PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH SIRI 1 TAHUN 2017

LEMBAGA PENILAIAN KOMPETENSI PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH (LPKPANS) 

PEMBERITAHUAN

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH SIRI 1 TAHUN 2017

Sukacita, dimaklumkan bahawa Peperiksaan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Siri 1 Tahun 2017 akan diadakan pada 25 hingga 28 April 2017.  Permohonan untuk menduduki peperiksaan tersebut dibuka bermula pada 13 Februari 2017 (Isnin)  sehingga 13 Mac 2017 (Isnin).  Permohonan boleh dibuat secara online melalui alamat berikut:URL  http://appjpan.sabah.gov.my/ekompetensi/

Takwim Peperiksaan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah 2017: http://appjpan.sabah.gov.my/ekompetensi/Takwin_Siri_I_dan_II_2017.pdf

Slip Pengesahan Menduduki Peperiksaan hanya boleh dicetak selepas Urus Setia Lembaga Penilaian Kompetensi Perkhidmatan Awam Negeri membuat Pengumuman kepada semua calon supaya mencetak Slip Pengesahan Menduduki Peperiksaan tersebut.

Sekian dan terima kasih.

Urus Setia

Lembaga Penilaian Kompetensi Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (LPKPANS)
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah. 

Komen-komen

Kalendar Peperiksaan 2017 belum ada

Terima kasih atas maklum balas tuan. Takwim Peperiksaan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Siri 1 Tahun 2017 boleh dicapai melalui url berikut: http://appjpan.sabah.gov.my/ekompetensi/Takwin_Siri_I_dan_II_2017.pdf

mohon pertanyaan bahawa saya mempunyai masalah untuk mendaftar peperiksaan perkhidmatan awam siri 1 2017. saya telah mengikuti panduan dalam sistem peperiksaan untuk mendaftar tetapi masalahnya apabila saya buka permohonan peperiksaan kod yang sepatutnya saya ambil tidak terdapat dalam sistem iaitu 104-1c.
mohon ada jawapan segera.
terima kasih

Tambah komen baharu