Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

Permohonan Kemudahan Penajaan Biasiswa Yang di Pertuan Agong (BYDPA) 

Permohonan Kemudahan Penajaan Biasiswa Yang di Pertuan Agong (BYDPA) 

YBhg. Datuk/ Tuan/ Puan,
 
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
 
2.  Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia mempelawa pihak YBhg. Datuk/ Tuan/ Puan untuk mengemukakan pencalonan daripada kalangan pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) di Kementerian/ Jabatan/ Agensi YBhg. Datuk/ Tuan/ Puan untuk memohon kemudahan penajaan Biasiswa Yang di Pertuan Agong (BYDPA)  bagi pengajian Sarjana dan Ph.D di dalam dan luar negara. Butiran lanjut serta permohonan adalah secara atas talian di http://esilav2.jpa.gov.my/
 
3.  Tarikh Tutup Permohonan/ Pencalonan
 
3.1  Tarikh tutup permohonan secara atas talian bagi pegawai yang ingin memohon adalah pada 15 Mac 2019.
3.2  Tarikh tutup pencalonan oleh Ketua Jabatan/ Ketua Perkhidmatan bagi pegawai yang ingin memohon juga adalah pada 15 Mac 2019.
 
4.   Keterangan lanjut berhubung kemudahan ini juga boleh didapati melalui pautan https://pocketdata.jpa.gov.my/public.php?service=files&t=4a772a2dd0493d2... . Permohonan lengkap hendaklah dikemukakan ke Jabatan ini di alamat berikut:
 
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia 
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA.
(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)

 
Sebarang pertanyaan atau kemusykilan dalam urusan ini, sila hubungi:
                           
Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan
 
Pegawai    :  

MOHD KAMARUL BIN OTHMAN
Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan
Kluster Latihan Dalam Perkhidmatan
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
 
Telefon   :  03-8885 3546/ 3053/ 3571
Emel      :  penawaranldp [at] jpa.gov.my atau kamarul.othman [at] jpa.gov.my  

Klik sini untuk maklumat lanjut
 
5.   Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Datuk/ Tuan/ Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 
Saya yang menjalankan amanah, 
 
ASIAH ISMAIL
BAHAGIAN BIASISWA DAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH 

Mesej dihantar bagi pihak:
PENTADBIR EMEL KERAJAAN
Emel: mailadmin [at] sabah.gov.my
eGov: http://www.sabah.gov.my