END DATE/ TIME
Sunday, 22 May 2022 (03:00am)
SERVICES AFFECTED
- Email
- Websites
- Antivirus program
- Database
Please be informed that there may be a disruption to the following services due to schedule planned maintenance as listed below:-
START DATE/ TIME
Sunday, 22 May 2022 (12:00am)
END DATE/ TIME
Sunday, 22 May 2022 (03:00am)
SERVICES AFFECTED
- Email
- Websites
- Antivirus program
- Database
Any inconvenience caused is much regretted.
If by any chance you experience persistent problems after this downtime period, please contact:
MAJLIS PERASMIAN PAMERAN DUNIA KECIL SERANGGA SEMPENA HARI MUZIUM ANTARABANGSA PERINGKAT NEGERI 2022
END DATE/ TIME
Sunday, 08 May 2022 (03:00am)
SERVICES AFFECTED
- Email
- Websites
- Antivirus program
- Database
Please be informed that there may be a disruption to the following services due to schedule planned maintenance as listed below:-
START DATE/ TIME
Sunday, 08 May 2022 (12:00am)
END DATE/ TIME
Sunday, 08 May 2022 (03:00am)
SERVICES AFFECTED
- Email
- Websites
- Antivirus program
- Database
Any inconvenience caused is much regretted.
If by any chance you experience persistent problems after this downtime period, please contact:
NABAWAN: Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) membayar sejumlah RM21 juta dividen terkumpul kepada 7,000 peneroka dan pesertanya pada tahun 2021.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang berpuas hati dengan prestasi LKTNS berkata, pembayaran dividen itu merupakan pencapaian amat baik yang direkodkan dalam tempoh tiga (3) tahun kebelakangan ini.
“Prestasi agihan dividen terkumpul LKTNS pada tahun 2021 kepada peneroka dan peserta adalah berjumlah RM21 juta berbanding RM3.4 juta pada tahun 2020.
“Pemberian dividen ini telah dibayar secara bulanan dan suku tahun sepanjang tahun 2021”.
“Setakat suku pertama tahun ini (2022), LKTNS telah membayar sebanyak RM5 juta dividen, berbanding anggaran belanjawan 2022 sebanyak RM3.4 juta”, katanya pada Majlis Iftar Ramadhan bersama Ketua Menteri di perkarangan Masjid Al-Hidayah dekat sini, semalam.
Hajiji yang juga Menteri Kewangan Negeri berkata, untuk tahun ini, LKTNS mensasarkan pemberian dividen sebanyak RM17 juta kepada peneroka dan pesertanya.
Katanya, faktor utama penyumbang kepada pencapaian itu didorong oleh peningkatan pengeluaran hasil sawit iaitu sebanyak 68 ribu metrik tan pada tahun 2021, berbanding 53 ribu metrik tan pada tahun 2020, selain meningkatan harga sawit.
Beliau mahu SLDB terus memainkan peranan penting dalam membantu membasmi kemiskinan masyarakat luar bandar dan meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka melalui pembangunan tanah berasaskan pertanian.
LKTNS kini melaksanakan pembangunan tanah dan penanaman semula sawit di seluruh Sabah melibatkan kawasan seluas 38 ribu hektar dengan tanaman sawit dan sebahagian kecil getah. Projek sosio tersebut telah memberikan manfaat kepadahampir 7 ribu isi rumah yang terdiri daripada golongan B40 dan kira-kira 28 ribu isi rumah yang meliputi isteri dan anak peneroka dan peserta LKTNS.
“Ini yang dilakukan oleh agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri. Kerajaan berharap GLC kerajaan dapat menyumbang sejumlah RM200 juta dividen kepada Kerajaan Negeri”, tambahnya.
Menurutnya, pendapatan negeri hasil daripada dividen yang diterima akan digunakan untuk membina dan meningkatkan pelbagai kemudahan Infrastruktur untuk rakyat.
Katanya, Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Barisan Nasional (BN)komited membangun rakyat dan negeri Sabah menerusi Hala Tuju Sabah Maju Sabah (SMJ), yang selari dengan manifesto dan Aku Janji pada Pilihan Raya Negeri yang lalu.
“Yang penting kita mesti terus bersatu padu, tingkatkan persefahaman dan kerjasama, serta kuatkan Kerajaan GRS-BN. Insya-Allah, kita akan menang dengan bergaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) 15 yang akan datang”, tegasnya.
Hajiji turut menyerahkan sumbangan bakul makanan dan duit raya kepada golongan asnaf, beras kepada peserta LKTNS daerah Nabawan, sumbangan RM2,000 kepada Masjid Al-Hidayah Nabawan dan simbolik penyerahan pembayaran pendapatan peneroka dan dividen peserta LKTNS tahun 2021 di majlis itu.
Turut hadir ialah Menteri Belia dan Sukan Negeri, Datuk Ellron Angin, Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Senator Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Puan Flovia Ng, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Wetrom Bahanda, Pengerusi LKTNS, Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan, ADUN Kemabong, Datuk Rubin Balang, Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Haji Ghulam Haidar Khan Bahadar, ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim dan Pengurus Besar LKTNS, Encik Syaheddrul R Joddari.
Tamat
The post LKTNS bayar RM21 juta dividen pada 2021 kepada 7000 peneroka & peserta first appeared on Laman Web Rasmi Ketua Menteri Sabah.
KOTA KINABALU: Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (MUTIARA GRS-BN) menyantuni kira-kira 100 anak yatim dalam majlis berbuka puasa sempena Program Anjung Kasih MUTIARA GRS-BN, di sini pada Selasa.
Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag yang juga Yang Dipertua MUTIARA GRS-BN, itu berkata Program Anjung Kasih MUTIARA GRS-BN itu adalah sebahagian daripada aktiviti kemasyarakatan oleh pertubuhan berkenaan yang dilaksanakan sempena bulan Ramadan.
“Majlis ini bertujuan menyantuni anak-anak yatim yang datang dari sekitar Kota Kinabalu, Putatan, Tuaran dan Tamparuli. Kehadiran anak-anak ini telah memberi peluang kepada kami untuk melaksanakan tanggungjawab untuk menggembirakan anak anak ini menyambut Aidilfitri yang tidak lama lagi menjelang tiba.
“Dalam pada itu, MUTIARA GRS-BN juga cuba membawa semua ahli untuk sama-sama bersedekah membantu mereka yang tidak berkemampuan. Ia kerana keutamaan bersedekah pada bulan Ramadan adalah cukup istimewa berbanding pada bulan-bulan lainnya,” katanya sempena majlis Anjung Kasih MUTIARA GRS-BN, di sini.
Sempena majlis itu, Juliah turut merakam tahniah kepada semua Jawatankuasa Penganjur yang terdiri dari ahli Jawatankuasa MUTIARA GRS, pegawai dan kakitangan MUIS dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) atas kejayaan melaksanakan program ini.
“Semoga amal kebajikan kita akan menjadi teladan kepada masyarakat dan mendapat rahmat serta balasan baik,” katanya.
Yang turut hadir ialah Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Haji Mohd Arifin Haji Mohd Arif; Naib Yang Dipertua I, Datin Seri Panglima Nor Asidah Alimuddin; Naib Yang Dipertua II, Datin Seri Panglima Cecilia Edwin Kitingan dan Naib Yang Dipertua III merangkap Pengerusi Biro Kebajikan, Datin Linda Ewit; Pengerusi Biro Agama MUTIARA GRS-BN, Datin Lenny Natasha Musa; dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Ustaz Malai Ali Malai Ahmad.
Tamat
The post MUTIARA GRS-BN menyantuni anak-anak yatim first appeared on Laman Web Rasmi Ketua Menteri Sabah.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan(FELDA), Dato’ Seri Idris Jusoh dan rombongan di kediaman rasminya di Sri Gaya, hari ini.
Hajiji diberi taklimat oleh Idris mengenai operasi FELDA di Sabah dan perancangan masa depannya.
Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong, Peguam Besar Negeri, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof dan Penasihat Kewangan kepada Ketua Menteri, Datuk Peter Thien.
Bersama Idris ialah Pengarah Besar FELDA, Datuk Amiruddin Bin Abdul Satar, Timbalan Pengarah Besar FELDA (Servis Korporat), Encik Mahadzir Bin Mustafa dan Pengarah Wilayah Sahabat, Encik Yusof Bin Ismail.
Tamat
The post Ketua Menteri terima kunjungan hormat Pengerusi FELDA first appeared on Laman Web Rasmi Ketua Menteri Sabah.
KIULU: Seramai 10 wanita yang terdiri daripada suri rumah dan petani di Pekan Nabalu di sini, menyertai kursus membuat roti dan kek selama sehari sebagai sebahagian daripada inisiatif memperkasa wanita luar bandar oleh Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (MUTIARA GRS BN).
Josephine Maikal, 35, seorang petani dan ibu kepada tiga anak berasa gembira dengan pengalaman itu dan tidak sabar untuk memulakan perniagaan bakeri secara kecil kecilan di rumah sebagai pendapatan tambahan bagi menyara keluarganya.
Beberapa lagi peserta lain, yang juga terdiri daripada suri rumah dan petani berusia 22 hingga 52 tahun turut berkongsi semangat yang sama. Semuanya bersemangat untuk menggunakan kemahiran yang diperoleh dan mengucapkan terima kasih kepada Mutiara GRS-BN atas peluang yang diberi untuk mempelajari kemahiran berkenaan.
Yang Dipertua MUTIARA GRS-BN yang juga isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag, berkata memperkasakan wanita adalah agenda utama pertubuhan berkenaan.
“Kami akan terus bekerjasama dengan organisasi yang mempunyai matlamat sama bagi memberi peluang kepada wanita untuk maju dan antara lainnya meningkatkan taraf hidup mereka melalui latihan serta kesedaran,” katanya.
Tamat
The post Initiatif memperkasa wanita luar bandar first appeared on Laman Web Rasmi Ketua Menteri Sabah.
TUARAN: Program Kembara Skuad Waja perlu diperluaskan ke semua kawasan luar bandar di negeri ini bagi membantu memperkasakan komuniti setempat dengan ilmu perundangan dan meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu jenayah.
Isteri Ketua Menteri yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (MUTIARA GRS-BN), Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag, berkata ilmu seperti ini akan membantu komuniti di kawasan terbabit khususnya wanita jika berdepan dengan sebarang masalah berkaitan.
“Saya juga dimaklumkan bahawa Skuad Waja turut berperanan memberi panduan kepada masyarakat tentang pentingnya usaha menghentikan sebarang bentuk keganasan terhadap wanita termasuk membantu mereka yang menjadi mangsa untuk merujuk kes kepada pihak yang berwajib dan mendapatkan pertolongan profesional.
“Saya melihat, peranan yang dimainkan oleh Skuad Waja ini amat baik khususnya dalam membantu wanita di negeri ini. Ini kerana, dalam era masa kini, wanita sama ada suri rumah tangga dan mereka yang berkerjaya perlu mengetahui hak mereka dan apa yang sepatutnya dilakukan jika berdepan dengan apa juga masalah.
“Saya juga berharap Skuad Waja akan terus memainkan peranan mereka untuk membantu wanita di negeri ini bukan hanya dalam aspek perundangan tetapi juga kebajikan. Semoga program seperti ini terus diperluaskan ke kawasan luar bandar di negeri ini, agar lebih ramai wanita mendapat manfaat,” katanya.
Beliau berkata demikian sempena majlis perasmian Program Psikososial: Kembara Skuad Waja Siri 1 Zon Dua di Kampung Serusup, di sini, pada Ahad.
Sempena majlis itu, sebanyak 1,000 bubur lambuk diedarkan kepada masyarakat setempat menerusi program berkenaan.
Juliah juga berharap lebih ramai wanita yang akan mendaftar dan menjadi Ahli Skuad Waja Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).
“Dengan ini, mereka boleh menjadi mata dan telinga dalam komuniti selain memberi kesedaran mengenai kepentingan memahami aspek perundangan dan melaporkan kes keganasan rumahtangga serta isu jenayah yang berkaitan,” katanya.
Tamat
The post Isteri KM: Program Kembara Skuad Waja perlu diperluaskan ke kawasan luar bandar first appeared on Laman Web Rasmi Ketua Menteri Sabah.
SIPITANG: The GRS-BN State Government through initiatives in the Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) is creating as many jobs as possible so that Sabahans will no longer look for work in other places.
Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said nearly 200,000 Sabahans, exclusive of dependents, are currently working in Peninsular Malaysia.
“That is why the GRS-BN government is focused on creating an investor-friendly state to attract more investors to come. I want to bring in investors to Sabah so that we can create more job opportunities for our local youths,” he said.
Speaking at the breaking of fast ceremony hosted by Bersatu Sipitang at the Dataran Masjid Nurul Iman in Weston near here on Saturday, Hajiji informed the people that 10 major companies have signed a Memorandum of Understanding (MoU) to invest in the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (SOGIP).
He said the investments worth billions of ringgit when materialised would directly benefit the people, especially youths, in the district from the job opportunities and economic spin offs.
According to him, despite facing challenges during its early days, the GRS-BN State Government managed to prepare the Hala Tuju SMJ, a five-year plan to develop Sabah, which was launched just six months after taking over the helms.
“Within just a year of helming the State Government, we managed to attract investors to come and some have already signed an agreement to set up operations in Sabah,” he said.
Among the high-impact projects that have took off were two in the Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) and another in Paitan where a high-yield coconut plantation project is being carried out.
Hajiji also approved several development projects for the Weston community.
Present were Special Tasks Minister Datuk Ariffin Arif, Deputy Federal Finance Minister II and Sipitang MP Yamani Musa and state elected representatives.
Ends
The post 200,000 Sabahans are working in peninsula first appeared on Laman Web Rasmi Ketua Menteri Sabah.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor merasmikan Majlis Iftar Perdana Bersama Orang Kelainan Upaya (OKU) dan Asnaf 2022 di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, di sini, hari ini.
Majlis itu merupakan kali ke 6 dianjurkan oleh Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBRKK).
Seramai 119 OKU dan 46 asnaf diraikan secara berbuka puasa bersama-sama rakan, guru dan keluarga pada program itu yang diadakan di Dewan Hadari MBRKK.
Hajiji turut menyerahkan duit raya kepada pelajar anak istimewa, warga orang kelainan upaya (OKU), golongan asnaf dan pelajar Akademi QurANIS Al-Mubarak.
Beliau juga menyaksikan menyerahkan sumbangan sebanyak RM40,000 daripada Bahagian Zakat dan Fitra Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) kepada Akademi QurANIS Al-Mubarak.
Majlis Iftar Perdana diadakan bertujuan meningkatkan kesedaran orang awam dalam menyantuni anak-anak istimewa warga OKU dan golongan Asnaf, disamping memberi kesempatan untuk bersedekah di bulan Ramadan
Hadir sama ialah Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Haji Mohd.Arifin Mohd.Arif, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Haji Yakub Khan, Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Ustaz Haji Bungsu @ Aziz Haji Jaafar, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Datuk Ustaz Haji Saifulzaman Bin Sangul, Setiausaha Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Encik Ramlan Awang Ali dan Pengerusi MBRKK, Datuk Haji Ab Jamal Tun Dr. Sakaran.
Tamat
The post Ketua Menteri menghadiri Majlis Iftar Perdana Bersama OKU & Asnaf first appeared on Laman Web Rasmi Ketua Menteri Sabah.