Sokongan Teknikal

Berikut adalah senarai Soalan Lazim mengenai perkhidmatan Kerajaan Elektronik Sabah. Jika anda mempunyai pertanyaan yang belum dijawab dalam laman ini, sila utarakan soalan anda kepada support@sabah.net.my.

Dial-up Access

Capaian Dailan ialah suatu perkhidmatan Kerajaan Elektronik yang membolehkan anda mencapai rangkaian Internet menggunakan komputer anda di tempat kerja atau rumah melalui talian telefon dan modem.
Sesiapa sahaja kakitangan daripada jabatan atau agensi Kerajaan Negeri Sabah yang berada di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dapat menikmati perkhidmatan ini.
Perkhidmatan ini adalah PERCUMA bagi semua kakitangan Kerajaan Negeri Sabah.
Sila hubungi Bahagian Kemajuan IT Negeri (KIT) di kit@sabah.gov.my untuk memohon perkhidmatan ini. Maklumat ringkas mengenai KIT dan maklumat perhubungan boleh didapati dalam laman web Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat.
Sila klik di sini untuk mengetahui kelajuan talian capaian anda.

E-mail

E-mel ialah suatu perkhidmatan Kerajaan Elektronik yang membolehkan anda menghantar dan menerima maklumat serta surat-menyurat secara serta-merta kepada dan daripada Internet dan rangkaian Sabah.Net (juga dikenali sebagai rangkaian intranet Negeri).
Sesiapa sahaja kakitangan daripada jabatan atau agensi Kerajaan Negeri Sabah yang berada di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dapat menikmati perkhidmatan ini.
Perkhidmatan ini adalah PERCUMA bagi semua kakitangan Kerajaan Negeri Sabah.
Sila hubungi Bahagian Kemajuan IT Negeri (KIT) di kit@sabah.gov.my untuk memohon perkhidmatan ini. Maklumat ringkas mengenai KIT dan maklumat perhubungan boleh didapati dalam laman web Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat.

Web Hosting

Penempatan Laman Web ialah suatu perkhidmatan Kerajaan Elektronik yang membolehkan anda menyediakan maklumat mengenai organisasi anda di Jaring Selebar Dunia (WWW). Dengan demikian, ianya dapat memberikan organisasi anda pendedahan secara on-line, dan ini membolehkan pengguna dan pelanggan organisasi anda mencapai maklumat tersebut di mana sahaja mereka berada dan pada bila-bila masa.
Mana-mana jabatan atau agensi Kerajaan Negeri Sabah yang berada di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dapat menikmati perkhidmatan ini.