Aktiviti Terkini

SEMINAR ‘THE OVERVIEW EFFECT: THE IMPORTANCE OF SPACE FOR GLOBAL SUSTAINABILITY, DEFENCE AND SECURITY’

24 OKTOBER 2023

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Airbus telah menganjurkan seminar ‘The Overview Effect: The Importance of Space for Global Sustainability, Defence and Security’ bertempat di Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) Kuala Lumpur pada 23 Oktober 2023 sempena sambutan ulang tahun kerjasama diantara MYSA dengan Airbus ke-25 tahun dan juga bersempena dengan Sambutan Minggu Angkasa Sedunia 2023 (WSW2023) yang diadakan pada bulan Oktober 2023.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh TYT Axel Cruau, Duta Besar Perancis ke Malaysia dan turut dihadiri oleh YBrs. Gs. Haji Azlikamil Bin Napiah (Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia), YBrs. Burhanuddin Noordin Ali (Ketua Perwakilan AIRBUS Malaysia), pengurusan tertinggi MYSA serta Airbus. Antara yang menyampaikan ceramah semasa seminar ini ialah YBrs. Gs. Haji Azlikamil Bin Napiah (Ketua Pengarah MYSA), YBrs. Pascale Ultré-Guérard (Timbalan Pengarah Strategik, National Centre for Space Studies (CNES)), YBhg. Laksamana Madya Dato' Ts. Shamsuddin Bin Hj Ludin (Panglima Armada Barat, TLDM), YBrs. Ganendra Selvaraj (CCO MEASAT), dan wakil Airbus.

Objektif seminar adalah untuk berkongsi pengetahuan berkaitan teknologi terkini dalam bidang teknologi angkasa yang boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan pencapaian perkhidmatan kepada rakyat.

Pengurus Besar Ko-Nelayan, Yusof Hj Ag Besar bersama Pegawai Teknologi Maklumat, Encik Mohd Nadzril ak Encharang adalah antara peserta yang telah dijemput untuk mendengar perkongsian dan kepakaran dari Airbus dalam bidang Remote Sensing Angkasa. Perkongsian ini dapat dimanfaatkan dalam meningkatkan penyampaian perkhidmatan Ko-Nelayan dalam membantu Komuniti Nelayan.

#konelayan
#mysa
#airbus
#esmart
#teknologidigital