Program Jabatan Muzium Negeri Sabah - Hari Kesihatan Sedunia 2018

 

Sukacita dimaklumkan, pihak Jabatan Muzium Negeri Sabah akan mengadakan Majlis Perasmian Pameran Aset Klasik Perubatan Borneo Utara Jabatan Kesihatan Negeri Sabah sempena Sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2018 pada 10 April 2018, jam 9.30 pagi bertempat di Pentaran Bangunan Utama, Muzium Negeri Sabah yang akan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Masidi Hj. Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah. Pameran Mini Muzium Perubatan ini merupakan sebuah jalinan usaha kerjasama di antara Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Jabatan Muzium Negeri Sabah yang berkonsepkan suasana sebenar wad perubatan klasik sebagai latar belakang dengan menggunakan aset-aset perubatan klasik sekitar tahun 1970an dan 1980an. Pengunjung pameran yang hadir akan dapat merasai suasana wad klasik perubatan di samping menimba ilmu baru menerusi pameran ini.

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan:
Encik Dius Kubud
Emel : Dius.Kubud [at] sabah.gov.my (Dius.Kubud [at] sabah.gov.my)
Tel : +60 88225503, +60 88215606, +06 088215563
Faks :+60 88240230

 

Selain itu, Jabatan Muzium Negeri Sabah juga akan mengadakan Pameran Tokoh-Tokoh Tamadun Islam bermula pada 13 April 2018 bertempat di Muzium Tamadun Islam. Pameran ini menengahkan peranan serta sumbangan tokoh-tokoh kelahiran negeri Sabah dalam perkembangan tamadun Islam di peringkat negeri, mahu pun kebangsaan dan antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan
Puan Nismah Kanak
Emel:Nismah.Kanak [at] sabah.gov.my (Nismah.Kanak [at] sabah.gov.my)
Tel: +60 88 238 501
Fax: +60 88 240 230

 

Event Date: 
Selasa, 10 April 2018 hingga Jumaat, 13 April 2018