Yang Berbahagia Datuk/Datin/Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KPSTI) akan menganjurkan Pertandingan Laman Web dan Dashdoard Terbaik Kerajaan Negeri Sabah bagi tahun 2026. Pertandingan ini adalah untuk memberi galakan kepada Agensi Kerajaan Negeri Sabah (AKNS) bagi meningkatkan usaha dalam penyampaian maklumat serta perkhidmatan secara maya kepada orang awam. Pendaftaran laman web AKNS mula dibuka pada 26 Ogos 2026 dan boleh dilakukan dengan mengimbas QR Code yang terdapat pada banner dalam lampiran emel ini.
Maklumat lanjut berkaitan syarat dan kriteria pertandingan berkenaan boleh diakses melalui pautan : https://sgwc.sabah.gov.my.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak kami melalui :
Emel: PID.KPSTI@sabah.gov.my
Talian telefon:
ABIL SONGPING : 088-288333
NORASMA BINTI JIFLI : 088-277340 EXT 131


