UCAPAN Y.A.B. DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN
KETUA MENTERI SABAH, SEMPENA MAJLIS RUMAH TERBUKA
MALAYSIA TADAU KAAMATAN 2012, DI KOMPLEKS SUKAN KENINGAU
PADA 16 JUN 2012
Bagi pihak Kerajaan Negeri
dan seluruh rakyat Malaysia di Sabah, saya merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih serta mengalu-alukan kehadiran Y.A.B. Datuk Seri
Panglima Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri
Sesungguhnya, kehadiran
Y.AB. Perdana Menteri untuk bersama-sama dengan rakyat dari pelbagai suku kaum,
etnik dan budaya pada malam ini jelas membuktikan bahawa Y.A.B. Perdana Menteri
adalah seorang pemimpin yang amat prihatin terhadap adat budaya dan tradisi
rakyat Malaysia di Sabah.
Kesudian YAB. Datuk Seri
Panglima Perdana Menteri untuk hadir dan seterusnya melancarkan rumah terbuka
ini pastinya menyuntik semangat dan iltizam kepada kami di
Harum mewangi
bunga melati
Kembang mekar
bunga Rafflesia
Berbilang kaum
bersatu hati
Mendukung
Semangat 1Malaysia.
Saya juga mengucapkan terima
kasih kepada Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Penerangan, Komunikasi
dan Kebudayaan Malaysia, khususnya Y.B. Datuk Seri Panglima Dr. Rais Yatim atas
komitmen menjadikan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan ini sebagai
perayaan nasional yang sesungguhnya kaya dengan warisan tradisi dan budaya yang
sungguh unik dan istimewa.
Dalam kesempatan ini, saya
mengucapkan Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan kepada seluruh rakyat
Perayaan Tadau Kaamatan
merupakan manifestasi budaya dan perpaduan yang perlu dihayati bukan sahaja
oleh masyarakat Kadazan Dusun dan Murut tetapi juga oleh pelbagai lapisan
rakyat di negara ini. Sepertimana yang
kita saksikan pada hari ini, rakyat dari pelbagai kaum, agama dan budaya
membanjiri Kompleks Sukan Keningau bukan sahaja untuk menyaksikan pelbagai
acara yang diadakan, tetapi juga turut sama menjayakan program yang diadakan.
Ini jelas membuktikan betapa kukuhnya semangat perpaduan dan muhibah sesama
kita dalam negara yang berdaulat dan merdeka.
Dagang penuh
cerita hikayat
Mudik belayar
bawa suasa
Tadau Kaamatan
menyatukan rakyat
Menjunjung budaya
tradisi bangsa.
Inilah sebenarnya ciri-ciri
yang menepati gambaran Y.A.B. Datuk Seri Panglima Mohd. Najib Tun Abdul Razak,
Perdana Menteri yang kita kasihi, yang mengiktiraf dan mengakui bahawa
Sesuai dengan ciri 'acceptance' atau penerimaan, yang merupakan
salah satu daripada lapan ciri yang terkandung dalam konsep '1Malaysia', kita
di Sabah sama sekali tidak menjadikan kepelbagaian dan kemajmukan kaum dan
etnik sebagai batu penghalang atau jurang pemisah.
Sebaliknya dengan semangat 'acceptance'
atau penerimaan yang tinggi serta rasa kekitaan yang mendalam, kita
menerima dan memanfaatkan kepelbagaian ini untuk menggembleng potensi dan
kekuatan rakyat bagi menjadi pemangkin kepada kestabilan politik, ekonomi dan
sosial yang kita nikmati selama ini.
Alhamdulillah, dengan
kestabilan politik, semangat perpaduan rakyat berbilang kaum, agama dan budaya
serta kemakmuran ekonomi dan sosial. Kita telah berjaya menarik ramai pelabur
asing untuk menanam modal di negeri ini. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Y.B.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato’ Mukhriz
Tun Dr. Mahathir dalam Persidangan Dewan Rakyat pada Rabu lalu, bahawa Negeri
Sabah mencatatkan jumlah pelaburan tertinggi berjumlah 10 bilion sehingga April
2012.
Kita bukanlah bertujuan
untuk bersikap riak dan sombong. Sebaliknya bersyukur ke hadrat Allah SWT dan
berterima kasih kepada Kerajaan Pusat khususnya Y.A.B. Perdana Menteri di atas
keyakinan dan kepercayaan para pelabur kepada pertumbuhan ekonomi kita. Kita
percaya semua ini adalah hasil sokongan padu rakyat terhadap keikhlasan dan
kesungguhan perjuangan Kerajaan BN yang terbukti mempunyai track record
yang terbaik dalam menjamin keamanan, kemakmuran dan kemajuan negara dan
kesejahteraan rakyat.
Pada kesempatan ini juga,
saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
Kerajaan Persekutuan khususnya Y.A.B. Perdana Menteri atas penyediaan Dana
Mudah cara berjumlah RM 250 juta untuk pembangunan projek Pusat Konvensyen
Antarabangsa Sabah (SICC).
Dengan adanya dana tersebut,
SICC dapat dibangunkan sebagai Pusat Kecemerlangan untuk Meetings,
Incentives, Conferences and Exhibitions (MICE). Saya percaya pusat
konvensyen ini memang sesuai dengan kedudukan strategik Negeri Sabah di rantau
BIMP-EAGA untuk muncul sebagai pusat perniagaan terunggul di rantau ini. Ini
juga selaras dengan aspirasi Y.A.B. Perdana Menteri untuk menjadikan
Saya yakin inisiatif untuk
membangunkan pusat konvensyen ini memberikan manfaat kepada semua pihak, dan
yang paling penting membantu meningkatkan taraf hidup rakyat dengan penyediaan
banyak peluang pekerjaan dan ekonomi.
Kerajaan Negeri sentiasa
menggunakan pendekatan secara holistik dalam merancang dan melaksanakan agenda
pembangunan untuk kesejahteraan rakyat. Dalam konteks ini, perayaan Tadau
Kaamatan sebenarnya amat signifikan dengan usaha kerja untuk memartabatkan
warisan kebudayaan dan kesenian rakyat tempatan. Kekayaan dan keunikan flora
dan fauna serta hidupan marin, kepelbagaian budaya dan warisan dengan
keharmonian lebih daripada 32 kumpulan etnik telah menjadikan Negeri 'Di Bawah
Bayu' ini sebagai bumi yang sungguh bertuah.
Oleh itu, marilah kita terus
memperkukuhkan komitmen dan iltizam, bekerjasama dan berganding bahu bagi
menjayakan pelbagai agenda transformasi dan pembangunan di bawah kepimpinan
Y.A.B. Perdana Menteri untuk kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran kita
bersama. Marilah kita terus bermuafakat dan bersatu hati untuk memartabatkan
adat tradisi dan warisan budaya untuk kepentingan kita dan generasi yang akan
datang.
Pekan Keningau tempat bertemu
Pemimpin dan rakyat berganding tangan
Walaupun kita semakin maju
Warisan budaya dilupa jangan.
Sebelum mengakhiri ucapan,
sekali lagi bagi pihak Kerajaan Negeri dan rakyat
Saya juga mengucapkan terima
kasih dan tahniah kepada Y.B. Datuk Seri Panglima Dr. Rais Yatim, Menteri
Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa
di Peringkat Negeri dan Kebangsaan serta semua pihak atas komitmen yang tinggi
dalam menjayakan program ini.