PENGENALAN

    • Program khidmat masyarakat projek jahit menjahit adalah untuk member bimbingan tunjuk ajar kepada kaum wanita luar Bandar untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang jahit menjahit.
    • Projek ini menyediakan pembelajaran secara teori dan praktikal, dan diantara kursus yang disediakan ialah :
        • Asas (Selama 1 bulan lebih sahaja).
          • Jahitan baju kurung.
          • Jahitan baju melayu.
          • Jahitan baju kebaya.
          • Membuat Kraftangan.
        • Lanjutan (Selama1 bulan lebih sahaja).
          • Jahitan seluar panjang.
          • Jahitan baju kemeja lengan panjang.
          • Jahitan baju kot (blazer).
          • Membuat Kraftangan.
        • Langsir (Selama 2 minggu sahaja).
          • Jahitan langsir scallop.
          • Jahitan langsir box plet bercorak.
          • Jahitan langsir palmet.
          • Jahitan cadar dan bantal pengantin.
          • Jahitan cover bangku.
    • Tempoh kursus adalah dari hari Isnin hingga Sabtu iaitu pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

 

PERANAN & FUNGSI

    • Kursus ini mempelajari cara-cara mengukur, menanda, memotong dan menjahit pakaian serta menulis nota yang disediakan. Oleh yang demikian, subjek yang disusun dalam kursus ini akan membantu peserta memahami serta memberikan kemahiran dan pengalaman dalam bidang pembuatan pakaian wanita dan reka fesyen.

 

PEMILIHAN PESERTA

    • Seramai 30 peserta dipilih.
    • Wanita luar Bandar dari kalangan suri rumah dan ibu tunggal.
    • Keutamaan diberi kepada Ketua Isi Rumah Miskin Tegar (KIRMT) yang tersenarai dalam e-Kasih.
    • Peserta hendaklah boleh menulis dan membaca dengan baik.
    • Berumur 45 tahun ke bawah.

Pengunjung

Hari Ini 16

Kelmarin 41

Minggu Ini 254

Bulan Ini 684

Jumlah Pengunjung 44461