Laman Web Rasmi
Kerajaan Negeri Sabah

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH (PPANS) SIRI 2 TAHUN 2018

LEMBAGA PENILAIAN KOMPETENSI PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH (LPKPANS)

PEMBERITAHUAN

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH (PPANS) SIRI 2 TAHUN 2018

Sukacita, dimaklumkan perkara-perkara berikut:

1.    Peperiksaan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Siri 2  Tahun 2018  akan diadakan pada 25
hingga 28 September 2018.  Permohonan untuk menduduki peperiksaan siri ini  dibuka mulai 24
Julai 2018 (Selasa)  sehingga tarikh tutup permohonan pada 30 Ogos 2018 (Khamis); 

2.    Permohonan boleh dibuat secara online di alamat URL
http://appjpan.sabah.gov.my/ekompetensi/default.asp 

3.    Slip Pengesahan Menduduki Peperiksaan hanya boleh dicetak selepas Urus Setia Lembaga
Penilaian Kompetensi Perkhidmatan Awam Negeri membuat  pemberitahuan kepada semua calon untuk
Mencetak Slip Pengesahan Menduduki Peperiksaan tersebut.

Takwim peperiksaan boleh didapati URL http://appjpan.sabah.gov.my/ekompetensi/default.asp

Sekian dan terima kasih.
  
Urus Setia
Lembaga Penilaian Kompetensi Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (LPKPANS)
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.