Tuan Kong Soon Choi, Pengerusi KO-NELAYAN dan Tuan Hj. Yusof Hj. Ag. Besar, Pengurus Besar KO-NELAYAN kepada YAB Datuk Seri Panglima Hj. Hajiji bin Hj. Noor, Ketua Menteri Sabah yang diwakili oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Hj. Masidi bin Manjun, Menteri Kewangan Sabah.
SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI
#konel #konelayan