PENGENALAN
- JKKK/ JKDB adalah sebuah badan yang ditubuhkan di peringkat kampung/ Bandar sebagai agen Kerajaan dalam usaha-usaha untuk membangun terutamanya masyarakat desa seterusnya Negara.
Tujuan JKKK/JKDB ditubuhkan adalah seperti berikut :
- Untuk menjadi badan pentabiran kecil di peringkat kampung.
- Untuk menjadi badan penyelaras dan penggerak pembangunan di peringkat kampung.
- Untuk menjadi badan perhubungan di antara rakyat dengan Kerajaan.
- Untuk menjadi badan keselamatan di peringkat kampung.
Matlamat penubuhan JKKK/JKDB adalah :
- Supaya pentabiran dan pengurusan pembangunan masyarakat di peringkat kampong dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan teratur selaras dengan kehendak kerajaan dan rakyat.
- Supaya aktiviti-aktiviti pembangunan masyarakat dapat diselaras dan digerakkan dengan lebih baik dan tepat pada sasaran di peringkat kampung.
- Supaya perancangan pembangunan Kerajaan dapat disampaikan kepada rakyat dan rakyat pula boleh bertindak balas terhadap perancangan/masalah yang dihadapi.
FUNGSI DAN TANGUNGJAWAB JKKK/ JKDB
Fungsi dan tanggungjawab Pengerusi dan AJK JKKK/JKDB ialah :
- Membuat perancangan pembangunan masyarakat yang hendak dilaksanakan di dalam kampung.
- Menentukan projek-projek yang diutamakan dan yang mana dikemudiankan.
- Menentukan semua projek yang dipersetujui dan diluluskan oleh Kerajaan dilaksanakan dengan sempurna.
- Mengambil daya usaha serta memimpin orang-orang kampung untuk menjayakan projek-projek yang dipersetujui terutama dari segi :
- Bergotong-royong yakni mengalakkan penyertaan bersama orang-orang kampung.
- Kelicinan perjalanan semua projek yang sedang dilaksanakan.
- Menyediakan atau membantu menyediakan tempat atau tapak dan sebahagiannya untuk melaksanakan sesuatu projek.
- Menjadi badan penghubung anantara orang-orang kampong dengan kerajaan danbadan-badan luar.
- Bertanggungjawab bersama-sama dengan jabatan/agensi kerajaan atau Pertubuhan-pertubuhan Sukarela untuk menilai projek-projek pembangunan dan seterusnya mengambil tindakan yang perlu.
- Menjaga keselamatan kampung dari anasir-anasir jahat yang hendak merosakkan masyarakat dan Negara dengan melaporkan aktiviti-aktiviti mereka kepada pihak berkuasa dengan menyusun rondaan dan bancian penduduk dan menyimpan rekod dan nama penduduk.
- Membuat peraturan-peraturan yang sesuai untuk orang-orang kampung patuhi agar setiap penduduk kampung merasa bertangungjawab dan sedar bahawa terdapat norma-norma yang dipatuhi.
- Bertangungjawab terhadap keselamatan harta benda awam yang terdapat di kampung berkenaan.
- Menyimpan segala rekod rancangan pembangunan kampung termasuk minit mesyuarat.
- Membuat peraturan-peraturan yang sesuai untuk perlantikan dan tugas-tugas setiausaha supaya semua aktiviti JKKK/JKDB dapat direkod.
- Menjemput sesiapa yang difikirkan sesuai kerana pengalaman, pekerjaan atau kebolehan yang ada padanya untuk menghadiri mesyuarat jawatankuasa.
- Menyediakan dan mengemaskini profai lkampung untuk kemudahan rujukan dan perangcangan projek-projek pembangunan.
- Menggalakkan perkembangan kebudayaandan lain-lain aktiviti sosial yang difikirkan boleh membawa kebaikan kepada penduduk kampung.
- Melaksanakan apa juga projek atau aktiviti lain yang difikirkan boleh membawa manfaat kepada orang kampong sambil mengurangkan perasaan pergantungan kepada kerajaan.
- Mengadakan mesyuarat tetap AJK sekali sebulan.
- Mengadakan dialog dengan orang kampong sekurang-kurangnya tiga kali setahun.
- Menerbitkan Warta DESA setiap tiga bulan sekali.
- Mengenalpasti dan mengusahakan sekurang-kurangnya satu projek sosio-ekonomi.
SYARAT PENUBUHAN
Syarat-syarat penubuhan JKKK/JKDB di sebuah kampung adalah seperti berikut :
- Kampung berkenan adalah kampung yang berdaftar di Pejabat Daerah.
- Kampung tersebut mempunyai Ketua Kampung yang sah.
- Mempunyai penduduk seramai 150 orang dan mempunyai lebih daripada 30 buah rumah.
- Jika kampung tidak mempunyai kelayakan seperti 3 perkara di atas, kampung tersebut hendaklah bergabung dengan kampung yang terdekat.
JKKK/JKDB tidak boleh ditubuhkan di kawasan-kawasan seperti berikut :
- Kampung di kawasan setinggan.
- Kampung di kawasan tanah-tanah syarikat dan Lembaga.
- Kampung yang tidak memenuhi syarat seperti dalam Syarat-syarat Penubuhan JKKK/JKDB Di Sebuah Kampung