Aktiviti Terkini

MAJLIS PERSARAAN PUAN CABRINI BRIDGET CHIA

PERSARAAN PUAN CABRINI BRIDGET CHIA

06 OKTOBER 2023

Raut Wajah Penuh Ketenangan,,
Tidak Terkalam Kasih Dijunjung,
Jasamu Tetap Dikenang,
Budimu Tetap Disanjung.

Sekitar suasana Majlis Persaraan Puan Cabrini Bridget Chia, mantan Timbalan Pengurus Besar KO-NELAYAN. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Puan Cabrini Bridget Chia yang telah berkhidmat selama 34 tahun di KO-NELAYAN dan bersara wajib pada 06 Oktober 2023. Segala jasa dan sumbangan bakti yang dicurahkan oleh beliau sepanjang perkhidmatannya di KO-NELAYAN amat dihargai dan sentiasa dalam ingatan warga KO-NELAYAN.