Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH SIRI 1 TAHUN 2020

LEMBAGA PENILAIAN KOMPETENSI PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH (LPKPANS)

PEMBERITAHUAN

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH SIRI 1 TAHUN 2020

Sukacita dimaklumkan Peperiksaan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Siri 1 Tahun 2020 akan diadakan pada masa yang akan dimaklumkan kemudian.  Sehubungan dengan itu, permohonan untuk menduduki peperiksaan berkenaan dibuka mulai  23 Januari 2020 sehingga tarikh tutup permohonan pada 02 Mac 2020. Permohonan boleh dibuat secara online di alamat URL: http://appjpan.sabah.gov.my/ekompetensi/default.asp atau boleh dilayar melalui laman sesawang JPANS  URL: http://www.jpan.sabah.gov.my/

Untuk makluman, Slip Pengesahan Menduduki Peperiksaan hanya boleh dicetak selepas Urus Setia Lembaga Penilaian Kompetensi Perkhidmatan Awam Negeri membuat pemberitahuan kepada semua calon untuk Mencetak Slip Pengesahan Menduduki Peperiksaan tersebut.

Sekian dan terima kasih.

Urus Setia
Lembaga Penilaian Kompetensi Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (LPKPANS) 
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah