Skip to main content

SEGERA MELALUI EMEL

 

Rujukan: SEDIA 100-44/5/14 JLD.2 (51)

Tarikh: 12 Ogos 2026

 

UNDANGAN MENGHADIRI SEMINAR KELESTARIAN DAN EKONOMI KARBON SABAH 

 

Dengan hormatnya, saya diarahkan merujuk perkara tersebut di atas.

 

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) dengan kerjasama Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN), Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan menganjurkan Seminar Kelestarian dan Ekonomi Karbon Sabah pada ketetapan berikut:

 

  Tarikh    : 18 Ogos 2026 (Selasa) 

  Masa     : 9.00 pagi - 1.00 tengah hari

  Tempat   : Sipadan Hall 3, Aras 4, Sabah International Convention Centre (SICC)

 

 3.      Objektif penganjuran Seminar ini adalah untuk:

 

1.            

Meningkatkan kefahaman dan kesiapsiagaan komuniti perniagaan, perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), syarikat swasta, dewan perniagaan serta pemegang taruh terhadap pelaksanaan Environmental, Social and Governance (ESG), perakaunan karbon dan pelaporan kemampanan.

2.            

Memperkenalkan program Certified ESG SEDIA–UMS Carbon Accounting sebagai inisiatif pembangunan kompetensi profesional dalam bidang ESG dan perakaunan karbon di Sabah.

 3.      Sehubungan dengan itu, pihak YBhg. Tan Sri/ Puan Sri/ Dato' Sri/ Datin Sri/ Datuk Seri Panglima/ Datuk/ Dato'/ Datin/ Prof./ Dr./ Ts./ Ir./ Tuan/ Puan, adalah dijemput untuk menghadiri seminar ini. Penyertaan adalah percuma dan tertakluk kepada kekosongan berdasarkan konsep first come, first served.

 

4.      Bersama-sama ini dilampirkan Poster Seminar untuk rujukan. YBhg. Tan Sri/ Puan Sri/ Dato' Sri/ Datin Sri/ Datuk Seri Panglima/ Datuk/ Dato'/ Datin/ Prof./ Dr./ Ts./ Ir./ Tuan/ Puan, juga dipohon untuk mengesahkan penyertaan dengan mengimbas Kod QR yang disediakan di seperti di bawah.

 

 

PENGESAHAN KEHADIRAN

SEMINAR KELESTARIAN DAN EKONOMI KARBON SABAH 18 OGOS 2026 (SELASA) SIPADAN HALL 3, ARAS 4, SABAH INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (SICC)

SILA IMBAS KOD QR

UNTUK PENGESAHAN KEHADIRAN

 

 

5.      Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, pihak YBhg. Tan Sri/ Puan Sri/ Dato' Sri/ Datin Sri/ Datuk Seri Panglima/ Datuk/ Dato'/ Datin/ Prof./ Dr./ Ts./ Ir./ Tuan/ Puan, boleh menghubungi pegawai berikut:

 

Nama         : Encik Meurel Davlen Mathew

No. Tel.      : 013-2228325

Emel          : audrey@sedia.com.my

 

 

Kerjasama dan kesudian pihak YBhg. Tan Sri/ Puan Sri/ Dato' Sri/ Datin Sri/ Datuk Seri Panglima/ Datuk/ Dato'/ Datin/ Prof./ Dr./ Ts./ Ir./ Tuan/ Puan, untuk hadir ke Seminar Kelestarian dan Ekonomi Karbon Sabah ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

 

 

MEUREL DAVLEN MATHEW

Pegawai Tadbir, Pejabat Ketua Eksekutif

b.p. Ketua Eksekutif

Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi & Pelaburan Sabah (SEDIA)

Tel: 013-2228325 | Emel: meurel@sedia.com.my

 

 

 

 

 

Details