Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

Restoran

Menjamu Selera

Di Sabah, apabila makan di luar, makanan-makanan kegemaran tempatan seperti makanan jenis tradisi Melayu, Cina dan makanan India senang untuk didapati. Walau bagaimanapun, terdapat juga hidangan antarabangsa seperti hidangan dari negara Vietnam, Jepun, Korea, Indonesia, Thailand, Filipina, Perancis, Itali, Barat, Hungary, dan banyak lagi, hasil dari kepelbagaian kebudayaan yang luas di Sabah. Terdapat juga pelbagai restoran di sekitar bandar yang menyajikan masakan fusion bagi mereka yang tidak dapat membuat keputusan apa yang perlu dimakan. Dalam erti kata lain, restoran-restoran di Sabah menghidangkan pelbagai sajian tidak kira sajian jenis kasual dan cepat, atau sajian eklusif di restoran atau resort 5-bintang.