Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

Projek Pendigitalan Penyiaran Nasional: Peralihan Siaran Tv Analog Ke Siaran Tv Digital Myfreeview Di Negeri Sabah

Bermula dari kejayaan peralihan siaran TV analog kepada siaran TV digital myFreeview di Pulau Langkawi, Kedah pada 21 Julai 2019, Wilayah Tengah dan Selatan pada 30 September 2019 serta Wilayah Utara dan Timur pada 14 Oktober 2019, sukacita dimaklumkan bahawa peralihan siaran TV analog kepada siaran TV digital myFreeview akan dilaksanakan di negeri Sabah pada 31 Oktober 2019. 

Peralihan ini melibatkan liputan siaran TV analog di semua daerah di dalam negeri Sabah dan sekaligus menjadi penanda tamatnya siaran TV analog di seluruh Malaysia yang telah bersiaran selama 56 tahun dan bermulanya era siaran TV digital sepenuhnya di seluruh Malaysia.

Orang ramai boleh membuat semakan kelayakan menerima dekoder percuma melalui kaedah berikut: 

Laman sesawang MYTV: http://www.mytvbroadcasting.my/B40/;

SMS: Taip MYTV<jarak>DEKODER<jarak>No. IC dan hantar ke 15888; atau     

Pusat Khidmat Pelanggan: 1800-18-1088 atau 1300-80-6988.    

Sekiranya terdapat persoalan mengenai peralihan siaran TV analog kepada siaran TV digital myFreeview, sila rujuk kepada laman sesawang https://myfreeview.tv/ atau menghubungi Pusat Pusat Khidmat Pelanggan melalui talian 1800-18-1088 atau 1300-80-6988.   
 

Sila klik sini untuk Projek Pendigitalan Penyiaran Nasional, Siaran Akhbar dan Flyer