TEKS UCAPAN Y.A.B. DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN
KETUA MENTERI SABAH MERANGKAP PENGERUSI LEMBAGA
PEMEGANG AMANAH YAYASAN SABAH, SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PUSAT KRAFTANGAN SABAH
OLEH Y.A.B. PERDANA MENTERI, PADA 16 JUN 2012, DI PUSAT KRAFTANGAN SABAH,
KENINGAU.
Terlebih dahulu, marilah
kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah
kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama dengan Y.A.B. Datuk Seri Panglima Mohd.
Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri
Bagi pihak Kerajaan Negeri
dan seluruh rakyat
Sesungguhnya, kehadiran
Y.A.B. Perdana Menteri ke kawasan Pedalaman Sabah ini, jelas membuktikan bahawa
walaupun sibuk dengan tanggungjawab dan amanah sebagai pemimpin nombor satu
negara, terbukti bahawa rakyat Sabah sentiasa dekat di hati beliau. Inilah
pemimpin yang ikhlas dan amat prihatin terhadap pembangunan dan kesejahteraan
rakyat di seluruh pelosok negeri
Ribuan rakyat yang hadir
untuk bersama-sama dengan Y.A.B. Perdana Menteri pada hari ini juga, jelas
membuktikan bahawa rakyat Sabah bukan hanya di Kota Kinabalu, di Sandakan, di
Tawau, di Tenom, di Sipitang tetapi juga di Keningau dan kawasan Pedalaman
serta di seluruh pelosok Negeri Sabah, tetap berdiri teguh dan memberikan
sokongan yang padu dan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan, transformasi
dan perjuangan Y.A.B. Perdana Menteri untuk memacu kecemerlangan negara dan
rakyat.
Walau di kanan
atau di kiri
Tetamu yang
datang ramai sekali
Inilah tanda
inilah bukti
Pemimpin dan
rakyat bersatu hati!
Hari ini pastinya
mencatatkan sejarah yang penuh bermakna bagi rakyat negeri Sabah dengan
perasmian Pusat Kraftangan Sabah oleh Y.A.B. Perdana Menteri
Di samping itu, ia juga
menyediakan program-program latihan serta kursus tertentu untuk memberikan
peluang yang seluas-luasnya kepada rakyat khususnya golongan muda mendapatkan
ilmu, latihan dan bimbingan bagi mempelajari dan menghasilkan kraftangan yang
berkualiti dan bernilai tinggi. Suka saya tekankan bahawa pelaksanaan semua
program serta kursus termasuk penyediaan peralatan dan kelengkapan di pusat
kraftangan ini adalah dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat melalui dana yang
bernilai RM20 juta.
Selaras dengan saranan
Y.A.B. Perdana Menteri untuk membudayakan kreativiti dan inovasi, kita akan
memastikan hasil kraf yang sememangnya kaya dengan nilai dan unsur tradisi
budaya tempatan ini, juga memiliki
ciri-ciri kreativiti dan inovasi yang tinggi. Alhamdulillah, dengan
keprihatinan dan bantuan Kerajaan Pusat, kita juga menyediakan tenaga pengajar
yang terbaik dari dalam dan luar negara bagi memastikan kualiti industri kraf
tempatan mampu untuk berdaya saing di peringkat antarabangsa.
Di samping menjadi pusat
latihan dan pemasaran hasil-hasil kraf, Pusat Kraftangan Sabah ini juga menjadi
daya tarikan pelancongan yang baru di kawasan Pedalaman. Bagi mereka khususnya
para pelancong yang datang ke Pedalaman untuk menyaksikan keindahan alam semula
jadi dan kekayaan tradisi kita, mereka juga pastinya berkunjung ke Pusat
Kraftangan Sabah untuk mendapatkan pelbagai produk seni kraftangan kita yang
unik dan menarik.
Justeru, Pusat Kraftangan
Sabah ini akan menjana peningkatan sosioekonomi rakyat dengan mewujudkan banyak
peluang pekerjaan dan perniagaan seterusnya merancakkan lagi pertumbuhan
ekonomi untuk manfaat rakyat secara keseluruhannya.
Tuan-tuan dan puan-puan yang
dihormati sekalian,
Suka saya tekankan bahawa
ini adalah Pusat Kraftangan Sabah yang kita bina di Keningau bukan hanya untuk
kemudahan dan manfaat kepada rakyat di kawasan Pedalaman, bahkan untuk semua
rakyat
Usaha-usaha pembangunan ini
dapat kita jayakan dengan adanya kerjasama yang erat dan kukuh antara Kerajaan
Negeri dan Kerajaan Persekutuan, khususnya Y.A.B. PM yang sangat prihatin dan
seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.
Sebagai kerajaan yang prihatin
dan bertanggungjawab, selama ini banyak telah kita lakukan bagi membuktikan
komitmen dan iltizam kita dalam membela nasib rakyat. Di peringkat pusat,
Y.A.B. PM telah memperkenalkan dan melaksanakan pelbagai program dan
transformasi yang kesemuanya menjurus ke arah mengukuhkan perpaduan,
meningkatkan lagi taraf hidup dan membela nasib rakyat. Antaranya Gagasan
1Malaysia, program-program transformasi, bantuan persekolahan, Klinik 1Malaysia
(K1M) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Untuk kawasan pedalaman ini, dua
Klinik 1Malaysia yang akan diwujudkan pada tahun ini iaitu di Taman Bariwa,
Keningau dan di Pekan Tambunan.
Di peringkat negeri,
sememangnya kita merancang dan melaksanakan pembangunan secara holistik dan
berterusan, seiring dengan Dasar Hala Tuju Pembangunan dan Kemajuan Negeri
Sabah, pelaksanaan Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan Program-program
Transformasi yang dicetuskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri.
Umpamanya di bawah SDC,
daerah Keningau yang terletak dalam Zon Agropolitan Pedalaman sedang rancak
melalui proses transformasi menjadi sebuah daerah pelancongan dan ternakan
bersepadu, dengan penekanan kepada agro pelancongan, pembuatan kraftangan dan
program inap desa (homestay) di bawah konsep Perkampungan Kraf (handicraft
village).
Saya yakin inisiatif untuk
membangunkan kawasan pedalaman di
Sesungguhnya kehadiran
ribuan rakyat dalam majlis yang penuh bermakna ini menjadi saksi bahawa janji
pemimpin dan kerajaan Barisan Nasional untuk membina sebuah pusat kraftangan di
kawasan pedalaman, kini telah ada di hadapan kita. Janji dan hasrat saya untuk
membawa Y.A.B. PM melawat dan berjumpa rakyat di kawasan pedalaman, yang
merupakan penyokong setia kerajaan BN, juga telah kita kotakan. Inilah kerajaan
BN, kata di
Parlimen Pekan
indah dan permai
Bandar Diraja
memang terkenal
Kata di
Inilah kerajaan
Barisan Nasional.
Kita bukan sahaja bercakap
atau merancang, kita turun
Untuk makluman Y.A.B. Datuk
Seri, dalam majlis-majlis perjumpaan saya bersama rakyat di seluruh Sabah,
khususnya dalam Roadshow Yayasan Sabah Bersama Rakyat dan Perjumpaan dengan
Ketua-ketua Masyarakat, saya nyatakan bahawa pemimpin pembangkang yang datang
ke Sabah ini ibarat ‘saudagar ubat yang mimpi’. Tapi, ubat yang dibawa bukanlah
ubat mujarab, sebaliknya ubat mudarat.
Mereka kononnya datang ke
Sebaliknya pemimpin kerajaan
BN khususnya Y.A.B. PM sentiasa turun
Apa diharap padi
sebarang
Entahkan kuning
entahkan hijau
Apa diharap parti
pembangkang
Menyusahkan rakyat
membuat kacau.
Saya percaya dengan adanya
komitmen dan keprihatinan pemimpin pusat terutama Y.A.B. Perdana Menteri, kerja
keras dan keikhlasan para pemimpin BN, kerjasama dan sokongan penjawat awam
serta semua lapisan rakyat, kita dapat membangun dan memajukan lagi kawasan
luar bandar dan pedalaman di negeri ini, sekali gus membela nasib semua lapisan
rakyat dengan lebih berkesan bersama-sama Kerajaan BN.
Sebelum mengakhiri ucapan,
sekali lagi saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Y.A.B. Datuk Seri Panglima Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri yang
kita kasihi dan Y.A.Bhg. Datin Seri Panglima Rosmah Mansor, atas kesudian untuk
bersama-sama rakyat di kawasan pedalaman dalam Majlis Perasmian Pusat
Kraftangan Sabah di Keningau, pada hari ini.
Mudah-mudahan dengan
kehadiran Y.A.B. Perdana Menteri ini, akan memperkukuhkan iltizam serta tekad
kita di negeri ini untuk terus membela nasib rakyat dan memajukan kawasan
pedalaman menerusi usaha-usaha transformasi kerajaan demi kemakmuran dan
kesejahteraan kita dan generasi yang akan datang.
Panas terik sinar
mentari
Kering kontang
air di kali
Berdiri teguh
bersama Perdana Menteri
Menyerah kalah
pantang sekali!