Official Website Of The
Sabah State Government

PEMAKLUMAN BERKENAAN PENEMPATAN BAHAGIAN USAHAWAN ANAK NEGERI [UNIT STATUS BUMIPUTERA]

Sila maklum, selaras dengan Warta Kerajaan Negeri No. 47 bertarikh 12 November 2020, Bahagian Usahawan Anak Negeri kini di bawah Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah.

Sehubungan dengan itu segala urusan yang melibatkan Permohonan Pendaftaran, Pengiktirafan dan Pengesahan Sijil Status Perniagaan Anak Negeri Sabah hendaklah dirujuk ke Jabatan berkenaan yang berpejabat di Tingkat 4, Menara A Wisma Tun Fuad Stephens Karamunsing Kota Kinabalu. 

Pejabat Usahawan Anak Negeri boleh dihubungi seperti berikut:-
Telefon: 088 204 260 
Fax : 088 204 051 
Email : b.usahawansabah [at] gmail.com

Sebarang pertanyaan lanjut sila berhubung dengan Salina.MuhamadNoor [at] sabah.gov.my  dan Sheila.Ipang [at] sabah.gov.my

Mesej di hantar bagi pihak:
Bahagian Pembangunan Anak Negeri
Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah