Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

Sabah New Deal: Gran Menaiktaraf Kemudahan Destinasi-Destinasi Pelancongan

Selaras dengan Sabah New Deal yang diumumkan oleh YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Bin Haji Apdal pada 18 Jun 2020 untuk mengaktif semula (re-start), memulih dan menyuburkan kembali sektor-sektor ekonomi negeri yang telah terjejas, Kementerian ini telah diperuntukkan Gran Khas RM10 Juta Bagi Menaiktaraf Kemudahan Destinasi-Destinasi Pelancongan. 

Tujuan Gran ini disediakan adalah untuk membaiki, menaiktaraf dan mencantikkan kemudahan di pelbagai destinasi pelancongan di Sabah. Justeru, Projek-projek kecil bernilai RM20 Ribu ke bawah perlu dipohon untuk dilaksanakan sebelum akhir bulan Disember 2020.

Sehubungan itu, Kementerian memohon kerjasama daripada pihak YBhg Datuk/Tuan/Puan untuk mengenalpasti produk-produk pelancongan yang memerlukan penaiktarafan/pembaikan serta menguar-uarkan gran khas ini kepada mereka yang layak berdasarkan kriteria di Lampiran A.

Sukacita dimaklumkan borang permohonan boleh dimuat turun melalui laman web www.sabahtourism.com/form-download
 

File Upload: