YB. EWON BENEDICK
MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SABAH

 

Salam Sejahtera,

Misi Kementerian Pembangunan Luar Bandar adalah sebagai peneraju atau penggerak utama dalam menjadikan kawasan luar bandar di Sabah sebagai kawasan yang maju, menarik dan menguntungkan dengan masyarakat yang progresif, sejahtera dan cemerlang.  Sehubungan itu, Laman Web ini diharap akan dapat menyediakan maklumat-maklumat yang informatif untuk dikongsi bersama dengan semua pengguna khususnya dan masyarakat amnya.

Kementerian Pembangunan Luar Bandar akan sentiasa peka kepada segala perkembangan dalam teknologi maklumat dan komunikasi oleh kerana ianya telah mempengaruhi cara kita bermasyarakat dan melaksanakan urusan harian. Kemajuan teknologi maklumat terutamanya melalui internet telah memberi peluang kepada orang ramai untuk memperolehi maklumat yang diperlukan dengan cepat disamping dapat menyediakan maklum balas yang positif kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk mengambil tindakan susulan dengan segera.

Dengan wujudnya Laman Web Kementerian Pembangunan Luar Bandar, menunjukkan komitmen pihak pengurusan dalam menyediakan maklumat terkini mengenai aktiviti, fungsi dan perkhidmatan yang disediakan. Disamping itu, dengan adanya Laman Web ini juga akan memberi ruang kepada pihak Kementerian dalam meningkat lagi sistem penyampaian perkhidmatan.

Terima kasih dan Selamat Maju Jaya.

Pengunjung

Hari Ini 38

Kelmarin 73

Minggu Ini 111

Bulan Ini 1267

Jumlah Pengunjung 41558