Aktiviti Terkini

Majlis Penyerahan Skim Bantuan Kredit Bagi Daerah Wilayah Tawau, Sabah

  • Tarikh : 11 Ogos 2023 (Jumaat)
  • Lokasi : Bilik Traulsen, Pejabat KO-NELAYAN Tawau, Sabah.

Seramai 31 orang penerima telah menerima Skim Bantuan Kredit bagi daerah Wilayah Tawau, Sabah pada 11 Ogos 2023 (Jumaat) bertempat di Bilik Traulsen, Pejabat KO-NELAYAN Tawau, Sabah.
Majlis penyerahan tersebut telah disampaikan oleh Ybhg. Tuan Kong Soon Choi, Pengerusi KO-NELAYAN disaksikan oleh Tn. Hj. Yusof Hj. Ag. Besar, Pengurus Besar KO-NELAYAN.
Turut hadir bersama Pn. Dahara Hj. Paro, Penolong Pengurus Besar Pembangunan Nelayan, Pn. Haslini Suit, Pengurus Wilayah KO-NELAYAN Tawau serta Pn. Dg Adrina Fatiah Hj. Ag. Nohin, Ketua Unit Pengurusan Kredit KO-NELAYAN.
Penyerahan ini melibatkan 4 Skim iaitu Skim Bantuan Nelayan (SBN), Pembangunan Industri Kecil Perikanan (PIKP), Skim Bantuan Pengusaha Akuakultur (SBPA) dan Skim Peneraju Usahawan Perikanan (SPUP).
MADANI
SABAH MAJU JAYA
#konelayansabah #nelayantradisional #tawau