Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

Siaran TV Digital myFreeview

Malaysia yang sedang membuat proses peralihan Siaran TV analog ke Siaran TV Digital myFreeview di mana perkhidmatan siaran TV analog akan ditamatkan secara berperingkat di seluruh negara pada suku ketiga 2019 seperti yang telah diumumkan oleh YB Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Projek perintis peralihan Siaran TV analog ke Siaran TV Digital myFreeview telah pun dilaksanakan di Gunung Raya, Langkawi pada 21 Julai 2019. Peralihan siaran TV analog ke siaran TV Digital myFreeview ini akan membolehkan rakyat menikmati perkhidmatan siaran TV digital secara percuma dan tanpa sebarang yuran langganan yang menawarkan 13 saluran TV dan enam saluran radio oleh RTM, Media Prima, TV AlHijrah dan Bernama Channel News. 

Sila klik yang berikut untuk maklumat lanjut:

Sekian, terima kasih.