Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri merupakan Ketua Negeri Sabah. Beliau dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah mendapat nasihat daripada Ketua Menteri Sabah.
Di bawah Perlembagaan Negeri, Yang di-Pertua Negeri dilantik selama empat tahun.
Yang di-Pertua Negeri menjalankan kuasa eksekutif mengikut Perlembagaan Negeri dan membuat keputusan dengan nasihat Kabinet atau Ketua Menteri. Bagaimanapun, beliau juga boleh bertindak atas budi bicaranya dalam melaksanakan fungsi-fungsi berikut:
- Perlantikan Ketua Menteri
- Penangguhan memperkenankan permohonan untuk membubarkan Dewan Undangan.
Persetujuan daripada Yang Di-Pertua Negeri adalah diperlukan bagi semua undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Perundangan.
Yang Di-Pertua Negeri kini ialah Tun Datuk Seri Panglima Haji Musa Aman. Beliau merupakan Yang Di-Pertua Negeri yang ke-sebelas dan dilantik mulai 1 Januari 2025.

(Image courtesy of Istana Seri Kinabalu Official Website)
Tun Datuk Seri Panglima Haji Musa Aman
Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin
Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah bin Abdullah
Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran bin Dandai
Tun Mohd. Said bin Keruak
Tun Datuk Mohamad Adnan Robert
Tun Ahmad Koroh
Tun Mohd. Hamdan Abdullah @ Indan Kari
Tun Haji Mohd. Fuad Stephens
Tun Pengiran Haji Ahmad Raffae
Tun Datu Haji Mustafa bin Datu Harun


