Perhatian: Tempoh “downtime” hanya memakan masa maksimum 15 minit dari tempoh sebenar “downtime” yang dijadualkan.
Dimaklumkan bahawa kemungkinan terdapat gangguan terhadap perkhidmatan yang berikut atas sebab-sebab penyelenggaraan sistem yang telah dijadualkan seperti di bawah.
TARIKH & MASA BERMULA
Ahad, 12hb Mac 2023 (12:00 pagi)
TARIKH & MASA BERAKHIR
Ahad, 12hb Mac 2023 (03:00 pagi)
TARIKH & MASA BERAKHIR
Ahad, 12hb Mac 2023 (03:00 pagi)
PERKHIDMATAN TERLIBAT
- Emel elektronik
- Laman web
- Program Antivirus
- Pangkalan data
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mahu konsep Malaysia Madani difahami dan diperjelaskan secara menyeluruh kepada rakyat negeri ini.
Katanya, konsep itu perlu diperjelaskan secara holistik dan dikupas secara ilmiah oleh pakar pakar ilmuan pelbagai bidang dengan mengaitkan ciri kepelbagaian yang sinonim dengan negara kita khususnya di Sabah.
Menurutnya, konsep Malaysia Madani yang diilhamkan oleh Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim telah diangkat sebagai satu paradigma baharu untuk negara mengolah hala tuju dasar dan pelaksanaan strategi, yang merentas semua sektor demi kemajuan, kecemerlangan dan kesejahteraan tanahair tercinta.
“Usaha untuk menghayati konsep ini amatlah penting sebagai landasan asas kepada kita semua untuk sama-sama mencipta lonjakan baharu yang lebih harmoni, sejahtera, adil dan makmur. Justeru, konsep ini amat bersesuaian dengan suasana dan keperluan di negeri ini yang mempunyai lebih 30 etnik”, katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Forum Malaysia Madani: Keharmonian dalam Kepelbagaian di Sabah International Convention Centre (SICC), hari ini.
Forum itu dianjurkan oleh Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) bersama Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas).
Hajiji berkata, konsep Membangun Malaysia Madani yang terdiri daripada enam tonggak dasar iaitu M (keMampanan), A (kesejAhteraan), D (Daya cipta), A (hormAt), N (keyakiNan) dan I (Ihsan), bertepatan dengan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri sebaik sahaja beliau menerajui kerajaan pada September 2020.
Beliau turut berasa bangga kerana Sabah adalah negeri yang terawal menganjurkan seminar dan forum berkaitan Malaysia Madani bagi mengupas dan memperjelas gagasan besar yang diperkenalkan oleh PM.
Katanya, bulan lalu Seminar Membangun Malaysia Madani Dari Naratif Lokal di Sabah telah dianjurkan oleh Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Sabah, Institut Darul Ehsan (IDE) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah, di negeri ini.
“Saya percaya akan ada lagi persatuan, NGOs dan pihak Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan IPT Swasta termasuk agensi kerajaan, akan menganjurkan seminar, forum dan bengkel yang mengupas lebih lanjut dan mendalami konsep Malaysia Madani demi manfaat ahli-ahli, para pelajar, graduan dan kakitangan kerajaan”, tegasnya.
Hajiji berkata, walaupun USIA adalah sebuah pertubuhan Islam, namun peranan dan tanggungjawabnya dalam membantu usaha kerajaan melaksanakan program yang bermanfaat kepada rakyat tanpa mengira bangsa dan agama, wajar disokong oleh semua pihak.
Beliau berharap USIA terus maju ke hadapan, bukan semata-mata beramal dan berdakwah, tetapi juga bergiat aktif dalam pelbagai bidang, membantu kerajaan dalam mempertahankan keharmonian kaum, kemakmuran negara dan kesejahteraan hidup rakyat.
“Syabas kepada USIA, teruskanlah kerja-kerja perbengkelan seumpama ini yang besar manfaatnya kepada seluruh ahli dan masyarakat setempat”, tambahnya.
Tamat
The post Konsep Malaysia Madani Perlu Difahami & Diperjelaskan Kepada Rakyat first appeared on Laman Web Rasmi Ketua Menteri Sabah.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yakin program dan projek pembangunan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk Sabah akan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan cepat.
Katanya, Sabah merupakan antara negeri terbesar di Malaysia sangat memerlukan sokongan dan bantuan daripada Kerajaan Persekutuan dalam membangunkan kemudahan infrastruktur asas dan utiliti seperti bekalan air, eletrik, jalan luar bandar, liputan komunikasi dan lain-lain.
“Kemudahan infrastruktur asas dan utiliti tersebut amat diperlukan oleh Sabah memandangkan negeri ini agak ketinggalan dalam aspek berkenaan khususnya di kawasan luar bandar”.
“Inisiatif turun padang oleh pihak KKDW yang diketuai sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Dr Ahmad Zahid Hamidi akan memastikan program dan projek KKDW untuk Sabah dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan cepat”, katanya.
Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Penyelarasan KKDW Bersama Kerajaan Sabah Tahun 2023 dipengerusikannya bersama Ahmad Zahid Hamidi di Sabah International Convention Centre (SICC), hari ini.
Turut hadir ialah Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr.Joachim Gunsalam (Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri), Datuk Ir. Shahelmey Bin Yahya (Menteri Kerja Raya Negeri), Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Ketua Setiausaha KKDW, Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr.Haji Safar Untong.
Hajiji yang mengalu-alukan Mesyuarat Penyelarasan itu yang julung-julung kali diadakan berkata, ia dapat memperkukuhkan kerjasama antara Kerajaan Negeri dengan Kementerian dalam memastikan kelancaran pelaksanaan program-program pembangunan KKDW di Negeri Sabah.
Katanya, Kerajaan Negeri menyambut baik syor daripada Perdana Menteri dan Kerajaan Pusat, bahawa projek-projek Persekutuan yang bernilai RM50 juta ke bawah, Kerajaan Negeri bertanggungjawab melaksanakannya dengan menggunakan kepakaran tempatan serta dipantau oleh kementerian yang berkenaan.
Menurutnya, Kerajaan Negeri akan memberikan kerjasama kepada Kerajaan Pusat khususnya KKDW dalam hal-hal berkaitan pembangunan agar projek-projek pembangunan untuk kesejahteraan rakyat dapat dipercepatkan pelaksanaannya.
Tamat
The post Hajiji Yakin Projek Pembangunan KKDW Untuk Sabah dilaksanakan lebih teratur dan cepat first appeared on Laman Web Rasmi Ketua Menteri Sabah.
KOTA KINABALU: The Sabah International Expo (SIE) is set to make a comeback this year following the successes of the previous nine pre-pandemic SIEs.
Last held in 2016, the SIE is a Sabah Government-sanctioned biennial event jointly organised by the Federation of Sabah Industries (FSI), the Malaysian International Chamber of Commerce and Industry (MICCI) Sabah branch and the Ministry of Industrial Development and Entrepreneurship.
It is also endorsed by the Malaysia External Trade Development Corporation (Matrade).
Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor was briefed on the three-day event scheduled for September by the co-organising chairman who is also Chairman of the Malaysian International Chamber of Commerce and Industry (MICCI) Sabah, Datuk Lee Swi Heng at his office in Menara Kinabalu here today.
SIE2023 will kick off with the International Business Luncheon Talk on Sept 21 at the Sabah International Convention Centre.
Hajiji was told that the past nine SIEs have attracted participation from more than 50 countries drawing some 326,125 visitors and generating more than RM440 million in sales and future orders.
The Chief Minister is expected to officiate at the opening of the SIE2023 with 300 booths showcasing products and services from the agriculture, tourism, industry, green technology and oil and gas sectors.
Present were FSI President and co-organising chairman Richard Lim, MICCI Sabah immediate past chairman Datuk Seri Panglima Wong Khen Thau and organising committee members.
Ends
The post SIE making a comeback this September first appeared on Laman Web Rasmi Ketua Menteri Sabah.
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM16.42 juta untuk melaksanakan Program Pembangunan Kepimpinan Belia bagi melahirkan pemimpin belia yang berkualiti tinggi, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
Katanya, program yang akan dilaksanakan meliputi aktiviti kesukarelawanan dan perpaduan sosial.
Beliau berkata, Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada usaha memperkasa modal insan agar sentiasa kompeten, berinovasi, berdaya tahan dan berintegriti.
Menurutnya, sejak beliau memimpin kerajaan negeri September 2020, pelbagai inisiatif baharu telah diperkenalkan kepada golongan belia di negeri ini.
Katanya, dalam bidang pendidikan, kerajaan telah melaksanakan beberapa program termasuk Bantuan Tunai Pendaftaran Institut Pengajian Tinggi (IPT) (BUDI), Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI) yang menyasarkan para pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
“Insiatif lain ialah Bantuan Ihsan Komputer (BAIK), Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH), Bantuan Aktiviti Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Sabah (BAGUS), Bantuan Ihsan Tabung Pendidikan Negeri (BISTARI) dan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA)”, katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Bicara Pemimpin Muda Bersama Ketua Menteri sempena sambutan peringatan Hari Antidadah Tahun 2023 Peringkat Negeri Sabah di Sabah International Convention Centre (SICC), hari ini.
Hajiji berkata, kerajaan turut mewujudkan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) yang menjadi landasan bagi membolehkan lebih ramai lagi anak-anak Sabah berpeluang ke IPT di dalam dan di luar negara.
Menurutnya, kerajaan juga menubuhkan Sekretariat Mahasiswa Sabah Malaysia (SEMESTA) untuk memayungi persatuan mahasiswa di semua IPT seluruh negara sekali gus bagi mahasiswa menyuarakan pandangan, idea serta cadangan untuk pembangunan dan kemajuan negeri Sabah.
Katanya, komitmen kerajaan negeri tidak hanya dalam aspek pendidikan, malah juga bidang keusahawanan dengan beberapa skim keusahawanan diperkenalkan seperti Skim Jaya Usahawan Belia Sabah (SYABAS) yang membantu belia yang berkecimpung dalam perniagaan kembali bangkit setelah terjejas akibat penularan COVID-19.
“Program ini akan diteruskan dan saya menyarankan Majlis Belia Sabah (MBS) dapat menjadi penggerak penting kepada pelaksanaan SYABAS pada tahun ini”, tegasnya.
Beliau berkata, pelaksanaan Felo SMJ yang bermula pada tahun lalu, akan diteruskan pada tahun ini dibawah Inkubator Kepimpinan Belia Sabah (IKBS) dengan Presiden MBS yang akan menyelaras program itu dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) dan Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR). Ini termasuk beberapa penganjuran program baharu seperti Dewan Belia Sabah.
Menurutnya, Kerajaan Negeri juga akan sentiasa mendengar dan memberi tumpuan kepada suara anak muda di negeri ini kerana pandangan dan pendapat merekadiperlukan untuk menjayakan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya(SMJ).
Justeru katanya, dalam Belanjawan 2023 Sabah, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM97.5 juta bagi pembangunan belia dan sukan di Sabah.
“Pembangunan modal insan tidak hanya kepada potensi belia semata-mata. Saya amat mengambil berat akan pelan pembangunan belia berisiko terutamanya dalam isu penagihan dadah”.
“Saya mengambil maklum mengenai pemerkasaan program kesedaran awam mengenai salah guna dadah di kalangan belia. Saya percaya MBS dan badan-badan gabungannya mampu menjadi faktor pelindung kepada belia-belia berisiko”, katanya.
Serentak itu Hajiji meletakkan harapan tinggi kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan MBS untuk bergerak bersama dalam memastikan program pendidikan pencegahan dadah ini dapat dilaksanakan di kawasan berisiko tinggi.
Beliau percaya dengan pelan perancangan strategik untuk menyantuni pembangunan potensi belia berisiko, dapat dijayakan demi pembangunan belia Sabah secara holistik.
Hajiji juga menyarankan semua agensi kerajaan dan pertubuhan belia di negeri ini bersama-sama dengan AADK dalam mencapai matlamat komuniti bebas dadah.
“Belia sebagai faktor pelindung harus menyokong kempen “Lebih Baik Cegah” kerana pencegahan bermula dari rumah”, tegasnya.
Menurutnya, Kerajaan Negeri bertekad untuk membawa negeri ini terus maju dan makmur serta perjuangan terhadap hak dan kepentingan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan akan terus diperjuangkan, terutamanya hak dan kepentingan yang hadir dan terjamin bersama Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
“Kita berpendirian semangat dan prinsip MA63 itu sentiasa hidup dan relevan hingga hari ini dan masa depan”, katanya.
Katanya, menerusi Hala Tuju SMJ yang akan genap dua tahun pelaksanaannya pada 29 Mac 2023, telah melakar kejayaan demi kejayaan, termasuk peningkatan hasil negeri menghampiri paras RM7 bilion berbanding paras RM4 bilion ketika bermula.
Hajiji berkata, peningkatan hasil negeri bermakna lebih banyak peruntukan boleh disalurkan untuk kesejahteraan rakyat, dan beliau optimis, angka ini akan terus bertambah pada tahun akan datang sekali gus memberi manfaat kepada seluruh rakyat negeri Sabah.
“Kita akan memastikan segala perancangan dilaksanakan, di samping mengenal pasti strategi serta meneroka peluang dan potensi baharu, termasuk usaha untuk menarik lebih banyak pelaburan ke Sabah di bawah inisiatif mesra pelabur SMJ”, katanya.
Beliau turut mengajak para belia agar terus memberi sokongan serta dokongan kepadanya dan rakan-rakan lain dalam membawa negeri Sabah lebih maju dan makmur. Sokongan rakyat khususnya anak muda kepada kerajaan amat penting bagi memastikan kestabilan negeri terjamin.
Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan Negeri Datuk Ellron Angin dan Presiden Majlis Belia Sabah Abqaree Fawwaz Abekan.
Tamat
The post RM16.42 Juta Untuk Program Pembangunan Kepimpinan Belia first appeared on Laman Web Rasmi Ketua Menteri Sabah.
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM16.42 juta untuk melaksanakan Program Pembangunan Kepimpinan Belia bagi melahirkan pemimpin belia yang berkualiti tinggi, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
Katanya, program yang akan dilaksanakan meliputi aktiviti kesukarelawanan dan perpaduan sosial.
Beliau berkata, Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada usaha memperkasa modal insan agar sentiasa kompeten, berinovasi, berdaya tahan dan berintegriti.
Menurutnya, sejak beliau memimpin kerajaan negeri September 2020, pelbagai inisiatif baharu telah diperkenalkan kepada golongan belia di negeri ini.
Katanya, dalam bidang pendidikan, kerajaan telah melaksanakan beberapa program termasuk Bantuan Tunai Pendaftaran Institut Pengajian Tinggi (IPT) (BUDI), Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI) yang menyasarkan para pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
“Insiatif lain ialah Bantuan Ihsan Komputer (BAIK), Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH), Bantuan Aktiviti Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Sabah (BAGUS), Bantuan Ihsan Tabung Pendidikan Negeri (BISTARI) dan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA)”, katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Bicara Pemimpin Muda Bersama Ketua Menteri sempena sambutan peringatan Hari Antidadah Tahun 2023 Peringkat Negeri Sabah di Sabah International Convention Centre (SICC), hari ini.
Hajiji berkata, kerajaan turut mewujudkan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) yang menjadi landasan bagi membolehkan lebih ramai lagi anak-anak Sabah berpeluang ke IPT di dalam dan di luar negara.
Menurutnya, kerajaan juga menubuhkan Sekretariat Mahasiswa Sabah Malaysia (SEMESTA) untuk memayungi persatuan mahasiswa di semua IPT seluruh negara sekali gus bagi mahasiswa menyuarakan pandangan, idea serta cadangan untuk pembangunan dan kemajuan negeri Sabah.
Katanya, komitmen kerajaan negeri tidak hanya dalam aspek pendidikan, malah juga bidang keusahawanan dengan beberapa skim keusahawanan diperkenalkan seperti Skim Jaya Usahawan Belia Sabah (SYABAS) yang membantu belia yang berkecimpung dalam perniagaan kembali bangkit setelah terjejas akibat penularan COVID-19.
“Program ini akan diteruskan dan saya menyarankan Majlis Belia Sabah (MBS) dapat menjadi penggerak penting kepada pelaksanaan SYABAS pada tahun ini”, tegasnya.
Beliau berkata, pelaksanaan Felo SMJ yang bermula pada tahun lalu, akan diteruskan pada tahun ini dibawah Inkubator Kepimpinan Belia Sabah (IKBS) dengan Presiden MBS yang akan menyelaras program itu dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) dan Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR). Ini termasuk beberapa penganjuran program baharu seperti Dewan Belia Sabah.
Menurutnya, Kerajaan Negeri juga akan sentiasa mendengar dan memberi tumpuan kepada suara anak muda di negeri ini kerana pandangan dan pendapat merekadiperlukan untuk menjayakan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya(SMJ).
Justeru katanya, dalam Belanjawan 2023 Sabah, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM97.5 juta bagi pembangunan belia dan sukan di Sabah.
“Pembangunan modal insan tidak hanya kepada potensi belia semata-mata. Saya amat mengambil berat akan pelan pembangunan belia berisiko terutamanya dalam isu penagihan dadah”.
“Saya mengambil maklum mengenai pemerkasaan program kesedaran awam mengenai salah guna dadah di kalangan belia. Saya percaya MBS dan badan-badan gabungannya mampu menjadi faktor pelindung kepada belia-belia berisiko”, katanya.
Serentak itu Hajiji meletakkan harapan tinggi kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan MBS untuk bergerak bersama dalam memastikan program pendidikan pencegahan dadah ini dapat dilaksanakan di kawasan berisiko tinggi.
Beliau percaya dengan pelan perancangan strategik untuk menyantuni pembangunan potensi belia berisiko, dapat dijayakan demi pembangunan belia Sabah secara holistik.
Hajiji juga menyarankan semua agensi kerajaan dan pertubuhan belia di negeri ini bersama-sama dengan AADK dalam mencapai matlamat komuniti bebas dadah.
“Belia sebagai faktor pelindung harus menyokong kempen “Lebih Baik Cegah” kerana pencegahan bermula dari rumah”, tegasnya.
Menurutnya, Kerajaan Negeri bertekad untuk membawa negeri ini terus maju dan makmur serta perjuangan terhadap hak dan kepentingan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan akan terus diperjuangkan, terutamanya hak dan kepentingan yang hadir dan terjamin bersama Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
“Kita berpendirian semangat dan prinsip MA63 itu sentiasa hidup dan relevan hingga hari ini dan masa depan”, katanya.
Katanya, menerusi Hala Tuju SMJ yang akan genap dua tahun pelaksanaannya pada 29 Mac 2023, telah melakar kejayaan demi kejayaan, termasuk peningkatan hasil negeri menghampiri paras RM7 bilion berbanding paras RM4 bilion ketika bermula.
Hajiji berkata, peningkatan hasil negeri bermakna lebih banyak peruntukan boleh disalurkan untuk kesejahteraan rakyat, dan beliau optimis, angka ini akan terus bertambah pada tahun akan datang sekali gus memberi manfaat kepada seluruh rakyat negeri Sabah.
“Kita akan memastikan segala perancangan dilaksanakan, di samping mengenal pasti strategi serta meneroka peluang dan potensi baharu, termasuk usaha untuk menarik lebih banyak pelaburan ke Sabah di bawah inisiatif mesra pelabur SMJ”, katanya.
Beliau turut mengajak para belia agar terus memberi sokongan serta dokongan kepadanya dan rakan-rakan lain dalam membawa negeri Sabah lebih maju dan makmur. Sokongan rakyat khususnya anak muda kepada kerajaan amat penting bagi memastikan kestabilan negeri terjamin.
Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan Negeri Datuk Ellron Angin dan Presiden Majlis Belia Sabah Abqaree Fawwaz Abekan.
Tamat
The post SEC seals multiple natural gas sales agreements with major investors first appeared on Laman Web Rasmi Ketua Menteri Sabah.
KOTA KINABALU: Keistimewaan dan keunikan masyarakat berbilang kaum, etnik dan budaya di negara ini khususnya di Sabah perlu terus dipelihara dan dipertahankan, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
Katanya, faktor itu menjadi elemen penting dalam memupuk perasaan hormat menghormati dan menerima kepelbagaian tersebut sebagai satu kekuatan yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri, kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat.
Menurutnya, budaya merupakan aspek penting dalam kehidupan kita yang menjadi identiti sesuatu bangsa dan etnik yang harus dipelihara serta dimartabatkan untuk kepentingan semua.
“Permodenan dan kemajuan tidak seharusnya menghalang rakyat daripada menghargai dan memperkukuh budaya yang diamal oleh masyarakat berbilang kaum, termasuk aspek tarian kebudayaan. Banyak perkara yang baik boleh dipelajari daripada kebudayaan seperti perpaduan, kelestarian gaya hidup, perlindungan sumber asli dan pemuliharaan budaya peribumi”, katanya.
Beliau berkata demikian pada Pesta Tarian Cina Peringkat Kebangsaan Ke-32 dan Pertandingan Tarian Cina Peringkat Sekolah Ke-21 di Dewan Sekolah Menengah Kian Kok, malam tadi.
Teks ucapan Hajiji dibacakan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew.
Hajiji berkata, Sabah yang kaya dengan budaya daripada 35 etnik dan 217 sub-etnik merupakan khazanah negeri yang amat bernilai untuk terus dipertahankan, demi meningkatkan perpaduan, selain sebagai sumber ekonomi negeri melalui industri pelancongan, industri seni kreatif, termasuklah industri kecil dan sederhana yang berasaskan komuniti.
Menurutnya, Tarian Cina merupakan seni yang mengekspresikan emosi dalaman melalui bahasa badan dan mempersembahkan gambar yang indah. Persembahan tarian yang baik akan membawa inspirasi, meningkatkan nilai dan tahap kemanusiaan.
Beliau berharap melalui aktiviti itu dapat mencungkil lebih ramai bakat tarian yang akan menyumbang kepada pembangunan jangka panjang usaha kebudayaan Cina.
“Justeru penganjuran pesta ini dapat membantu mengetengahkan kepelbagaian budaya di Sabah, bukan sahaja untuk rakyat negeri ini, malahan kepada pelancong dari dalam dan luar negara”.
“Saya percaya pesta itu juga berupaya mempromosikan kebudayaan masyarakat Cina, sekali gus menarik lebih ramai pengunjung ke negara ini khususnya ke Sabah”, katanya.
Beliau juga mahu masyarakat Cina dan pencinta budaya tarian agar memberikan sokongan penuh kepada aktiviti itu kerana tarian merupakan sumber mengembangkan kecerdasan dan memupuk kreativiti, selain dapat menghindarkan golongan muda daripada aktiviti yang tidak sihat.
Tamat
The post Keunikan Masyarakat Berbilang Kaum, Etnik & Budaya Perlu Dipelihara, Dipertahankan first appeared on Laman Web Rasmi Ketua Menteri Sabah.
KOTA KINABALU: Umat Islam di negeri ini perlu melipatgandakan usaha dengan meningkatkan daya saing dan inovasi dalam pelbagai sektor, untuk menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
Dalam konteks ini, beliau yakin dengan penghayatan terhadap al-Quran, umat Islam akan menjadi umat yang dinamik, progresif dan cemerlang.
“Sesungguhnya kitab suci al-Quran mengandungi begitu banyak pengajaran dan panduan yang sepatutnya kita manfaatkan untuk menjadi sebuah bangsa dan umat yang berjaya dalam semua aspek kehidupan.
“Islam amat menggalakkan umatnya mengamalkan semangat berlumba-lumba dan bersaing dalam semua bidang untuk mencapai kemajuan dan kejayaan. Ia adalah resepi membangunkan masyarakat yang bersemangat untuk maju, bukan sahaja dari segi teknikal tetapi turut digabungkan dengan nilai-nilai keusahawanan,” katanya.
Beliau berkata demikian sempena Penyampaian Hadiah dan Penutupan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sabah di Dewan Saadah, Wisma MUIS di sini, pada Khamis.
Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin menyempurnakan Perutusan Perasmian Majlis Tilawah dan Hafazan Al Quran Peringkat Negeri Sabah.
Yang turut hadir Isteri Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Datuk Seri Panglima (Dr) Hajah Norlidah binti Tan Sri Datuk R.M. Jasni dan isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag.
Dalam pada itu, Hajiji berkata Kerajaan negeri komited untuk membawa negeri Sabah ke tahap yang lebih baik dan maju sejajar dengan konsep Malaysia Madani yang digagaskan oleh Kerajaan Perpaduan.
Komitmen ini katanya, diterjemahkan dalam Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang memberi penekanan kepada aspek pemerkasaan pendidikan dan latihan, pengupayaan sektor ekonomi dan pengukuhan hubungan serta persefahaman antara masyarakat yang berbilang kaum, agama dan budaya di negeri ini.
“Kita sesungguhnya amat bersyukur kerana Sabah diberikan sumber rezeki yang melimpah ruah. Selain rezeki berupa tanaman dan ternakan, tanah bertuah ini juga dilimpahi dengan nikmat alam sekitar yang cantik selain sumber alam lainnya seperti minyak dan gas.
“Dengan segala nikmat ini, kita perlu menguruskan segala sumber kekayaan itu dengan penuh amanah. Justeru, semua pihak mesti berjiwa besar untuk menerapkan kebijaksanaan serta kemahiran bagi mengoptimumkan keupayaan dalam meneroka dan memanfaatkan potensi sumber kekayaan itu.
“Segala hasil pertanian, ternakan, hutan, petroleum, gas dan sebagainya itu tidak akan memberi sebarang keuntungan dan manfaat jika manusia tidak tahu dan mahu mengambil inisiatif mengubah diri sendiri untuk menghargai serta mensyukuri nikmat secara positif, kreatif dan inovatif,” katanya.
Katanya, selain daripada memulihara sumber huluan yang ada rakyat harus bijak dan kreatif mempelbagaikan industri hiliran sebagai upaya memberi nilai tambah kepada hasil ada.
“Keupayaan ini tentunya hanya mampu dilakukan menerusi penguasaan ilmu pengetahuan serta kemahiran yang relevan seperti bidang sains dan teknologi, kejuteraan dan matematik.
“Dalam konteks negeri Sabah, kita bersyukur kerana disebalik pelbagai cabaran yang dihadapi sama ada di peringkat global mahu pun di peringkat domestik, usaha untuk membangunkan negeri dalam pelbagai sektor menerusi Hala Tuju Sabah Maju Jaya, kini berada di landasan yang betul.
“Justeru seluruh rakyat jelata di negeri ini tanpa mengira bangsa dan anutan agama harus menyokong usaha yang boleh mengukuhkan perpaduan,” katanya.
Tamat
The post Umat Islam perlu tingkatkan daya saing dan inovasi first appeared on Laman Web Rasmi Ketua Menteri Sabah.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, kehadiran Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) akan memperkukuh citra perjuangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai satu jajaran lokal dan formula tempatan.
Katanya, Gagasan Rakyat sebagai sebuah wadah “Solidariti Suara Sabah” akan membawa citra kesatuan masyarakat berbilang kaum yang mendokong agenda Sayangi Sabah yang menjadi landasan GRS dengan teras perjuangan Sabah First, Sabah Forward, Sabah Prosper dan Sabah United.
Beliau yakin, solidariti akan menjadikan suara Sabah lebih kuat dan berkesan. Kita kuat apabila kita bersatu. Kita akan dihormati sekiranya kita kuat dan bersatu.
“Permuafakatan GRS bukan sekadar penting untuk kita di Sabah, malah amat bermakna untuk membina kesatuan dan kekuatan dalam memastikan kepentingan Sabah terus terbela dalam Persekutuan Malaysia”, katanya.
Beliau yang juga Presiden Gagasan Rakyat berkata demikian pada Majlis Pelancaran Gagasan Rakyat di Sabah International Convention Centre (SICC), hari ini.
Katanya, berdasarkan perubahan sentimen di peringkat akar umbi, rakyat Sabah mahukan parti tempatan bersifat lokal untuk menerajui kerajaan negeri.
“Memang benar, kita tidak seharusnya menolak kerjasama dengan parti nasional kerana kita perlu hidup dalam ekosistem federal dalam sebuah negara. Namun dari segi kerangka governan negeri, rakyat mahukan sebuah kerajaan yang diterajui citra lokal”.
“Kehadiran parti-parti bersifat nasional tetap relevan selagi semangat, teras, dan agenda perjuangan negeri tidak sesekali dikompromi. Sinergi elemen lokal dan nasional perlu berlandaskan kepada prinsip meletakkan kepentingan negeri sebagai agenda keutamaan (Sabah First) dan memposisikan kepentingan negeri itu sebagai komponen penting agenda nasional”.
“Ini kerana Sabah yang lebih maju dan jaya pastinya menyumbang kepada pembinaan Persekutuan Malaysia yang Madani iaitu konsep bercitrakan kemajuan yang lebih holistik merangkumi segenap aspek”, tegasnya.
Hajiji berkata, rakyat Sabah mahu negeri ini dipayungi oleh kerajaan yang berciri multi parti, bukan bersifat parti tunggal, sebuah kerajaan yang mempunyai elemen “check and balance” yang cukup kuat lagi inklusif.
Menurutnya, jika ditinjau sejarah, tiga kerajaan pertama Sabah sebenarnya adalah parti tempatan, tetapi bersifat “parti tunggal”.
“Kita belajar dan mengambil teladan dari pengalaman panjang yang telah kita lalui bersama. Kita harus melaksanakan pembaharuan dengan model perkongsian kuasa yang lebih inklusif dan membina”.
“Kita harus mengelakkan daripada kuasa terpusat dengan sangat kuat kepada satu kutub tertentu, sama ada condong kepada kumpulan yang diwakili atau terikat kepada kecenderungan sesebuah kepimpinan”, tegasnya.
Hajiji turut mengajak dan menyeru rakan-rakan daripada parti-parti lain yang berkongsi agenda perjuangan untuk menganjak kerjasama yang lebih bernilai dan bermakna dengan GRS atas landasan Muafakat Sabah.
Katanya, muafakat ini perlu disimpul bukan hanya di peringkat kepimpinan, malah perlu dikembangkan ke peringkat akar umbi.
Beliau berkata, GRS akan sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang menjunjung dan mengiktiraf hak dan kepentingan Sabah, termasuk menghormati kebebasan dan keabsahan pemimpin dan rakyat Sabah dalam menentukan barisan kepimpinan teraju kerajaan negeri.
“Sebagaimana peristiwa mutakhir yang telah kita lalui baru-baru ini, kita amat menghargai budaya dan komitmen politik kepimpinan parti-parti nasional yang menghormati keputusan pemimpin-pemimpin tempatan dalam menentukan hala tuju kepimpinan negeri. Pendekatan ini sekali gus memelihara kredibiliti dan legitimasi para pemimpin mereka di peringkat negeri yang dipilih oleh rakyat akar umbi di Sabah”, tegasnya.
Hajiji juga merakamkan ucapan penghargaan kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang telah memberikan mandat dan kepercayaan kepadanya untuk terus menerajui kerajaan negeri.
Beliau bersyukur di sebalik kemelut yang berlaku, dia didokong oleh sebuah pasukan yang lebih inklusif serta responsif kepada keutamaan dalam menjayakan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ)
Katanya, Hala Tuju SMJ yang akan genap dua tahun pelaksanaannya pada 29 Mac 2023 telah melakar kejayaan demi kejayaan, termasuk peningkatan hasil negeri menghampiri paras RM7 bilion berbanding paras RM4 bilion ketika bermula.
“Kita perlu memastikan segala perancangan dilaksanakan, disamping mengenal pasti strategi serta meneroka peluang dan potensi baharu. Ini termasuk usaha untuk menarik lebih banyak pelaburan ke Sabah di bawah inisiatif mesra pelabur SMJ. Sehingga kini, kita telah mencapai rekod pelaburan langsung asing serta pelaburan domestik berjumlah RM33.4 bilion”, tambahnya.
Menyentuh pencapaian Kerajaan GRS, Hajiji berkata dalam tempoh 2 tahun mengambil alih tampuk pemerintahan, banyak kejayaan yang memberi apa yang terbaik kepada rakyat dan negeri, antaranya ialah pemeteraian perjanjian Commercial Collaboration Agreement (CCA) dengan pihak Petronas yang berprinsipkan “Greater Say, Greater Participation dan Greater Revenue” untuk membangunkan industri minyak dan gas di Sabah.
“Sejak pemeteraian perjanjian ini, kita telah menandatangani beberapa perjanjian penting termasuk pembekalan gas asli kepada Sabah Energy Corporation Sdn Bhd [SEC] menjadikan SEC sebagai pembekal dan pengangkut gas asli domestik terbesar di Sabah”.
“Selain itu, Sabah juga akan memperoleh 25 peratus kepentingan penyertaan dalam loji petrokimia Sabah Ammonia Urea (SAMUR) dan awal bulan February lalu, kita telah menandatangani dua perjanjian iaitu, satu, mengenai back-in option Kontrak Perkongsian Pengeluaran (atau Production Sharing Contract) telaga minyak dan gas yang memberikan Kerajaan Negeri Sabah sehingga 20 peratus kepentingan penyertaan dan kedua, memberi kita 50 peratus kepentingan penyertaan dalam telaga minyak dan gas Samarang. Kita akan meneruskan usaha untuk mendapatkan lebih banyak kepentingan penyertaan dengan Petronas”, tegasnya.
Hajiji juga berasa gembira kerana usaha mengejar dan menuntut hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah menunjukkan banyak kemajuan sejak mengambil alih tampuk pemerintahan.
Katanya, dalam Mesyuarat MA63 di Kuching pada 20 Januari lalu bersama Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau secara peribadi telah memberitahunya bahawa adalah tidak adil negeri Borneo iaitu Sabah dan Sarawak tidak mendapat apa yang sepatutnya untuk kita.
Beliau berkata, PM telah mengumumkan bahawa semua isu tertunggak dalam MA63 sudah melepasi proses perbincangan dan kini dalam peringkat pelaksanaan.
“Satu-satunya isu tertunggak ketika ini adalah mengenai aspek teknikal dan kita akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk memastikan semua tuntutan dipercepatkan”.
“Terkini, kita akan melihat penyerahan kuasa kawal selia elektrik kepada Sabah berjalan dengan lancar pada 1 Januari 2024 bagi membolehkan Sabah menubuhkan Suruhanjaya Tenaga Elektriknya sendiri”.
“Kami bertegas menyeru agar Kerajaan Persekutuan menyegerakan kajian semula Artikel 112D berkaitan tuntutan 40 peratus perkongsian hasil dan pemberian khas, pendirian kami menolak Akta Laut Wilayah 2012 yang mengehadkan sempadan maritim negeri kepada hanya tiga batu nautika dan mengekalkan bahawa sempadan laut kita hendaklah melebihi 200 batu nautika mengikut Perintah Borneo Utara (Pengubahan Sempadan) termaktub dalam Majlis 1954”.
“Ini adalah bukti komitmen kita yang tidak pernah berhenti untuk menuntut apa yang terbaik kepada rakyat melalui pengurusan yang berkesan dan berhemat. Ini adalah komitmen dan ikrar saya sebagai Ketua Menteri bahawa kerajaan saya akan melakukan yang terbaik dengan sokongan berterusan daripada rakyat”.
“Marilah bekerja bersama saya dengan satu matlamat utama; kita tangani isu-isu rakyat dan bina masa depan Sabah yang lebih maju dan berjaya. Kita teruskan dan lonjakkan momentum pembangunan negeri. Kita buktikan Muafakat Sabah yang kita rintis ini adalah pilihan tepat dan terbaik untuk tanah air tercinta”, tegasnya.
Tamat
The post Gagasan Rakyat Perkukuh Citra Perjuangan GRS first appeared on Laman Web Rasmi Ketua Menteri Sabah.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Rabitah Antarabangsa Alumni al-Azhar Malaysia (WOAG Malaysia) diketuai oleh Presidennya,Prof.Dato’ Dr.Mohd Fakhrudin Abdul Mukti di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.
Selain mendengar beberapa nasihat daripada Hajiji, Mohd.Fakhrudin memberi taklimat berhubung aktiviti yang dianjurkan oleh WOAG seperti seminar dan multaqa ilmiah dan lain-lain yang kebanyakannya berorientasikan pendidikan dan kebajikan, disamping menyebarkan fahaman kesederhanaan berteraskan kecintaan kepada keamanan dan keharmonian kaum dan agama.
Rombongan WOAG Malaysia turut disertai oleh beberapa orang pensyarah daripada Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Brunei Darussalam.
Turut hadir ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Haji Mohd Arif dan Timbalan Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Ustaz Malai Ali Malai Ahmad.
Tamat
The post Ketua Menteri Terima Kunjungan Hormat Rabitah Antarabangsa Alumni al-Azhar Malaysia first appeared on Laman Web Rasmi Ketua Menteri Sabah.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menggesa anggota perkhidmatan awam negeri dan persekutuan terus memberikan sokongan dan dokongan kepada Kerajaan Negeri pimpinannya dalam usaha gigih memajukan negeri dan mensejahterakan rakyat.
Katanya, “sekarang adalah masanya untuk kita bekerja keras, membangunkan semula ekonomi negeri dan memajukan rakyat,”
“”This is the time to work. Time to walk the talk and to deliver what we have planned for the rakyat”. Percayalah, setiap daripada kita menginginkan kerajaan yang stabil; negeri dan negara yang makmur, supaya kita dapat hidup dengan aman dan sentosa”.
“Sebagai anggota perkhidmatan awam, kita seharusnya memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap segala usaha bagi membina semula ekonomi negeri dan membela nasib rakyat”, katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim kepada Anggota Perkhidmatan Awam Negeri dan Persekutuan di Sabah, di Sabah International Convention Centre (SICC), hari ini.
Majlis itu yang turut dihadiri oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Panglima Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, merupakan perhimpunan penjawat awam terbesar, malah julung kalinya seorang PM hadir untuk menyampaikan amanat kepada anggota perkhidmatan awam negeri ini.
Hajiji berkata, meskin pun baharu 2 tahun lebih beliau menerajui kepimpinan negeri, namun cabaran dan ujian yang dilaluinya begitu luar biasa sekali.
Menurutnya, terlepas daripada ancaman pandemik, berhadapan pula dengan cabaran kegawatan politik dan ekonomi, dan dalam kita sedang menyusun segala strategi untuk memperkukuhkan pentadbiran serta memulihkan ekonomi negeri, tiba-tiba datang lagi ujian baharu berupa cubaan untuk mengganggu dan menjatuhkan kerajaan.
“Sungguh luar biasa ujian dan tribulasi yang datang silih berganti. Namun, saya sangat bernasib baik, kerana mempunyai rakan-rakan dalam kepimpinan negeri, termasuk jentera kerajaan, iaitu anggota perkhidmatan awam, yang tetap memberikan sokongan dan dokongan dalam usaha gigih kita untuk memajukan negeri dan mensejahterakan rakyat”, tegasnya.
Dalam mengorak langkah ke hadapan, Hajiji mengajak anggota perkhidmatan awam untuk melipat-gandakan lagi usaha serta khidmat bakti kepada negeri, rakyat dan masyarakat; dengan pertanggungjawaban, jati diri dan iltizam yang tinggi dalam memikul amanah dan tanggungjawab dalam memastikan negeri ditadbir dan diurus dengan cemerlang, manakala rakyat dibela dengan sebaik-baiknya.
Beliau berkata, sebagai jentera pelaksana dasar dan program pembangunan kerajaan, anggota perkhidmatan awam menjadi pemangkin bagi merealisasikan apa jua dasar dan perancangan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Menurutnya, dalam konteks negeri Sabah, Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 1.0 merupakan wadah untuk menempatkan semula Sabah pada landasan yang tepat ke arah kemajuan dan pembangunan yang holistik merangkumi kemakmuran ekonomi, kelestarian alam dan kesejahteraan rakyat.
Katanya, pendekatan itu adalah selaras dan selari dengan aspirasi PM yang telah memperkenalkan gagasan besar Malaysia Madani, sebagai paradigma baharu untuk negara mengolah hala tuju dasar dan pelaksanaan strategi yang merentas semua sektor, termasuk kemanusiaan dan modal insan, ke arah mengangkat semula martabat negara di persada dunia.
“Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa Sabah adalah negeri terawal yang menyambut baik konsep Malaysia Madani dengan menganjurkan seminar, forum dan bengkel bagi mengupas dan mendalami konsep Malaysia Madani”.
“Saya berharap agar seluruh anggota perkhidmatan awam sentiasa bersikap terbuka dan bersedia untuk menghadapi perubahan dan cabaran, sesuaidengan perkembangan dan kehendak semasa. Jangan sekali-kali mudah selesa dengan pencapaian yang ada. Jadilah penjawat awam yang berdaya kreatif, bersikap proaktif serta memiliki semangat untuk berlumba dalam mencapai kejayaan secara sihat, berintegriti dan menjauhi rasuah”.
“Kita tidak seharusnya mudah berasa selesa atau “complacent” dengan pencapaian yang ada, kerana perjalanan kita masih jauh dan berliku. Justeru, kita perlu mempercepatkan langkah agar tindakan kita bukan sahaja pantas dan tangkas, tetapi juga tepat pada sasaran dalam memastikan kemajuan dan kejayaan”.
“Lipat gandakan usaha, “work hard” dan “work smart”, bagi mengekalkan rekod kejayaan dan kecemerlangan kita dalam mengurus dan mentadbir negeri yang tercinta ini. Anggota perkhidmatan awam adalah jentera kerajaan yang juga bertanggungjawab dalam memastikan peningkatan hasil negeri. Jika hasil negeri dapat ditambah dan ditingkatkan, tentunya ia akan memberi manfaat yang besar kepada seluruh rakyat, termasuklah juga di kalangan penjawat awam itu sendiri yang akan menerima pelbagai insentif dan imbuhan”, tambahnya.
Hajiji turut menegaskan berkat kerja keras semua pihak, pada tahun lalu Sabah telah berjaya mengutip hasil negeri sebanyak RM7 bilion, iaitu jauh melepasi angka yang disasarkan. Manakala nilai pelaburan mencecah RM33 bilion, melibatkan beberapa syarikat pelabur dari dalam dan luar negara.
Katanya, kejayaan ini adalah juga kejayaan anggota perkhidmatan awam yang telah mempamerkan komitmen dan kerja keras yang membanggakan.
Hajiji turut menyentuh pencapaian Kerajaan Negeri dibawah pimpinannya dalam tempoh 2 tahun, antaranya ialah pemeteraian perjanjian Commercial Collaboration Agreement (CCA) dengan pihak Petronas yang berprinsipkan “Greater Say, Greater Participation and Greater Revenue”, meluluskan 2 Rang Undang-Undang (RUU) iaitu RUU Suruhanjaya Tenaga Negeri Sabah dan RUU Bekalan Gas 2023, yang memberi kuasa sepenuhnya kepada Sabah dalam pengendalian bekalan gas, termasuk operasi tenaga elektrik mulai 1 Januari 2024.
“Perlu diingat, bahawa kejayaan ini membuktikan sokongan dan keprihatinan PM terhadap tuntutan yang kita kemukakan berkaitan hak-hak Sabah seperti yang terkandung di dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)”, tegasnya.
Hajiji turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Anwar yang telah memperuntukkan RM6.5 bilion untuk pembangunan negeri Sabah dalam Belanjawan Persekutuan yang dibentangkan semula.
Katanya, sebagai negeri kedua terbesar di Malaysia, Sabah memerlukan peruntukan yang besar untuk meneruskan agenda pembangunan di negeri yang masih jauh tertinggal.
Menurutnya, peruntukan RM6.5 bilion itu sebenarnya tidak termasuk beberapa inisiatif lain, antaranya merangkumi pelaksanaan projek Pan Borneo Sabah/Sarawak sebanyak RM20 bilion, dan RM1 bilion lagi untuk membangunkan kawasan sempadan Sabah dengan Kalimantan, Indonesia.
Hajiji juga yakin Malaysia mampu bangkit kembali menjadi negara yang disegani dan dihormati dibawah pimpinan dinamik Anwar.
Tamat
The post Perkhidmatan Awam Perlu Gigih Bantu Kerajaan Majukan Negeri & Sejahterakan Rakyat first appeared on Laman Web Rasmi Ketua Menteri Sabah.