MARI SAKSIKAN KISAH FANTASI HIDUP DIDEPAN ANDA!
Warga Sipitang dijemput hadir beramai-ramai! Buat julung-julung kalinya, Perpustakaan Cawangan Sipitang mempersembahkan pameran kreatif dan sesi lakonan pentas bertemakan alam magis melalui program "Create Your Own Story Booth: Realm of Imagination"!
Mari bawa keluarga dan rakan-rakan untuk menyaksikan Lakonan Pentas, Persembahan watak-watak fantasi yang bakal memukau anda!
28 Ogos 2026 ( Jumaat) Masa: 8:30 Pagi – 1:00 Petang
Melawat Pameran Story Booth: Lihat hasil kreativiti gerai cerita rekaan peserta yang penuh warna dan imaginasi.
29 Ogos 2026 ( Sabtu) Masa: 4.00pm – 12.00am
Lokasi: Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Sipitang
Kemasukan: Percuma untuk semua!
Jom sokong bakat kreatif komuniti kita sempena Minggu Perpustakaan 2026!


