Govt Portal Login
Emel :
Kata Laluan :
    Login Help
September 2010
Ah Is Se Ra Kh Ju Sa
      1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30    
Hari Raya Puasa (10 Sep 2010 - 11 Sep 2010 )
Hari Malaysia (16 Sep 2010 - 16 Sep 2010 )




> Kerosakan Talian PABX Pejabat Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah
Dimaklumkan bahawa talian PABX di pejabat Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah telah mengalami kerosakan sejak 28 Jun dan masih dalam proses pembaikan. Sehubungan itu, Kementerian ini hanya dapat dihubungi melalui penghantaran surat faks ke nombor 088-223071(PSM) / 088-239751(SUT) dan talian terus seperti berikut:-
  • SUT (088-268521)
  • TSUT (088-243851)
  • Encik Chung Kin Shen (088-221124)
  • Encik Mohd. Najib Muntok (088-221143)
  • Encik Yahya Hj. Abd. Karim (088-212153)
  • Encik Abu Bakar Abd. Latif (088-221260)
  • Encik Latip Hj. Amat (088-222054)
  • Encik Md. Sayuti Abdullah (088-225290)
  • Encik Yusop Hj. Osman (088-223881)
Segala kesulitan yang timbul akibat daripada perkara ini adalah amat dikesali.
Dipamerkan pada 24 Aug 2010

> Bazar Ramadhan 2010 di Wisma Wanita
Dengan sukacita diumumkan bahawa Bazar Ramadhan Tahun 2010 di Wisma Wanita akan diadakan dari 1 hingga 30 Ramadhan 1431 dari 1:30 petang hingga 6:00 petang setiap hari, bertempat di perkarangan Wisma Wanita di KM 3.5, Jalan Tuaran, Kota Kinabalu. Sila klik di sini untuk iklan acara ini.
Dipamerkan pada 09 Aug 2010

> Kursus Bersiri Pembangunan Keluarga ILMU KELUARGA@LPPKN Tahun 2010
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Sabah akan mengadakan program pendidikan pembangunan keluarga ILMU KELUARGA@LPPKN secara bersiri bermula dari 31 Mac hingga 23 Disember 2010. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut dan jadual program.
Dipamerkan pada 31 Mar 2010
> Anugerah Wanita Negeri Sabah dan Anugerah Persatuan Wanita Cemerlang Negeri Sabah 2010
Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) mempelawa pencalonan untuk Anugerah Wanita Negeri Sabah 2010 dan Anugerah Persatuan Wanita Cemerlang Negeri Sabah 2010 sempena Sambutan Hari Wanita Negeri Sabah 2010. Sila klik pada pautan berikut untuk maklumat lanjut:
Iklan Anugerah, Garis Panduan Anugerah Wanita Negeri Sabah, Borang Pencalonan Anugerah Wanita Negeri Sabah, Garis Panduan Anugerah Persatuan Wanita Cemerlang Negeri Sabah, dan Borang Pencalonan Anugerah Persatuan Wanita Cemerlang Negeri Sabah.
Dipamerkan pada 26 Aug 2010
> Minggu Setiausaha Perkhidmatan Awam Negeri 2010
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN) akan menganjurkan Minggu Setiausaha Perkhidmatan Awam pada 26 hingga 27 Oktober 2010. Bersempena itu, pencalonan adalah dibuka bagi Anugerah Setiausaha Cemerlang 2010 dan Anugerah Tokoh Setiausaha bagi setiausaha-setiausaha yang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam.
Sila klik untuk: Pekeliling, Borang Penyertaan, Borang Pencalonan Anugerah Setiausaha Cemerlang, dan Borang Pencalonan Anugerah Tokoh Setiausaha.
Dipamerkan pada 19 Aug 2010
> Persidangan Antarabangsa Mengenai Hutan dan Perubahan Iklim - Pengkodan dan Merealisasikan REDD+ dalam Heart of Borneo (HoB), dengan Tumpuan Khusus di Sabah
Semua adalah dijemput untuk menyertai persidangan antarabangsa mengenai "Hutan dan Perubahan Iklim - Pengkodan dan Merealisasikan REDD+ dalam Heart of Borneo (HoB), dengan Tumpuan Khusus di Sabah" yang akan diadakan pada 8 hingga 9 November 2010 bertempat di The Magellan Sutera Harbour, Kota Kinabalu. Sila klik di sini untuk memuat turun borang pendaftaran persidangan tersebut.
Dipamerkan pada 22 Jul 2010
> Kursus ICT Tahun 2010
Institut Latihan Sektor Awam Negeri Sabah (INSAN) akan mengadakan Kursus ICT 2010 bagi semua kakitangan Kerajaan Negeri Sabah. Sila klik sini untuk mendapat jadual kursus tersebut.
Dipamerkan pada 21 Apr 2010
Pengumuman Sistem
Notis Patching Downtime [2010/39/9/1]
"Perhatian: Tempoh “downtime” tersebut hanya memakan masa maksimum 15 minit dari tempoh sebenar “downtime” yang dijadualkan, iaitu selama 3 jam ( bergantung kepada keadaan dimana tiada sebarang masalah timbul dalam tempoh “downtime” tersebut). Terima kasih."

Dimaklumkan bahawa kemungkinan terdapat gangguan terhadap perkhidmatan yang berikut atas sebab-sebab penyelenggaraan sistem yang telah dijadualkan seperti di bawah.

TARIKH & MASA BERMULA
Ahad, 05 Sept 2010 (12:00 pagi)

TARIKH & MASA BERAKHIR
Ahad, 05 Sept 2010 (03:00 pagi)

PERKHIDMATAN TERLIBAT
antivirus.sabah.gov.my, sww.sabah.gov.my, GATS,
officescan, Server protect, officescan 8.0, Ilmu1, 2, 3,
www.sabah.net.my, www.sabah.edu.my, www.sabah.org.my, www.sabah.com.my, MySql, SQL Database
download.sabah.gov.my, www.sabah.gov.my, www.p.sabah.gov.my,
Gov Time Attendance Server

Sebarang kesulitan yang timbul amat dikesali. Jika anda masih lagi mengalami masalah tersebut secara berterusan selepas tempoh downtime ini, sila hubungi Customer Service Department, 088-234101 / 016-833-1200 mailadmin@sabah.gov.my.
Maklumbalas mengenai laman ini?Sila email kepada webmaster@sabah.gov.my
Semua isi kandungan dalam laman ini adalah hakcipta terpelihara © Kerajaan Negeri Sabah
PENAFIAN: Pentadbir dan operator laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.