Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

Sambutan Jubli Emas Jabatan Perikanan Sabah

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perikanan Sabah akan menyambut ulangtahun ke-50 pada bulan Mei 2018. Sehubungan dengan itu, satu sambutan Jubli Emas Jabatan Perikanan Sabah akan diadakan untuk meraikan ulang tahun ini. Sambutan ini akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 2 -3 Mei 2018 (Rabu dan Khamis)
Tempat: Dewan dan Ruang Legar
              Wisma Pertanian Sabah
             Jalan Tasik Luyang 
             88300 KOTA KINABALU
Masa :  8:30 pagi hingga 5:00 petang

Pelbagai aktiviti akan didakan sepanjang sambutan tersebut seperti program bertemu pelanggan, seminar perikanan, aktiviti menderma darah dan pameran perikanan. 

Orang ramai dijemput datang berkunjung menyaksikan pameran dan menyertai Hari Bertemu Pelanggan sempena Sambutan Perayaan Jubli Emas Jabatan Perikanan Sabah.

Sila klik sini untuk poster Sambutan Jubli Emas Jabatan Perikanan Sabah.

Sekian, terima kasih.