Skip to main content

Salam sejahtera,

YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan,

HEBAHAN PERTANDINGAN “GOLF FOR WAQF FUND 1.0”
SEMPENA BULAN WAKAF PERINGKAT NEGERI SABAH 2026

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dengan sukacitanya menjemput YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan serta para ahli dan pemain golf yang berminat untuk menyertai pertandingan “Golf for Waqf Fund 1.0”.

Pertandingan ini merupakan salah satu pengisian Bulan Wakaf Peringkat Negeri Sabah 2026, yang menggabungkan sukan, silaturahim dan amal wakaf dalam suasana santai dan menyeronokkan, di samping menyemarakkan budaya berwakaf dalam kalangan masyarakat.

Justeru, pihak YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan amat dialu-alukan untuk turut serta dan membantu menyebarluaskan hebahan pertandingan ini kepada ahli serta pemain golf yang berminat.

Poster pertandingan dan pautan penyertaan disertakan untuk rujukan dan tindakan selanjutnya.

Sokongan dan kerjasama YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan amat kami hargai dalam bersama-sama menjayakan Bulan Wakaf Peringkat Negeri Sabah 2026.

Sekian, terima kasih.

Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)
Kota Kinabalu, Sabah

Details