Perutusan Pegawai Daerah

 

Salam Sejahtera dan salam bahagia. Sempena dengan pelancaran Halaman Web rasmi Daerah Tambunan saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada kesemua pihak yang terlibat untuk membangunkan laman web rasmi daerah Tambunan.

Semoga dengan terlancarnya laman ini ia akan memperkenalkan Daerah ini kepada pengetahuan umum secara lebih meluas tanpa mengira sempadan. Saya mengambil kesempatan ini untuk mempelawa sesiapa sahaja untuk melayari laman ini dan sekiranya ada kesempatan datanglah melawat ke daerah ini.

Seperti yang kita sedia maklum daerah Tambunan adalah sebuah daerah yang masih mengekalkan persekitaran yang semulajadi dan banyak tempat yang menarik seperti Gunung Trus Madi dan beberapa air terjun yang indah indah belaka.

Saya ingin menjemput penuntut terutama sekali penuntut IPT untuk memanfaatkan laman ini untuk menjadi bahan rujukan. Bagi pihak Pejabat Daerah Tambunan saya memohon maaf sekiranya ada kekurangan atau kecacatan laman ini.

Sekian dan Terima Kasih,

 

Pegawai Daerah Tambunan

( JUMAIN ABDUL GHANI )

Notis Penafian

Pihak Pejabat Daerah Tambunan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami disebabkan penggunaan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.

 

 

Pelawat
Malaysia 60.1% Malaysia
United States 34.3% USA
Reserved 2.0% Reserved

Total:

39

Countries
019225
Today: 8
This Week: 8
This Month: 91
Alamat Perhubungan

Alamat : 

Pejabat Daerah Tambunan,
Peti Surat No.25,
89657 Tambunan, Sabah.

No.Tel : 087-774225 - Peg.Daerah
               087-771800 (PABX)

No.Fax : 087-773122