Tahukah anda?
Setiap 22 Mei, seluruh dunia menyambut Hari Biodiversiti Sedunia. Tahun ini, tema kita amat jelas “Tindakan Lokal, Impak Global”
Biodiversiti bukan sekadar tentang haiwan dan tumbuhan, ia adalah sistem sokongan kehidupan kita yang merangkumi:
- Tumbuhan & Haiwan
- Mikroorganisma
- Ekosistem alam
Kenapa kita perlu peduli?
Sebab biodiversiti menyokong sumber makanan kita, menjaga keseimbangan ekosistem, melindungi bumi daripada perubahan iklim, dan merupakan warisan untuk generasi masa depan! Sabah sendiri merupakan salah satu kawasan khazanah biodiversiti terkayu di dunia. Menjadi tanggungjawab kita bersama untuk menjaga habitat flora dan fauna yang unik ini daripada musnah.
Marilah kita mulakan tindakan kecil di peringkat lokal hari ini demi impak positif yang besar pada global! 



