Majlis Berbuka Puasa Bersama YB Datuk Dr Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. Arif, JP, Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah Dan YB Datuk Harun bin Durabi Pembantu Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah.

29 Mac 2024 - Majlis Berbuka Puasa Bersama YB Datuk Dr Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. Arif, JP, Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah Dan YB Datuk Harun bin Durabi Pembantu Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah.
 
Keindahan bulan Ramadan diraikan dengan anjuran Majlis Semarak Kasih Ramadan Bersama YB Datuk Dr Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. Arif, JP, Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah Dan YB Datuk Harun bin Durabi Pembantu Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, pada 29 Mac 2024 bersamaan dengan 20 Ramadan 1445H.
 
Majlis dimulakan dengan pemberian dana program STEM kepada empat (4) Pejabat Pendidikan Daerah serta pemberian bantuan kepada Pelajar Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Karim Kg Benoni Papar.
 
Majlis bertambah bermakna dengan penyampaian tazkirah oleh Al Fadhil Ustaz Derry Sulaiman daripada pendakwah Jamaah Tabligh dan musisi Indonesia. Disamping itu, turut bersama-sama  dif-dif undangan menunaikan solat fardhu Maghrib diikuti dengan jamuan makan.