Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (SPAN) pada mulanya telah ditubuhkan atas Perintah Dewan, the North Borneo (Public Service Commission) Order in Council, 1963, yang diwartakan pada 1 Mac 1963 dalam Warta Kerajaan Bil. S. 43/63.

Selepas Negeri Sabah mencapai kemerdekaan menerusi Malaysia pada 31 Ogos 1963, pewujudan SPAN diperuntukkan pula di bawah Bahagian (I), Artikel 36(1) Perlembagaan Negeri Sabah.

Selain dari itu, kuasa-kuasa SPAN juga diperuntukkan di bawah Artikel 135 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Menurut Artikel37(10) Perlembagaan Negeri Sabah, Suruhanjaya dikehendaki mengemukakan laporan perlaksanaan tugas-tugas kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri untuk dibentangkan di Dewan Undangan Negeri.

Klik di sini untuk pergi ke laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri